Mother Was Everything

148 28 11
                                    

Suatu hari yang sangat cerah. Aku mencari bunga berdekatan untuk menghadiahkannya pada ibu memandangkan hari  ini hari jadinya. Aku ingin melihat omma aku tersenyum untuk pertama kali di hadapan aku.

Aku tak tahu apakah rupa senyumannya selama ini. Tetapi aku selalu bayangkan, senyumannya mesti sangat manis dan indah.

Aku mendaki tangga untuk ke biliknya dan berusaha membuka pintu. Dengan jambakan bunga berada di belakang aku, aku memasuki biliknya. Kelihatan dia sedang tertidur lena.

Aku berjalan perlahan mendekatinya supaya dia tidak terjaga.

Aku melihat wajah ibuku yang tertidur itu. Well tunggu dia bangun nanti. Aku nak sangat melihtanya tersenyum.

Tetapi....

Telah 2 hari ibu tidak bangun dari lenanya. Aku yang bermain sendirian dengan mainan kereta aku menjadi bosan dan kesunyian. Lamanya ibu tidur dekat bilik dia. Dia langsung tak nak makan ke?

Ayah pulak tak tau pergi mana. Sudah hampir seminggu dia tidak balik rumah. Aku tertanya apakah perkerjaannya.

Tak boleh jadi ni, aku kena kejutkan omma bangun. Aku takut berseorangan di sini.

Aku mendaki tangga dan menuju ke biliknya. Aku membuka pintu dan ternyata dia masih tidur. Aku mengeluh panjang.

"ibu! Ireonna!" aku berjalan mendekati katilnya dan menggerakkannya.

"ibu, sudah 2 hari ibu tidur. Bangunlah. Jungwoo takut main sorang sorang." namun tiada riaksi langsung.

Aku memandang jambakan bunga yang telah aku letak dekat atas meja itu. Bunga itu kelihatan hampir layu.

"ibu! Ibu! Jungwoo ada bawakkan bunga untuk ibu! Bangun!" aku menyentuh wajahnya yang kelihatan tenang tersebut. Aku terkedu. Kenapa badannya sejuk.

"ibu? Ibu okay tak?" aku sentiasa berusaha menggerakkannya berharap dia membuka matanya.

"ibu okay sayang. Ibu gembira sekarang."  aku mendongak. Dengan pandangan yang samar-samar aku melihat kelibat seseorang yang amat aku rindui.

Aku memandang sekekliling dna menyedari...

Aku berada di padang bunga besama ibu.

"ibu jungwoo nak ikut ibu." ujarku. Aku ingin memeluknya erat namun aku seakan tidak mampu bergerak.

"Jangan... Jungwoo... Kamu dah berusaha bertahan hidup sampai ke peringkat ni. Takkan kamu nak sia siakan?" balasnya tenang.

"Tapi Jungwoo penat! Jungwoo tak nak hidup macam ni!" bentakku. Betul aku tak nak hidup macam ni lagi. Aku tak sanggup.

"ibu tahu anak ibu kuat... Iby mintak maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat kamu selama ni." aku tergamam. Wanita yang amat aku rindui akhirnya melemparkan senyumannya dihadapan aku. Air mata aku terus mengalir sangat deras.

Akhirnya hajat aku untuk melihat senyuman ibu termakbul.

"ibu.." ibuku menghulurkan tangannya kepada. Perlahan aku menyambut tangannya.

"Hiduplah anakku."

...

"Jungwoo..."aku terjaga mendengar suara itu.

"Jungwoo!" celik terus mata aku setelah aku menyedari itu hanyalah mimpi aku sahaja.

Aku memandang perempuan di hadapan aku. Aku mengambil masa 5 saat untuk memperoses semula siapa perempuan itu.

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now