💐 Bab 5 💐

3.5K 547 85
                                    

Jimin keluar dari perut kereta sambil menanggalkan kaca mata hitam yang tersarung padanya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan Starbuck. Ingin membeli minuman kegemarannya di situ. Setiap kali dia berasa tertekan, kurang tenang dan resah, ke sinilah tempatnya. Mencari ketenangan dengan minum kopi, melepak dan merenung tingkah laku manusia yang mencuri perhatiannya.

"Yes, sir?" Jimin mengangkat kepala. Memandang jurujual yang berada di hadapan matanya kini.

"Latte."

"Two minutes." Jimin mengangguk. Seakan-akan jurujual itu mengerti dan sudah pun masak dengan pesanan pelanggan setia yang satu ini. Jimin berdiri sambil sebelah tangannya memeluk tubuh. Sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit, merenung skrin iPhone yang menyala. 

"Okay, done." Selesai membuat bayaran dan sebagainya, Jimin membawa gelas plastik berisi air kegemarannya menuju ke meja yang sentiasa menjadi tempat kegemaran. Jimin meletakkan gelas di atas meja dan duduk di tempat yang agak tersorok dari pandangan mata orang. iPad Pro yang dibawa bersama tadi dibuka di atas meja.

Kerja.

"Tolonglah, jangan. A.. aku takut."

"Alah, sikit je. Bukalah. Aku tak buat lebih pun. Buka cepat." Kening Jimin berkerut. Macam tak sedap telinganya mendengar perbualan singkat itu. Terasa dekat dengannya. Macam di sebelah. Tempat duduk sebelah dipisahkan dengan penyandar belakang yang tinggi. Tapi masih boleh dengar apa yang dibualkan.

"Tak nak. Kau dah janji kita jumpa sebab nak berbincang je. Tapi kau.."

"Please, Naddy. I'm craving of you."

Kepala Jimin terus terangkat. Naddy?

"Stop, Yoongi. Stop. Aku tak suka kau layan aku macam ni."

"Layan macam ni.. kau tak suka? Jomlah.. hotel. Eah?" Jimin pegang telinga. Panas tiba-tiba. Mesti lelaki tu nakkan 'sesuatu'. Pada awalnya dia mahu dengar lagi. Tetapi apabila terdengar bunyi-bunyi yang semakin mencurigakan, Jimin bangun. iPad Pro ditutup. Gelas diambil. Bukan ingin menyelamatkan, tetapi mahu melarikan diri.

"Jimin!"

Langkah kaki Jimin terus terhenti. Lebih hebat apabila terasa lengannya dirangkul dari belakang.

Apa ni?

"Ya?" Jimin memusingkan kepala. Naddy Adrea yang dalam ketakutan.

"Siapa lelaki ni?" Jimin memandang seorang lelaki yang dalam keadaan tidak berpuas hati. Wajahnya nampak 'high', tak dapat apa yang dia nak.

"Aku datang dengan dia. Dia.. boyfriend aku. Hmm.." Jimin menganga. Pula dah?!

"Boyfriend? Sejak bila kau.."

"Dua tahun lalu. Jimin." Jimin hulurkan tangan kepada Yoongi, ingin berjabat. Naddy tersenyum kelat. Jimin selamatkannya.

"Dua tahun..." Yoongi hanya memandang tangan itu tak bersambut. Jimin tarik semula tangan. Tak tercalar pun maruah. Lelaki macam ni, berambut blonde macam ni, yang entah siapa-siapa ni, tak perlu sambut salam pun tak apa. Tak kisah.

"Err.. aku balik dululah, Yoongi. Jom, baby." Jimin seakan-akan patung. Ditarik Naddy, ikut. Sehingga keluar dari kedai.

"Aik, dah tak nak pegang aku dah? Kenapa?" Soal Jimin apabila lengannya segera dilepaskan oleh gadis cantik ini. Naddy memandang Jimin, pandangan tajam diberikan. Tetapi nampak sedikit takut.

"Tak ada apa-apa."

"Eh, nak pergi mana? Terima kasih pun tak, pergi macam tu je." Kata Jimin apabila Naddy seakan-akan mahu pergi. Naddy berhenti, tangannya menggenggam penumbuk kecil. Jimin perasan tentang itu.

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now