"Abang, boleh tak jangan dekat dengan saya? Saya rimaslah!" Bentak Jaera sakit hati. Sepanjang hari ini, dia sangat bosan menghadap wajah Hoseok. Dari pagi sampailah petang, hanya wajah lelaki ini yang ada di depan mata. Bosan! Muak!
"Chim yang suruh abang jaga awak, selalu kena ada depan mata awak, so abang buatlah." Jawab Hoseok selamba. Siap tersenyum, menayangkan lesung pipit kecil pada hujung bibirnya.
Jaera memutarkan biji mata. Meluat.
"Alah.. pandailah saya jaga diri. Abang pergi baliklah!"
"Tak nak."
"Abang Seok!"
Hoseok memekakkan telinga. Sebaliknya dia terus baring di atas sofa panjang di ruang tamu rumah ini, menonton TV yang sedang menyala. Jimin terpaksa ke daerah lain. Mungkin pulang lambat. Jadi disebabkan rasa ragu-ragu tu masih ada terhadap Jaera, diupah Hoseok sebagai mata-matanya.
"Abang balik jelah.."
"Abang tak nak. Berapa kali abang nak cakap ni?"
Jaera berdecit kasar. Geram. Malas dia hendak mendesak, Jaera menapak laju ke tingkat atas.
"Jaera nak pergi mana tu?!"
"Takkan saya nak berak pun abang nak tengok saya?!"
Hoseok memandang Jaera, kening bermain-main.
"Boleh ke?"
"Gila! Abang Seok gila!" Berdekah-dekah Hoseok dibuatnya. Kepalanya tergeleng, dia membiarkan Jaera naik ke atas. Bukannya dia terlalu menyibuk. Sedikit masa perlu rasanya dia memberikan Jaera ruang untuk bernafas.
Jaera masuk ke dalam bilik, pintu bilik dihempas kuat. Geram sebenarnya. Geram dengan Hoseok, geram dengan Jimin. Sudah dua hari dia dan Naddy tidak berhubung. Takkan abangnya langsung tak percayakannya? Nak juga suruh Hoseok yang menjaga. Geram.
Tiba-tiba, telefon bimbit Jaera yang berada di atas katil berbunyi. Sudah lama telefon itu senyap. Hari ini, berbunyi semula.
"Nad.. Naddy?" Jaera menggigit bibir bawah. Panggilan telefon daripada Naddy. Hatinya ingin sekali menjawab. Ingin tahu. Tetapi dia teringat akan janjinya pula dengan Jimin.
"Nak jawab ke tak ni?"
******
Hoseok yang baru sahaja hendak terlena, terus mencelikkan mata tatkala kakinya disentuh. Mata Hoseok membulat, dia duduk.
"Ni dah kenapa ni?"
"Abang..." meleret panggilan Jaera. Lemah jiwa Hoseok. Mujur Jimin tak ada. Kalau tak, lama dah minta izin ajak kahwin!
"Apa?"
"Saya nak keluar pergi taman boleh? Nak ambil angin. Tapi, nak pergi sorang-sorang. Abang duduk je kat rumah. Eah?" Tak sempat langsung Hoseok hendak mencelah. Jaera senyum, manis. Tangannya memegang lutut Hoseok. Separuh memujuk. Padahal dalam hati, kalau bukan kerana ingin menipu, sudah lama dicubit-cubitnya kaki lelaki ini. Geram!
"Nak keluar sorang?"
"Haah."
"Abang temanlah."
"Tak payah. Saya keluat sendiri." Kata Jaera. Hoseok mengecilkan matanya. Ragu-ragu.
"Betul?"
"Ya. Janji, saya balik awal." Jaera angkat tangan, tanda janji. Hoseok dibutakan dengan cinta, lantas mengangguk.
"Okey. Pergilah. Sebelum pukul 7, balik." Kata Hoseok. Jaera tersenyum girang. Dia terus bangun.
"Okey, abang!"
YOU ARE READING
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)
FanfictionPark Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin mempunyai rasa cinta terhadap Naddy, tetapi Naddy mempunyai perasaan terlarang terhadap wanita. Adik Jimin sendiri kekasih Naddy, lantas lela...