His Dad [EDITED]

144 28 14
                                    

Hi! rindu saya tak? huehuehue perasan je kan..

Hope you like it!


Aku bangun tidur dengan kepala yang kesakitan.

Aku tak tahu apa yang jadi semalam, aku rasa satu badan aku sakit....terutama dekat pipi aku.

Aku menuruni tangga untuk mengambil air sejuk.  Harap-harap air sejuk tu boleh mengurangkan sakit kepala aku.

Aku mengambil cawan di dalam kabinet dan mengisinya dengan air. Aku tidak sedar pun seseorang sedang berada di dapur juga.

"good morning hyung..." aktiviti meminum air aku terhenti seketika lalu menoleh. Aku melihat Jungwoo yang sedang menyandarkan badannya di meja kaunter . Di tangannya terdapat cawan dan boleh agak dia juga berada di sini untuk meminum air.

Aku memalingkan badanku menghadapnya. Dengan mata yang sedikit sembab setalah bangun tidur, aku menatapnya dengan kening ditautkan.

"Jungwoo? Awalnya kau bangun..." 

"Sekarang dah pukul 7.45 hyung. Kau bangun lambat hari ni." jawabnya tanpa ekspresi lalu menyisip airnya. .

Aku memicit mataku yang terasa pedih itu sesekali.

"Argh... Apa jadi semalam?" aku menyoal Jungwoo. Aku sumpah bingung. Macam mana aku boleh sampai sini dan macam mana badan aku sakit sangat ni.

Namun, Jungwoo hanya menatap aku dengan wajah datarnya. Dia berdecit lalu meletakkan cawannya atas meja kaunter itu.

"Mana lah aku tahu apa jadi dengan kau. Kalau bukan Yuta hyung bawak kau balik semalam, tidur lah kau dengan tikus dekat lorong tu."

Mata aku meluas dan wajah aku berkerut tidak faham.

"Huh?" dia menggulingkan matanya dengan balasan aku.

"Yuta hyung bagitau aku, kau berada di kelab malam sejak petang semalam dan kau balik rumah time hampir tengah malam. Bila aku kira balik, kau dah buang masa kau selasa hampir 7 jam dekat sana tahu tak!"

Aku terkaku. Baru aku ingat, aku tertekan sangat masa tu, jadi aku jumpa someone dan lepas tu, aku lepaskan tekanan aku dengan habiskan waktu dekat kelab.

" Hyung, semalam kau jadi tak betul terus masa kau mabuk . Aku suruh kau minum tu... tapi  tak nak. Merengek rengek macam budak kecik. Jadi.. Aku lempang kau. " dia tersengih tanpa rasa bersalah. Aku memegang pipi aku.

" Patut lah sakit... " aku mengusap pipi aku sendiri sebelum memandang tinngkat atas atau lebih tepat, bilik Jaein.

" Jaein tahu tak apa jadi dengan aku? "

" Aku dah agak kau akan tanya macam tu. Sebab tu aku bawak kau masuk bilik malam tu sebelum Jaein tahu."

Mendengar balasannya serta merta aku melepaskan keluhan lega. Nasib baik Jaein tak tahu, kalau tak... Aku tak tau nak jawab apa.

" Hyung... Kenapa kau tiba-tiba nak mabuk sampai macam ni? Besar sangat ke masalah kau?" aku terkedu.

Aku memandangnya lalu mengukirkan senyuman kelat. "... Tak ada lah..."

Dia mengerutkan dahinya. Dia tidak percaya aku dan aku tahu yang dia tak bodoh.

" Semalam masa kau mabuk, kau sebut-sebut omma kau. Kau menangis-nangis. Aku tahu itu dan kau tak boleh bohong aku.".

Aku meneguk air liur gementar. Apa aku nak cakap? Perluke aku bagitau dia?

Aku menatap wajahnya yang memang kelihatan setia menunggu jawapan.

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now