💐 Bab 8 💐

2.6K 447 45
                                    

Jimin menghempas batang tubuhnya di atas tilam. Sedikit kasar, tetapi memuaskan. Penat lelahnya seakan-akan terbias pergi selepas tubuhnya berjaya bertemu katil. Kelegaan yang bukan biasa-biasa. Setelah seharian bekerja, bertungkus-lumus menghadap klien yang pelbagai karenah dan gaya, inilah waktu tepat untuk Jimin tidur. Namun hari ini, entah kenapa, setelah gadis itu pergi setahun yang lalu, Jimin masih tidak dapat melupakan. Masih teringat-ingat sehingga ke hari ini.

Setahun Naddy pergi. Setahun juga dia menanggung rasa sakit sendirian. Rasa sakit yang lebih kepada sakit rindu. Gila. Tak pernah Jimin begini. Jarang pun tak. Terfikir juga untuk menelefon, tetapi kalau menganggu? Banyak kali juga Jimin berfikir begitu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu biliknya diketuk. “Masuk!”

Jimin menjengah dengan hujung mata. Dah agak, Jaera.

“Abang.”

“Ya, Jaera.”

“Jom makan. Saya dah siapkan makanan dah. Jom.” Kata adiknya sambil melabuhkan punggung di birai katil. Kaki Jimin ditepuk sekali menyuruh abangnya bangkit dari baring.

“Makanlah dulu. Nanti abang turun.”

“Sekaranglah. Kenapa tak tukar baju lagi?” Soal Jaera. Kali ini kaki abangnya ditarik agar bergerak.

“Malaslah. Tak ada semangat.”

“Pulak?! Sejak bila tak ada semangat ni? Cepatlah, abang. Abang Seok kata tadi abang tak makan lunch. Dah kenapa?” Jaera mula membebel. Sejak bergelar tunang kepada Hoseok ni, semakin hilang degilnya. Hilang juga perasaan songsang itu. Hanya Hoseok yang dipandang. Apa yang Hoseok jampi pun tak tahulah. Menjadi! Mujarab!

“Diet.”

“Diet apa dah kurus kering ni? Cepatlah bangun!” Kali ini Jaera menarik tangan Jimin sehinggalah tubuh sasa itu bangun. Sasa yang bukan berketul-ketul, tetapi cukup menunjukkan sasa seorang lelaki, ada lekuk pada bahagian perut dan lengan.

“Sibuk je Seok tu.”

“Dia report semua apa yang abang buat dekat saya.” Jaera tersenyum, memainkan keningnya di hadapan Jimin. Jimin mencebik.

“Mengada-ngada sejak dua menjak ni, kan?”

“Eh, mana ada! Dah, jom.” Jaera bangun, dia menanti sehingga Jimin betul-betul berdiri.

“Adik.”

“Hmm. Apa?”

“Awak masih berhubung dengan dia lagi tak?” Soal Jimin. Jaera menganga.

“Dia? Siapa dia?”

“Naddy.”

“Ohh..” Jaera menggeleng. Jimin menaikkan keningnya.

“Tak?” Jaera geleng lagi. Jimin mengeluh. Termenung buat beberapa saat.

“Kenapa abang tanya?” Soal Jaera. Jimin mendongak. Dia bangun perlahan-lahan dan tanpa menjawab pertanyaan si adik, leher Jaera dipaut kasar.

“Aduh! Sakitlah!” Jimin hanya diam dan berjalan sambil memberatkan tubuhnya. Tertunduk-tunduk tubuh Jaera menahan berat tubuh si abang.

------

“Chim!”

“Haaa…”

Hoseok menoleh ke sebelah. Tak tenang nak memandu apabila rakan di sebelah tak habis-habis termenung dengan telefon di tangan. Merenung nombor telefon yang sudah tidak berfungsi lagi. Kecewa.

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now