"Weh Ty aku nak keluar jap dengan member aku." aku yang telah bersiap, mulai turun dan menegur Taeyong yang berada di atas meja dengan laptop dihadapannya. Dia sedang buat kerja dia lah tuh.
Dia menoleh memandangku berkerut. "Member kau yang mana ni? Setahu aku kau mana ada kawan."
Yes itu semua benar.... Selama ni aku hanya melepak dengan member dia je sebab aku memang tak ada kawan. I hate you Taeyong.
Aku mengeluh panjang"Kawan aku, Hongjoong call aku petang tadi ajak lepak. Dia dengan Seonghwa."
"Kuli kau masa sekolah menengah tu ke?"aku tersentak mendengar balasan Taeyong dan seluruh tubuhnya telah menghadap aku.
"Dorang kawan aku la. Sukati kau je panggil dorang kuli."aku mencebik tidak suka. Taeyong menatap wajah aku dan berdecit.
"Aku rasa tak payah lah. Kau tu perempuan. Dorang tu jantan. Lagipun dah malam ni."balasannya tidak mengizinkan aku pergi. Aku memuncungkan bibir. Weh ini tak adil tau, aku dah besar kot pepandai la aku jaga diri sendiri.
"Alaa tapi baru pukul 8....pukul 10 boleh la cite. Tak ada pape la.. Dorang member aku, aku tau la nak buat macam mana. "aku tetap try untuk buat dia pertimbangkan semula.
Dia menjengilkan matanya. "Hurm member masa zaman jahil dulu je. Sekarang ni kau dah lama tak jumpa diorang en, kau tak kan tau apa yang dorang akan buat dekat kau."
"Alaa kau ni overprotective sangat la. Aku akan okay. Aku just suruh dorang jumpa dekat kedai mamak yang ramai orang tu okay?"
"Haih kau ni degil na. Kalau aku tak sibuk sekarang ni aku nak ikut kau tau. Pegi la. Jaga diri tuh."akhirnya dia mengalah dan aku melompat kegirangan.
"Wahh tenkiuu taeyongg!!!" aku berlari dan memeluk badan Taeyong erat sehingga dia melatah. HAHAHAHA
Dia segera menolak aku dan dia hanya tersenyum.
"Dah dah pegi sana."aku mencebik kemudian setelah dia menghalau aku daripada terus membuatkan kerja dia tergendala.
" Jaein aku serious...jaga diri kau."
....
Aku menuruni bas setelah aku sampai diperhentian yang betul. Aku berjalan mengikut direction yang Hongjoong berikan. Setelah beberapa lama aku berjalan aku telah sampai di sebuah lorong becahaya dihiasi lampu lampu neon yang sememangnya menyakitkan mata aku.
Aku mendongak memandang atas dan melihat papan tanda yang terpapar tulisan, GTH Club Bar. Mataku membulat.
Weh sekarang ni aku berada betul betul di hadapan kelab malam yang sememangnya Taeyong larang aku pergi selama ini. Tetapi Hongjoong hanya memberi direction location mereka tanpa memberitahu di mana. Bana kau.
Aku berkira kira untuk memasuki tempat itu tetapi apabila aku memikirkan umur aku yang sememangnya sudah cukup umur, aku terus memasuki kawasan kelab itu. Nampak tuh kalah dengan hasutan syaitan.
Aku menuruni tangga kerana kelab itu nampaknya terbina di bawah tanah. Lagu rancak klasik kelab malam yang membingitkan menyapa gegendang telinga aku. Mata aku melilau melihat pelbagai jenis orang didalam kelab itu. Ada yang menari bersuka ria, ada yang duduk dan dilayani perempuan dan ada yang duduk di bar minuman. Sememangnya ia membuatkan aku seram.
Aku mengeluh lega apabila aku melihat 2 ketul lelaki yang berada di bar jadi aku berjalan mendekatinya.
"Queen!!!"mereka berdua tersenyum lebar apabila melihat kelibat aku.
YOU ARE READING
I HATE YOU + KJW
Fanfiction||Fixed description|| Tak sangka, seorang gadis boleh menjadi penyebab seorang lelaki bunuh diri. Gadis itu bukan sahabat... Bukan juga keluarganya... Bukan juga kekasihnya... Jadi? Gadis itu siapa bagi dirinya? "Perkenalkan ini adik aku Lee Jaei...