Aku terjaga daripada lena setelah cahaya mentari menusuk mataku. Perlahan lahan aku membuka mata supaya cahaya mentari yang silau tidak terus menikam mataku.
Aku perlahan mengangkat badanku dan bersandar pada kepala katil. Aku tidak tau tetapi kepala aku tidak berhenti berdenyut dan berasa pening yang amat menyakitkan.
"Apa yang jadi dengan aku ni..."
Berkali kali aku mengerdipkan mataku bagi menghilang kesakitan itu tetapi ianya sia sia.
Aku melihat sekeliling dan aku menyedari aku berada dalam bilik aku sendiri.
Aku cuba mengingati kejadian semalam. Kenapa aku boleh menjadi pening sebegini.
Tiba tiba perut aku terasa pelik. Ia terasa seperti limpa aku tengah berperang dengan sesuatu yang tidak kena membuatkan ia tidak selesa.
Tanpa berhati hati aku terus terjun daripada katil untuk ke tandas tetapi aku tersadung baju sendiri kerana ianya terlalu besar.
Thud!
Tiada masa untuk memaki, aku terus merangkak ke dalam bilik air.
Dah sebijik binatang dah aku nii..
Aku membuka mangkuk tandas sebelum menekan nekan perut aku yang sedang mengeluarkan isi perutnya.
Setelah beberapa minit aku menghabiskan masaku di dalam bilik air, akhirnya aku keluar daripada bilik air dengan longlai.
Kemudian,aku mula mendongak dan melihat arah katilku, aku melihat seperti figura seseorang yang sedang duduk di penjuru katil aku.
Akibat kepala aku yang masih kesakitan, mataku tidak dapat melihat dengan betul atau kata lain, kabur.
"Siapa pulak tuh?" aku mengecilkan mataku untuk melihat dengan lebih jelas figura itu.
"Ini aku, gila."aku terkedu mendengar suara Taeyong di dalam bilik aku. Aku segera berjalan kearahnya dengan keadaan terhuyung hayang. Walaupun bersusah payah aku cuba berjalan tanpa rebah, aku berjaya sampai ke katil dan menyembamkan badanku di atasnya.
" Weh kau fikir siapa yang masuk hah? Kita berdua je duduk sini."ujarnya. Ye tak ye jugak eh. Aku memusingkan badan aku menghadap figura itu atau lebih tepatnya Taeyong yang menatap aku.
"Sejak bila kau muncul dalam bilik aku, Ty? "
"Baru aku teleport datang sini. Why?"
"Wahh daebak... Aku boleh berikan hadiah semut untuk kauu!" aku menepuk tanganku tanda memerlinya. Akibatnya, dia mencubit lengan aku kuat dan aku mengerang kesakitan.
"Omo mianhae, aku tak perasan bahagian situ pun lebam!"
Wait, lebam?
Aku melihat bahagian kaki aku dan terlihat banyak tompok biru, purple dan luka bewarna merah. Kemudian, aku menarik lengan pakaian aku dan kelihatan kesan yang sama seperti bahagian kaki aku.
Aku menoleh memandang wajah Taeyong dengan wajah cuak" Weh apa yang jadi dengan aku ni Taeyong?! Aku dah jadi badut!!! "
Aku meraung pada Taeyong dan Taeyong hanya berdecit.
"Aku tak tahu apa yang jadi, aku bukak bukak pintu je jumpa kau tak sedarkan diri depan rumah pukul 1 pagi tahu tak?" aku terkaku mendengar hal tersebut.
"Apakah?" aku membuat muka bigung dan aku cuba mengingati kejadian semalam semula.
"Kau pergi mana sebenarnya semalam? Katanya nak jumpa member dekat kedai mamak tapi apsal aku jumpa kau macam tu macam lepas kena kejar anjing gila?"
YOU ARE READING
I HATE YOU + KJW
Fanfiction||Fixed description|| Tak sangka, seorang gadis boleh menjadi penyebab seorang lelaki bunuh diri. Gadis itu bukan sahabat... Bukan juga keluarganya... Bukan juga kekasihnya... Jadi? Gadis itu siapa bagi dirinya? "Perkenalkan ini adik aku Lee Jaei...