Maya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan menjamin kebahagian rumahtangga hingga ke akhir hayat. Namun Maya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa dia sendiri ditunangkan dengan anak kenalan rapat keluarganya sejak dia kecil lagi. Kini Maya sudah menjangkau ke usia 28 tahun kedua belah keluarga cuba menetapkan tarikh hari pernikhahan mereka. Mengetahui bahawa dirinya terjerat dengan kahwin paksa. Pelbagai alasan dan helah yang diberikan Maya semata-mata untuk mengelak dari bertemu dengan keluarga tunangnya bila mereka hadir ke rumah untuk bertemu dengan Maya. Maya sebenarnya sudah punya pilihan hati iaitu Saiful selaku salah seorang pekerja executive di syarikat ayahnya namun pilihannya itu tidak pernah di persetujui oleh kedua ibu ayahnya. Ayahnya tidak pernah memberi alasan mengapa dia tidak berkenan akan pilihannya. Maya merasakan bahawa ayah dan ibunya tidak berlaku adil terhadap dirinya.