Pertembungan dunia nyata dan ghaib telah ada sejak terciptanya Adam yang dicemburui oleh Sang Terlaknat. Sebagaimana ada kebaikan dan kejahatan di dunia manusia, wujud juga kebaikan yang tersisa di dunia jin mencabar hegemoni kuasa Sang Terlaknat dan para pembantunya yang terdiri dari jin-jin, para pendeta dan ahli sihir. Buku ini akan berlegar dengan kisah alam ghaib dan sihir orang Melayu yang lebih hebat dari Hogwarts. Asal turunnya sihir yang dilarang manusia kufur kerananya. Rafik adalah dengan cerita pemuda pemilik deria keenam yang sedari kecil sudah terlibat dalam kancah percaturan alam ghaib. Segala yang kelihatan kebetulan sebenarnya adalah perancangan jangka panjang yang berselirat tersirat di celahan yang tersurat. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui dunia ini bukan sekadarnya semata-mata tetapi saling berkait antara alam fizik dan metafizik. Cerita ini bukan kisah seram biasa, bisa naik ke tingkat yang luar dari kebiasaan. Jangan kecewa pula jika tiada keseraman dalam kisah ini kerana itu bukan matlamatnya. Baca atas risiko sendiri. Definisi Rafik: Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)