Sick Of This [EDITED]

144 26 1
                                    

"Ye prof. Saya akan hantar tugasan sebelum esok....ye saya faham..." setelah panggilan ditamatkan keluhan dihela dan wajah diraut.

Tak guna btol la Zeus tak bagi tau pun aku kena buat assignment. Tau tau je prof dah call aku sebab aku sorang je yang tak hantar. O cit.

Dah lah esok dah start cuti sem. Kalau aku tak submit ni maka tak adalah penilaian akhir aku. Haish menyusahkan lah!!!

Aku kembali fokus pada laptop aku dan mula mendesign sebuah potret digital.

Aku melepaskan keluhan oanjang sekali lagi dan melihat lukisan aku.

Ianya... Seorang wanita berambut panjang paras bahu dengan wajah datarnya. Aku yang memandangnya turut terkaku. Kenapa aku lukis dia.

Apapun aku teruskan jugak lukisan tu sebab dah tak ada masa nak buat yang baharu.

"Jung... Woo..."

tersentak kerana suara itu, aku menghempas stylus aku agak keras.

"What the hell is that?"  apa pulak kacau aku ni? Hantu ke?

"Jung... Woo... To..."

aku bangkit dari dudukku, tak salah lagi aku dengar suara itu.

"Apa benda tu?" tanpa berlengah aku berjalan untuk mencari punca suara itu.

Semasa di tingkat dua, aku melepasi sebuah pintu bilik namun aku berhenti di situ setelah mendengar bunyi seperti pintu dicakar dari dalam. Sejujurnya, bulu roma aku dah merinding habis.

" Jungwoo... Tolong ibu sayang..."

terkedu terus setelah mengecam pemilik suara tersebut. Sumpah lah tu suara ibu aku?

Tak mungkin!

Perlahan aku mendekati pintu dan melekapkan telingaku. "ibu?"

"Jungwoo? Jungwoo tolong ibu! ibu dah tak tahan dudum sini! Tolong lepaskan ibu!" aku terkejut juga mendengar perkataan yang tak disangka. Aku memulas tombol pintu tetapi terkunci.

"cit... ibu, hold on Jungwoo datang!!"

Aku segera berlari ke tingkat bawah ubtuk mengambil kunci seluruh bilik dan menuju kembali ke bilik itu.

Waktu itu, aku mengambil masa untuk mencari kunci yang betul. Dalam masa yang sama, air mata aku tiba tiba gugur tanpa aku sedar. "ibu, bertahan!"

Senyap. Tiada lagi namaa aku diseru. Aku terus merempuh masuk bilik itu setelah aku menjumpai kunci yang betul.

"ibu... Jungwoo ad-" mati kata sebaik sahaja aku membuka pintu tersebut. Manakan tidak, aku disambut dengan sesuatu yang tidak disangka.

Aku melihat sebuah rangka yang terbaring di atas katil sambil berselimut.

Badan aku menggeletar tetapi aku masih berjalan ke arahnya. Air mata aku mencurah curah jatuh.

"ibu?"

Aku rasa aku tak waras sebab aku bertindak duduk melutut di hadapan rangka itu. Kenapa aku tak rasa takut?

"ibu.. Apa yang..." aku mengusap kepala rangka itu tanpa ragu. Sewaktu itu aku tak fikir apa, aku rindukan ibu aku sekarang ni.

"ayah ke yang buat ibu macam ni?"

Aku memeluk rangka itu sambil menangis.

Ya. satu satunya ibu aku mati di sini, di dalam bilik mereka. Semasa aku berumur 3 tahun, aku menjumpai ibu aku mati mengejut atas katilnya. Tidak lama setelah itu, aku diberitahu ibu bunuh dirinya sendiri dengan overdosekan dirinya. Tetapi aku tidak percaya akan hal itu.

I HATE YOU + KJWWhere stories live. Discover now