[SEQUEL LA'S: HIS PRECIOUS] Tidak mudah bagi seorang yang bernama Muhammad Laith Asyraf yang hidup sebagai bapa tunggal selepas isterinya, Airis Nur Farhah pergi meninggalkannya setahun yang lalu. "Papa bukanlah seseorang yang sempurna, malah jauh dari kata sempura. Tapi papa janji yang papa akan cuba menjadi yang terbaik buat Adriez." - Muhammad Laith Asyraf Dia menjadi semakin buntu apabila ibunya, iaitu Puan Suraya sering kali mendesak dirinya untuk berkahwin semula atas dasar kepentingan anaknya, Muhammad Adriez Fahd. "Ibu tahu yang Asyraf masih tak boleh lupakan arwah Airis. Tapi Asyraf tak boleh pentingkan diri sendiri. Asyraf kena fikirkan juga pasal Adriez yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu." -Puan Suraya "Saya ikhlas, Asyraf. Saya ikhlas nak jadi isteri kepada awak dan mama kepada Adriez. Kita boleh hidup bahagia selamanya." - Haura Sofea Apakah pengakhiran kisah cinta di antara Muhammad Laith Asyraf dan Airis Nur Farhah? Adakah Haura Sofea bakal menjadi permaisuri hati yang baru di hati jejaka duda anak satu itu?