[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki hadir dalam hatinya. "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi" - ELISA Itu katanya. Hanya kerana Elisa belum bersedia menerima kehadiran seorang lagi lelaki selepas kecewa dengan cinta lalu yang ditentang Siti Hanim, ibunya. Bibit-bibit cinta antara Mateen dan Elisa terbit selepas pertemuan semula. Mateen yang yakin terhadap cintanya, berusaha sedaya upaya untuk menambat hati Elisa. Dan walaupun Elisa tahu cintanya pada Mateen pasti ditentang Siti Hanim kerana status Mateen sebagai anak raja, dia tetap mahu bersama lelaki itu. Hubungan Elisa dan Mateen kekal menjadi rahsia, disimpan rapi oleh mereka berdua dari pengetahuan mama dan daddy Elisa. "No one can replace you in my heart, Elise" - MATEEN "I will love you as much as you love me, Matt" - ELISA Saat sedang bahagia menyemai cinta, dugaan datang melanda menyebabkan Elisa menghilangkan diri. Fitnah ditabur bagi mewujudkan rasa benci Mateen pada Elisa. Takdir menemukan mereka semula selepas beberapa tahun berlalu. Pertemuan yang membawa kepada satu perubahan besar dalam hidup Elisa dan menyebabkan dia terperangkap di penjara buatan Mateen untuk satu tempoh yang lama. Pertengkaran, sakit hati dan benci menghiasi kehidupan Mateen dan Elisa. Dan kerana satu kejadian yang melanda Elisa, Mateen melepaskan gadis itu pergi. 'Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi' - Jodoh mereka memang kuat. Kerana satu perkara yang tidak terduga, mereka terpaksa berkahwin walaupun saat itu sudah tiada cinta antara mereka. Mampukah Mateen dan Elisa mengembalikan rasa cinta itu di dalam perkahwinan mereka? Apakah fitnah yang membuatkan Elisa melarikan diri dari Mateen dulu? Bahagiakah mereka selepas berkahwin? Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata.
60 parts