Tap tap tap...
Mataku hanya memandang sekeliling korridor yang sunyi itu. Semua kelas yang gelap itu sedikit merindingkan aku. Dah lah aku sorang sorang kosong pulak tu.
Awal sangat ke aku datang ni?
Aku menilik jam tangan bagi memastikan. "aku datang pukul 5 kut. Tak kan tak ada sapa yang datang lagi?"
Aku mengendahkan kelas kelas yang gelap itu dan terus berlari menuju ke kelas aku.
Dalam sangkaan bahawa kelas aku pun gelap menandakan yang aku seorang je yang sampai dulu.
Tanpa berlengah aku masuk ke dalam lalu menyentuh setiap permukaan hanya untuk mencari suis lampu.
Tik!
Aku mengeluh lega tatkala kelas aku telah menjadi terang menderang berbanding dengan kelas kelas yang lain.
Apabila aku pusing sahaja belakang.
"WARGHH!!!"
Terus aku tekup mulut aku memaksa aku untuk berhenti menjerit. Manakan tidak terkejut bahawa mendapati suatu figura sedang duduk sambil melentokkan kepalanya di atas meja.
Aku menelan liur lalu perlahan lahan bergerak menuju ke tempat duduk aku. Usaha aku untuk kejutkan dia berhasil kerana dia tidak bergerak sekalipun. Mesti tidur mati ni.
Dengan hembusan nafas aku mengeluarkan buku aku untuk study. Well kerja sekolah aku lama dah siap. So study la selagi ada masa terluang.
Mataku yang sedang fokus pada buku sejarah aku sesekali teralih pada figura yang berada di hadapan aku.
Apabila aku melihatnya, aku terimbas tentang kejadian 2 minggu lepas.
Bahawa dia kena gantung sekolah kerana kantoi hisap rokok dengan kuli kuli dia tapi dia sorang je kena gantung, lagi dua ekor tu tak.
Aku sebenarnya kesian jugak dekat dia even dia jahat gila nak mati, tapi dia juga perlu ke sekolah seperti yang lain.
Pang!
Aku tersentak mendengar pintu dibuka secera kasar.
"Apa kau tengok tengok aku jambu?" aku mengeluh. Itu Seonghwa. Dasar bodoh sebab muka kau oun jambu jugak.
"Kau tengah bercakap dengan cermin ke?" dengan berani aku balas. Seonghwa mengepal menumbuknya yang aku sangka dia akan layangkan padaku.
"Ehhh babi, aku tak ada masa nak ajar kau. Tapi bila aku jumpa kau... Siap kau aku kerjakan." aku menggulingkan mata.
"Aku memang dah siap pon." kemudian mataku kembali fokus kepada buku aku.
Dia merengus kasar sebelum langkahnya menuju ke arah figura yang masih melentokkan kepalanya. Pelik juga, dia tak bergerak kut dari tadi.
"Weh Queen... Welcome back to school. Jum kita lepak."
Tiada balasan. Dahiku berkerut.
"Queen? Bapak ah tidur mati ke sial? Aku belah ah cemni." dia menolak meja berdekatan lalu menuju ke pintu.
"Dan kau..." aku hanya memandangnya yang masih berada di pintu.
"nanti aku kerjakan." akhirnya pintu ditutup.
Aku melepaskan keluhan panjang. Even aku dah biasa juga kena tempias diorang tapi siapa je rasa tenang kan.
YOU ARE READING
I HATE YOU + KJW
Fanfiction||Fixed description|| Tak sangka, seorang gadis boleh menjadi penyebab seorang lelaki bunuh diri. Gadis itu bukan sahabat... Bukan juga keluarganya... Bukan juga kekasihnya... Jadi? Gadis itu siapa bagi dirinya? "Perkenalkan ini adik aku Lee Jaei...