Sebuah Karya MISS RAH CIKGU ITU SUAMIKU (STATUS : ON GOING) NURIN SYAZWANI, seorang pelajar tingkatan lima yang dipaksa mengantikan tempat kekasih sepupu tirinya dan berkahwin dengan sepupu tirinya itu yang ternyata merupakan cikgunya sendiri.Tanpa ada alasan munasabah untuk menolak, dia akhirnya menerima sahaja aturan itu.Terlebih lagi keluarganya banyak berhutang budi dengan keluarga lelaki itu. "MULAI dari saat ini, semua berkaitan dengan awak ada hubungannya dengan saya. Awak faham, Nurin Syazwani? " -ARRAZH ISQANDAR- "MACAM mana kalau satu sekolah tahu aku ni wife dia? Tak ke naya aku nanti oleh semua peminat-peminat dia tu? " -NURIN SYAZWANI- KEHIDUPAN Nurin Syazwani berubah 100 peratus setelah menjadi isteri kepada Arrazh Isqandar. Kalau dulu dia rasa bebas tanpa ada halangan, kini tidak lagi apabila ada tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Walau begitu, Arrazh Isqandar tetap menjadi seorang suami yang baik padanya. HARI demi hari, perasaan cinta kepada suaminya mulai mengisi ruang di hati Nurin Syazwani. Namun dia tetap menepis dan tidak mengendahkan perasaan yang dirasakannya tiada makna itu. Dia tidak boleh jatuh cinta kepada Arrazh Isqandar, walaupun lelaki itu merupakan suami sahnya sendiri. Dia takut perasaan itu akan meninggalkan luka yang dalam setelah hadirnya sang kekasih suaminya yang dulu pergi menghilangkan diri. NURIN Syazwani masih merasakan yang dia hanyalah pengganti kepada kekasih suaminya. Bagaimana pula dengan Arrazh Isqandar? Adakah dia juga turut menganggap yang Nurin Syazwani hanyalah pengganti kekasihnya dan bukan sebagai isteri sesungguhnya? Adakah Arrazh Isqandar juga menyimpan rasa kepada isterinya atau hati dan perasaannya masih kekal dan kukuh buat kekasihnya itu? Idea asal dan asli daripada Miss Rah. Jikalau ada sebarang persamaan di dalam novel ini, maaf. Ianya tidak disengajakan. No copyright! 100% idea semua dari Miss Rah