Sepanjang hari ini, bibir Jimin tidak lekang senyuman. Betapa lebarnya senyuman itu sehinggakan hampir mencurigakan orang-orang yang berada di tempat kerjanya. Hoseok juga begitu. Hairan dengan rakan baiknya ini. Mereka berdua baru sahaja keluar dari mahkamah, menyelesaikan kes perbicaraan masing-masing namun seperti biasa, perbicaraan bukan dibuat untuk satu hari tetapi mungkin lebih dari sebulan.
"Chim," panggil Hoseok sejurus dia masuk ke dalam kereta Range Rover milik rakannya. Dia duduk di tempat sebelah pemandu sambil memegang beberapa jenis fail dan sampul surat besar berwarna coklat cair.
"Apa?" Soal Jimin tanpa memandang Hoseok. Enjin kereta dihidupkan.
"Tak penat ke senyum seharian?" Tanya Hoseok selamba. Fikirnya, Jimin akan menafi. Tetapi selepas sahaja dia menyoal, makin bertambah lebar senyum.
"Kenapa? Tak suka tengok aku senyum?"
"Eh, eh.. jangan lebar lagi. Koyak nanti."
"Mengarutlah kau." Kereta mula bergerak keluar dari parkir mahkamah besar ini. Mereka akan pulang ke pejabat tetapi sebelum itu makan tengah hari dahulu.
"Tak nak cerita apa-apa dekat aku ke?" Usik Hoseok. Berharap agar kemahirannya dalam mengorek rahsia kali ini berjaya dengan jayanya!
"Nak cerita apa dekat kau?" Jimin menolak cermin mata gelap yang melorot ke batang hidung. Sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah tangan lagi ditongkat siku pada bahagian tingkap.
"Alah... apa-apa je. Yang kau rasa aku patut tahu." Kening Hoseok ternaik-naik sambil memadang Jimin. Jimin menjeling sekilas sebelum ketawanya terhambur. Jelas sekali kening itu bergerak-gerak walaupun sedikit terlindung dengan kaca mata hitam.
"Tak ada apa-apa yang perlu kau tahu, Seok." Ujar Jimin tenang. Hoseok mencebik. Malas sudah dia mahu bertanya berlapis. Baik direct terus!
"Naddy macam mana?" Jimin terdiam. Kau ni memang betul-betul bawanglah, Seok. Bisik hatinya.
"Kenapa kau tanya pasal dia?"
"Tanya pun dah tak boleh sekarang."
"Bukan, maksud aku, aku manalah tahu dia macam mana." Kata Jimin, cuba mengelak. Hoseok mendengus sinis. Kepalanya memandang ke tingkap sambil menggeleng.
"Aku dah berkawan dengan kau dari kecil, Chim. Kita sekarang dah 30 tahun. Kalau ikutkan, dah 25 tahun kita kenal. Kenapa kau masih cuba nak menipu aku? Hmm?" Soal Hoseok. Jimin terdiam seketika. Geram pun ada juga. Hoseok memang suka korek rahsianya. Tak boleh langsung nak buat kejutan.
"Aku bukan tak nak bagitahu, aku cuma nak simpan sekejap. Belum tiba masanya aku nak cerita dekat kau. Takkanlah apa yang jadi masa aku jumpa dia hari tu aku kena bagitahu kau?" Mendengar penjelasan panjang Jimin, Hoseok memberikan reaksi terkejut yang luar biasa. Diturunkan kaca matanya sedikit kemudian dia memandang Jimin dengan mulut ternganga.
"Kau buat apa hari tu?" Bisik Hoseok. Pecah ketawa Jimin. Sudah agak pasti Hoseok akan fokus ayatnya yang itu.
"Mana aku ada buat apa-apa, Seok. Otak kau ni dah kena cuci ni. Tebal kuningnya." Kata Jimin sambil ketawa. Hoseok berdecit tidak puas hati. Dia kembali tegakkan tubuhnya.
"Kurang asam betul. Aku ni walaupun dah nak kahwin, tapi ak... eh, kau kata nak pergi mana? Kenapa balik office?" Soal Hoseok apabila terperasan kereta Jimin sudah pun masuk ke jalan pulang ke pejabat. Terhenti ayatnya di situ.
"Nak pergi makanlah ni. Tapi aku hantar kau balik office dulu." Kata Jimin tenang. Hoseok sekali lagi menganga besar.
"Habis tu aku?! Aku tak kena makan ke? Aku boleh mati tau!" Ujar Hoseok tidak berpuas hati. Jimin tersengih kambing.
YOU ARE READING
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)
FanfictionPark Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin mempunyai rasa cinta terhadap Naddy, tetapi Naddy mempunyai perasaan terlarang terhadap wanita. Adik Jimin sendiri kekasih Naddy, lantas lela...