Last Long

127 19 6
                                    

Aku duduk di atas bangku halaman rumah. Malam itu sangat indah tetapi dingin. Sekarang ni ialah awal musim sejuk, jadi tak hairan lah.

Selepas sesi kaunseling bersama Taeyong hyung siang tadi, aku rasa agak tenag sikit lepas aku luahkan kisah silam aku pada seseorang. Aku tak sangka aku dapat buat ni.

Apapun...

Aku tak peduli pasal kesejukan yang dirasai sebab aku lebih fokus pada bintang di langit. Sesekali aku tersenyum sendirian.

"Yah Jungwoo!" wajah Jaein muncul di hadapan aku menyebabkan aku hampir menendangnya.

"HAHAHAHA. nasib aku dapat elak! kalau tak patah kaki aku ditendang kau!" dia ketawa. Dia agak menikmati perbuatannya manakala aku mencerlungnya tak puas hati.

" kau memang-!" aku nak balas tapi terhenti setelah aku melihat pakaiannya.

Asal macam kenal je baju ni?

Is that my clothe?!?!

Jaein yang sedar di mana mata aku pandang terus menutup dadanya. Wajahnya agak terkejut.

"Hey kau tengok apa?!" dia menendang kaki aku sambil marah.

Aku yang menyedari dia memikirkan itu, cepat-cepat aku membela diri aku .

"Woih aku bukan sangap lah!" aku membalasnya lalu mengetuk kepalanya.

"Habis kenapa kau tengok pakaian aku? Ada tak kena ke?" soalnya sambil cemberut, sakit setelah aku mengetuk kepalanya begitu... Kuat...

Aku mengetap bibirku sambil menggeleng. Well, aku tak nak lah expose, itu baju aku ceng. Malu ah aku....

"Erm.. Tak.. Cuma terlalu besar dengan saiz kau." bohongku. Aku berlakon seperti aku tidak tahu apa-apa.

"Memang lah sebab ini bukan baju aku." dia tersengih sengih sambil menggenggam baju itu. Aku hanya memandangnya tanpa reaksi.

"Dia selamatkan aku dari kena rogol dan berikan hoodie ini untuk tutup baju aku yang terkoyak waktu itu. Ahh... dia sumpah gentlemen kan. Malangnya dia hanya pergi macam tu tanpa aku tahu siapakah dia." dia tersenyum lebar menceritakannya. Aku menggulingkan mataku. Sumpah aku tak nak ingat waktu tu.

"Apsal kau pakai? Owner dia tak nak balik ke?" soalku sambil kening tertaut. Jaein kemudian menjungkit bahunya lalu kembali tersenyum.

"entah lah.... Aku suka pakai sebab selesa. Lagipun rasanya orang tu hadiahkan pada aku. Baik betul dia."dia ketawa kecil.

tak betul sama sekali...aku nak sangat baju tu balik...tapi lupakan je lah.

"kalau aku jumpa dia suatu hari nanti... Confirm aku akan confess kat dia. Aku nak couple dengan dia terus." ucapnya teruja tanpa sedikit ragu. Aku hanya memandangnya jijik. Lol perempuan ni.

So kau akan confess kau suka kat 'aku' sebab selamatkan kau dari bekas kuli kau yang tak guna tu?

"Erkk!... Lol memang tak lah kau jatuh cinta dengan orang baru kenal. Baik kau BERCINTA dengan monyet dalam hutan tu- ACHOO! " tiba-tiba sahaja aku bersin.

"Wehh apa kau nii!! Siapa suruh lepak luar tak pakai baju tebal! Sekarang ni kan sejuk!!" marahnya. Aku tak pastilah risau ke tak tapi dia menayangkan wajah cemberut pada aku. Manakala tangan kecilnya menyentuh bahu aku jadi aku menepisnya.

"Alah jangan risaukan aku laa.." aku menolak mentah-mentah keperihatinannya sambil menjelingnya. Jaein kelihatan menjelingku juga.

"Okay lah kalau macam tu. Teruskan. Duduk sini sampai kau beku." dia menjelirkan lidahnya lalu pergi macam tu je. Aku mengeluh panjang. Akhirnya ketenangan!

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now