💐 Bab 6 💐

3K 504 84
                                    

Jaera menonong laju ke depan. Langsung tak dipedulikan Hoseok yang berada di belakang. Mereka berdua di dalam pusat membeli-belah. Jaera ingin mencari keperluannya untuk belajar. Dia ingin pergi sendirian. Tetapi abangnya yang seorang itu.. haih. Cepat sahaja menelefon Hoseok meminta teman. Sudahnya, asyik mengekor sahaja.

Rimas!

"Jae.."

"Abang, stop. Kalau abang nak ikut saya, abang ikut je. Jangan tanya-tanya." Kata Jaera separuh tegas. Hoseok ketap bibir. Dia diam. Tetapi dalam diam bibirnya tersenyum.

"Garang."

"Apa?!" Balas Jaera semula. Tajam jelingannya. Hoseok sudah berdiri di sebelah. Ketinggian mereka yang jauh berbeza itu semakin menunjukkan Jaera dan Hoseok kelihatan comel bersama.

"Abang tak kisah kena marah dengan awak. Asalkan awak selamat di sisi abang."

Mahu terkeluar anak tekak Jaera mendengar. Meskipun dia terasa cair meleleh, tetapi tetap juga rasa geli-geleman. Dah macam bercinta dengan orang tua!

"Abang ni clingy tahu tak? Boleh tak kalau satu hari tu, tak payah keluar apa-apa gula?" Pinta Jaera geram. Hoseok ketawa. Bahu Jaera disenggol dengan bahunya.

"Kenapa? Manis eah?"

"Oh, no!"

Lagi sekali, Jaera menapak jauh meninggalkan Hoseok. Hoseok tertawa kecil sambil menggeleng.

"Nasib baik kau adik Jimin. Kalau tak... haih."

* * * * * 

Jimin berdiri di sisi keretanya sambil menatap skrin telefon. Menanti Naddy yang bakal turun sekejap lagi. Seperti yang sudah dipinta oleh Naddy, Jimin akan jemput dan hantar ke kelab setiap malam dalam beberapa hari ini untuk mengkaburkan mata Yoongi. Jimin pula sanggup melakukan hal itu, semata-mata dia mahu mengetahui sisi lebih Naddy dengan lebih dalam.

Dia tertarik dengan Naddy Adrea ini. 

Jimin masih menatap telefon bimbitnya. Dia membaca semula perbualan ringkasnya bersama Naddy beberapa hari yang lalu. 

Dah bertukar-tukar nombor.

Dah berborak pendek setiap hari.

Naddy pula dah pandai gurau. Apa lagi, Jimin rasa ingin 'masuk' lebih dalam. Ahh.. dunia ini indah jika dapat tahu hati manusia tanpa perlu rasa sakit.

"Macam mana dia boleh jadi macam ni sedangkan dia lebih manis kalau normal?" Getus suara lembut Jimin. Hanya boleh didengar oleh dirinya sahaja. Tetapi malang, ketika itu susuk tubuh Naddy terpacak di hadapannya.

"Jimin.." Laju kepala Jimin mendongak. Tubuhnya terus menegak dari menyandar pada badan kereta.

"Eh, bila turun?"

"Tadi."

Suasana senyap seketika, mata saling bertikam.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Naddy. Jimin telan liur. Berdehem sedikit, memecahkan serak suara yang bakal kedengaran. Berdebar.

"Tak.. tak ada apa-apa. Jomlah. Kau lambat nanti." Kata Jimin. Dia membuka pintu keretanya buat Naddy, Naddy masuk ke dalam walaupun masih belum jelas apa sebenarnya yang terjadi.

"Awak ada nak cakap apa-apa ke dengan saya tadi?"

"Hah?" Jimin jadi tak senang. Tangan dan kaki terus rasa sejuk. Kenapa dengan kau ni, Jimin?

"Awak ada nak cakap apa-apa ke?"

"Tak. Tak ada."

Naddy mengangguk-angguk. Kepalanya menunduk sedikit dan dia terus diam selepas itu. Jimin juga turut diam. Dia tidak suka perasaan ini. Perasaan yang dia pernah rasa suatu masa dulu tetapi bersama wanita lain.

Sekarang dengan Naddy. Bahaya.

Setengah jam masa diambil untuk tiba di sana. Tetapi hanya ditemani dengan suasana sunyi. Tiada suara dari Naddy, tiada kata dari Jimin. Janggal.

"Sini ke?" Tanya Jimin selepas sahaja keretanya elok terpakir di hadapan sebuah kelab malam besar. Masih awal, jadi belum beroperasi.

"Haah. Sini." Jawabnya. Jimin mengangguk. Tetapi melihat Naddy yang seperti tidak mahu keluar dari kereta, Jimin jadi hairan.

"Tak nak masuk ke?" Soal Jimin. Naddy diam, dia memandang Jimin.

"Saya tak boleh duduk dalam kereta awak sekejap ke? Awak tak suka?"

Checkmate.

"Eh, bukan. Bukan macam tu. Aku tanya je." Gelabah Jimin menjawab semula. Tali pinggang keselamatan dibuka. Jimin betulkan duduk, dia memandang Naddy.

"Kau takut dengan aku ke, Naddy?"

"Hah?"

Jimin berdehem. "Kau takut aku ke?" 

Naddy menggeleng kecil. Tetapi kepalanya sedikit menunduk. Tidak memandang Jimin.

"Taklah. Mana ada."

"Be honest. Kalau kau takut, kenapa? Aku manusia biasa juga. Kenapa nak takut?" Jimin masih tidak berpuas hati. Dia bertanya juga walaupun jawapan tidak yang keluar dari bibir Naddy.

"Saya bukan takut awak. Tapi saya takut lelaki." Terdiam Jimin. Satu pengakuan yang tidak disangka-sangka langsung. 

"Takut lelaki?"

"Hmm.."

"Kenapa?"

Naddy diam. Dia tidak menjawab. Sebaliknya beg segera dicapai, sedia untuk keluar. Tetapi pintu dikunci oleh Jimin. 

"Jawab soalan aku sebelum kau keluar."

"Saya minta maaf, tapi saya tak bol.."

"Kenapa tak? Aku nak tahu, kenapa kau jadi macam ni. Kau sesuai jadi wanita biasa. Bukan wanita yang luar biasa." Kata Jimin. Berbisik suaranya, menaikkan rasa debar di dada. Naddy telan liur. Peluh mula keluar.

"Awak akan tahu nanti, Jimin. Tapi bukan sekarang." Kata Naddy. Masih ingin berdalih walaupun dia tidak boleh terlepas. 

"Tak nak. Sekarang juga."

"Tol.."

"Sekarang."

Naddy tarik nafas panjang. Matanya dipejamkan sedikit rapat. Kuatkah dia ingin memberitahu tentang hal yang satu ini kepada lelaki yang belum cukup lama untuk dia kenal?

"Awak orang pertama yang tahu, saya harap awak simpan benda ni sampai bila-bila." Kata Naddy. Berpesan, agar tidak terkejut. 

"Okey." Naddy diam. Jimin setia menanti. Dalam wajah Naddy dipandang. Apa agaknya perkara itu. 

"Saya sebenarnya..."

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit Naddy bergetar. Perbincangan mereka terhenti seketika. Jimin ketap bibir, nafas ditarik panjang. 

"Sekejap, saya nak jawab call. Dari Yoongi." Ujar Naddy. Tetapi baru tangannya ingin mengambil telefon bimbit dari dalam beg, Jimin tahan tangan itu. 

"Kenapa?"

"Jawab soalan aku dulu."

"Saya.."

"Please..." 

Naddy hembuskan nafas kuat. "Ayah kandung saya rogol saya. Berkali-kali."

"What?!"

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now