Third personality

83 17 1
                                    

Taeyong memberitahu aku, yang dia akan pergi kerja. Jadi, dia akan meninggalkan aku dengan Jungwoo di sini.

Selepas itu, aku dapat tahu yang Jungwoo mengalami demam panas secara mengejut. Yerlah, dia okay je kan semalam.

Aku buat keputusan untuk menemani si sakit Jungwoo dengan makanan bubur dan air. Aku juga membawa ubat demam untuknya.

Apabila aku memasuki biliknya, dia menyelubungkan dirinya dalam selimut tebalnya.

Perlahan kaki aku melangkah ke arah katilnya.

Semasa aku berada tepi katil, aku meletakkan dulang atas meja sebelah katil lalu mengambil kerusi di situ.

Aku mengamati wajahnya. Bibirnya pucat dan rambutnya basah dengan peluhnya.

Walaupun dalam keadaan dingin, dia berpeluh agak teruk. .

At least dia patut segarkan badan dia.

"Jungwoo.." setelah tiga kali aku menggerakkannya,akhirnya matanya perlahan dicelikkan matanya.

Dia memandang aku tanpa reaksi pun.

"Kau demam ni. Kau patut segarkan badan kau."

"Jaein.. aku okay.." jawabnya lemah. Aku hanya menggelengkan kepala.

"apa kau cakap ni... Kau demam tahu tak...tak akan aku nak biarkan kau macam ni."

"kau boleh bangun tak?" dia menggeleng lemah. Aku tersenyum nipis.

"Tak apa, aku ambilkan kain rendam untuk kau."

Tidak terlalu lama, aku kembali semula dan melihatnya dengan posisi yang sama.

Aku membantunya untuk duduk sambil bersandarkan kepala katil seraya aku mengelap sebahagian badannya.

Dia hanya memerhati sahaja perbuatan aku memandangkan badannya terlalu lemah sangat untuk bergerak.

Setelah itu aku mengajaknya makan dengan menyuapkan bubur kepadanya. Dia tidak menolak dan masih mengikut.

Sesekali aku perhati sahaja dia makan dengan mata yang kosong. Aku tak tau lah, kenapa aku rasa dia attractive sangat seperti ini. Tanpa sedar aku tersenyum Sendirian menikmati keindahan wajahnya.

Setelah hampir setengah di makan, aku memberikan dia ubat namun dia hanya perhati sahaja.

"Ubat apa tu?"

"Ini ubat demam lah... Ubat apa lagi."

"tak nak."

"Eh kau ni.. Menga-"

"Tolong Jaein aku serious, aku tak nak. Jangan paksa aku." aku mengerutkan dahi kebingungan.tak apahal mamat ni tak nak? Mengada gilakk!

"haish iya lah." aku meletakkan ubat itu atas semula sebelum aku menatapnya semula.

"Dah... Kau rehat je cukup-cukup. Get well soon." Aku mengemas segalanya sebelu m ingin keluar.

"Jaein.." dia memanggil aku, tetapi wajahnya hanya memandang bawah.

"Hurm?"

"Boleh tak kau teman aku sebentar?" Aku terkedu sebentar. Aku tak salah dengar ke tadi?

"Eoh?" Kemudian dia hanya mengagguk pelan, meyakinkan bahawa aku tidak salah dengar rasanya.

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now