"Siapa suruh buat macam tu? Kan dah pecah bibir awak." Omel Naddy perlahan sambil melihat pipi dan bibir Jimin yang kemerahan serta ada sedikit darah dari celah hujung bibir itu. Dia mengambil first aid kid yang ada di dalam rumah ini dan meletakkan ubat di hujung bibir Jimin.
"Aku rindu kau." Ucapan ikhlas itu lembut menyapa telinga Naddy. Dia tahu mata Jimin memandangnya tetapi dia tidak langsung membalas. Entah kenapa, jantungnya berdebar kencang.
"Kau tak rindu aku ke?" Ditanya lagi. Jimin memegang tangan Naddy dari terus merawat luka kecil di hujung bibirnya akibat ditampar tadi.
"Pandang aku. Pandang mata aku." Pinta Jimin. Suaranya rendah, tenggelam, hanya dia dan Naddy sahaja yang boleh dengar. Kedudukan mereka berdua di sofa ruang tamu rumah. Rapat.
Naddy telan liur. Tangannya yang dipegang oleh Jimin cuba dirungkai tetapi pegangan itu terlalu erat sehingga dia rasa malas hendak melawan. Kepalanya menunduk.
"Aku cakap, pandang mata aku." Dagu Naddy diangkat. Mencari sepasang mata cantik itu supaya bertentangan dengannya.
"Kau masih takut dengan aku?" Soal Jimin. Naddy diam. Tidak terkeluar sepatah perkataan pun. Apatah lagi dipaksa supaya memandang mata sesama sendiri. Lemah.
"Kenapa kau masih tak berubah?" Jimin menanya. Naddy memandang lama mata lelaki itu.
"Sebab saya tak mampu."
"Bila aku ada, aku yakin kau mampu. Tiga tahun kau hilang macam tu je, aku tunggu. Sekarang kau datang balik, even aku kena penampar berbisa kau tadi, aku tak marah pun. Sikit pun tak. Sebab aku tahu kau masih tak boleh." Ujar Jimin lagi penuh dalam. Dia berharap agar niatnya ini dapat dibaca oleh Naddy. Dia mahu Naddy tahu betapa dia bersungguh mahukan gadis ini.
"Kan saya dah kata, saya tak ada perasaan dekat lelaki."
"Sikit pun? Untuk aku pun tak ada?"
Naddy mengeluh. Dia menarik tangannya dari pegangan Jimin yang sudah longgar. Dia bangun dari duduk.
"Jangan bazirkan masa awak tunggu saya."
"Aku tak peduli. Aku habiskan masa aku untuk orang yang aku rindu. Kenapa aku kena rasa benda tu membazir?" Naddy hilang ayat lagi. Dia mengeluh. Jimin benar-benar pandai counter dalam semua alasan yang diberi.
"Awak lupa ke dulu awak pernah tak suka dekat saya? Kenapa sekarang tiba-tiba pandai cakap pasal rindu pula?" Soal Naddy. Dia memusingkan tubuhnya memandang Jimin yang masih duduk di sofa sambil memeluk tubuh.
"Kau tanya aku kenapa aku rindu? Naddy, tiga tahun kau tinggal aku macam tu je."
"Tinggal awak? Kita bukan ada apa-apa pun." Berani Naddy menafi. Jimin tiba-tiba berdiri sebelum kedua belah pipi Naddy dipegang. Kemudian didekatkan wajahnya dengan gadis itu sebelum bibir mereka bersentuhan beberapa saat.
"Aku pernah cakap dekat kau, aku nak kenal dengan kau lebih daripada seorang kawan. Jadi salah ke kalau aku sukakan kau? Aku dah lama buang rasa benci tu. Kau sebenarnya baik, Naddy. Kau perempuan yang baik. Cuma kisah silam kau je buat kau jadi macam ni." Ujar Jimin sebaik sahaja dia menjauhkan wajahnya.
Naddy kaku. Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Dia dicium dan dia juga tidak menolak. Kenapa? Kenapa dia rasa selesa apabila dekat dengan Jimin?
"Aku sayangkan kau. Bagi aku peluang, untuk kenal dengan kau. Boleh?" Pinta Jimin sambil membawa tangannya bersama dengan tangan Naddy. Dipegang pergelangan tangan itu kemudian digenggam erat. Seerat yang mungkin.
"Saya.."
"Aku janji, aku akan tolong kau. Aku cari ayah kau sampai jumpa. Aku takkan bagi dia jumpa kau lagi." Kata Jimin. Naddy tiba-tiba hairan. Dahinya berkerut.
YOU ARE READING
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)
FanfictionPark Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin mempunyai rasa cinta terhadap Naddy, tetapi Naddy mempunyai perasaan terlarang terhadap wanita. Adik Jimin sendiri kekasih Naddy, lantas lela...