TEA

150 24 1
                                    

Okay hari ni serious  kena pergi pasar raya untuk mengisi semula stock makanan aku. Semalam aku tak sempat nak beli pape dekat kedai serbaneka sebab aku kena jadi hero tak berbayar.

Korang nak tau tak apa yang aku buat?

Aku angkut anak orang tu balik rumah dan tinggalkan lelaki durjana tu terbaring tidak sedarkan diri dekat situ. Well at least dia masih bernafas.

Aku hantar lah dia balik rumah Taeyong yang semestinya rumah dia jugak. Aku tahu lah rumah Taeyong sebab pernah sekali dia ajak Zeus dan yang lain lepak rumah dia sebelum ni.

Aku ada niat nak ambil balik hoodie tu tapi bila teringatkan badan dia yang mula terdedah kerana bajunya yang serupa kena gigit banjingan. Weh sebenci benci aku pada dia pun aku still ada nafsu auuu..

Walaupun keadaan hawa malam yang dingin, aku tak ada pilihan.

Jadi aku just tinggalkan baju tu. Biarlah halal lah tapi tu lah aku terpaksa balik rumah dengan kesejukan. Tabah jer lah.

Mesti korang kunfuse aku sebenarnya baik ke jahat?

Well aku buat semua ni untuk Zeus bukan untuk sesiapa. Kan Zeus yang suruh kan kann???

Aku tak buat untuk Taeyong atau atau Lucas dan tak semestinya juga untuk Jaein. Jap asal aku babitkan Lucas tadii?

Kalau ikutkan taknak aku tolong minah bangsat tuh. Biar jer dia rasa balasan dia.

Back to the main point...

Setelah habis kelas aku terus menuju ke pasar raya.

Tau kan aku anti social  jadi aku tak nak tunjuk muka aku ni. Aku memakai mask dan cap di dalam kereta.

Aku memasuki pasar raya lalu mengambil troli seperti biasa. Tapi kenapalah ramai orang still perhatikan aku. Aku ni handsome sangat ke tho? Ke aku pakai mask terbalik?

Aku hanya mengendahkan mereka dan berjalan menuju ke bahagian makanan yang aku hendak beli..

Setengah jam aku berada situ, hampir separuh troli telah dipenuhi barang.

Tinggal barang terakhir, sardin dalam tin. 

Sedang aku khusyuk mencari compartment sardin, tiba tiba belakang aku kena dilanggar dengan troli menyebabkan aku berpaling.

"Sakit la.... Mata tu tengok lah depan punn."aku memaki pemilik troli itu geram. Dia hanya menunduk kepalanya memohon maaf.

" A-aku betul betul minta maaf. Aku tidak sengaja." dia mengangkat wajahnya dan mata kami bertembung.

Mataku membesar. Figura tinggi lampai itu aku sangat kenal. 

Aku tidak boleh expose diri aku. Aku tak kan expose diri aku.

"Tak apa." balasku ringkas sebelum mengorak langkah pergi daripada situ.

Dia yang terpinga pinga aku endahkan. Nasib baik aku pakai mask doh kalau tak mati aku.

Setelah aku yakin dia sudah jauh dipada kedudukan aku sekarang, aku melepaksan keluhan panjang sebelum  terus melupakan sardin itu dan segera ke kaunter.

...

" Aku tak kena rogol la."untuk keberapa kali aku menafikan sangkakan Taeyong yang masih memandang aku tajam.

"Jangan bohong aku pasal hal macam ni. Aku tak bodoh." kata. Aku mendengus geram.

"Aku berkata jujur!" kataku sambil menekankan pernyataan aku.

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now