Aku melabuhkan punggung aku di atas sofa setelah kepenatan mengemas rumah.
Jaehyun hanya melabuhkan punggunya di atas lantai berdekatan aku.
Yeah selepas makan dan 'bersembang' tadi, aku nak kena kemas rumah yang bersepah dikerjakan Taeyong semalam. Jaehyun tawar diri dia tolong aku mengemas rumah. Nasib ada member en.
"Asal kau duduk bawah?" aku menatap Jaehyun yang duduk di atas lantai sambil menyandarkan belakamg badannya pada sofa.
"Tah... Aku suka pulak duduk atas Lantai ni." balasnya sebelum memejamkan matanya. Aku menggelengkan kepala tidak faham.
"Lantak kau lah... Ah, aku buatkan air kejap tau."
Jaehyun tidak memandangaku namun hanya menunjukkan simbol okay. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah dapur.
Ding! Dong!
Punya aku fikir air apa nak buat, kedengaran loceng pintu bergema di setiap penjuru ruangan menandakan seseorang berada di pintu.
"Biar aku bukak!" Laung Jaehyun sebelum dia menuju ke pintu.
"Kun hyung?"
Aku menjengahkan kepalaku untuk memastikan nama gerangan yang disebut Jaehyun itu.
Benar yang berada di pintu itu ialah Kun.
"Kau buat apa datang sini?"
"Aku nak cakap sesuatu dengan Jaein."
"Okay.. Masuklah, dia ada tu dekat dapur."
Aku hanya mendengar perbualan mereka sambil membancuh air. Aku mengambil satu lagi gelas yang asalnya 2 gelas sahaja dan menjadi tiga.
Setelah segalanya selesai, aku menatang dulang air ke ruang tamu di mana mereka berdua berada.
Kelihatan Kun duduk di atas sofa single dan Jaehyun.... Asal Jaehyun suka sangat duduk atas lantai eh?
"Kenapa kau datang sini?" aku menyoal setelah meletakkan dulang air di atas meja coffee. Melabuhkan punggungku di atas sofa spot aku 3 minit lepas.
Kelihatan Kun diam, menolak untuk membuka mulut. Kami berdua mengerutkan dahi hairan.
"Hyung ada some-"
"Aku tak boleh simpan semua ni lagi." persoalan Jaehyun dipotong. Aku dan Jaehyun memandang sesama sendiri.
"Apa maksud kau?" soalku.
Baru je dia bukak mulut.... Dia diam semula. Kadang kadang geram pulak dia ni. Buat suspend je en en.
"Sebenarnya, Jungwoo tu adik angkat aku." kami berdua melopong. Setelah 2 minit dia buat kitorang suspend, terkejut beruk kitorang. Menyesal pulak tunggu dia cakap tu.
Kami bagaikan mati kata dengan ayatnya lagi lagi Jaehyun, dia dah buat muka tak puas hati.
"Serious ah hyung?! Asal tak bagitau kitorang?" akhirnya Jaehyun berjaya membalas setelah kami mengambil tempoh untuk proses.
"Aku mintak maaf sembunyikan semua ni. Aku dah janji dengan dia yang aku takkan layan seperti aku kenal dia."
Jaehyun speechless gila bila denhar balsan Kun sampaikan dia memluk tubuhnya sendiri dan memalingkan wajahnya daripada Kun. Serious dia tak puas hati gila.
"Keluarga aku ambil dia jadi anak angkat masa dia umur 5 tahun. Dia hidup dengan kitorang selama 10 tahun sebelum dia tiba tiba menghilangkan diri dia."
YOU ARE READING
I HATE YOU + KJW
Fanfiction||Fixed description|| Tak sangka, seorang gadis boleh menjadi penyebab seorang lelaki bunuh diri. Gadis itu bukan sahabat... Bukan juga keluarganya... Bukan juga kekasihnya... Jadi? Gadis itu siapa bagi dirinya? "Perkenalkan ini adik aku Lee Jaei...