Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia lihat wajah polos itu, semua jadi payah. "Jangan buat aku makin bencikan kau." -Engku Marissa "Bunga sayang mummy..." -Bunga Irdina Bunga Irdina. Gadis kecil molek yang 'terlahir' dalam keluarga yang dipandang hebat oleh masyarakat. Namun, apa yang berlaku di sebalik 'tabir', dia saja yang tahu. Dek kerana statusnya yang berbeza, dia pendam saja rasa cinta pada 'sepupunya' iaitu Syed Fateh Ghibran. Fikirnya, gadis yang tiada apa-apa sepertinya, mana mungkin tercipta untuk lelaki sehebat itu. "Kau lupa siapa kau dalam keluarga ni?" -Syed Fateh Ghibran "Bunga tak pernah lupa." -Bunga Irdina Kerana terlalu kasihkan Engku Marissa, Syed Fateh Ghibran menolak kehadiran Bunga Irdina di dalam hatinya. Tapi, sejauh manakah dia bisa menepis kehadiran Bunga, jika rasa indah itu setiap hari makin bercambah di hatinya? "Kenapa Bunga? Musnahkan Bunga sama saja macam kita musnahkan Engku Marissa." -Engku Marlia Dek kerana dendam dan tidak puas hati, Bunga Irdina menjadi mangsa. Dalam kekalutan itu, Syed Fateh Ghibran muncul menjadi pelindung pada Bunga Irdina. Walau puas Bunga menolak, Fateh tetap nekad. Tiada siapa boleh halangnya. "Nanti abang Fateh akan ceraikan Bunga?" -Bunga Irdina "Kau nak aku ceraikan kau?" -Syed Fateh Ghibran Dan bila harus membuat pilihan antara dua, mana satukah akan menjadi pilihan Fateh? "Pilih. Bunga atau mama?" -Engku Marlia.