💐 Bab 10 💐

4.5K 506 92
                                    

Jimin memusingkan pen di tangan sambil berfikir, bagaimana dia hendak meminta kad pas kondo Hoseok. Pasti lelaki itu akan banyak tanya.

Nak buat apa?

Nak jumpa siapa?

Untuk apa?

Resah Jimin. Hari ini dia langsung tidak membuat kerjanya kerana banyak berfikir soal ini. Kondo itu bukan biasa-biasa. Dan Hoseok beli pun bukan bayar ansur-ansur. Tunai.

Jimin terpaksa bangun dari kerusi. Dia bergerak ke keluar untuk menemui Hoseok di biliknya. Tanpa mengetuk pintu, Jimin membolos masuk ke dalam.

"Eh.. err.. sayang, nanti abang call semula. Entahlah, ada hantu pendek masuk bilik ni. Nanti abang call balik. Bye." Hoseok terus simpan telefon dalam poket. Wajah masa rakannya dipandang.

"Aku suruh kau kerja dengan aku bukan untuk bergayut dengan adik aku tau." Kata Jimin, sindir. Hoseok berdecit. Dia tenang duduk. Membiarkan Jimin berdiri di depan pintu biliknya.

"Alah.. relakslah, Chim."

"Makin naik lemak sekarang kau ya?" Jimin menarik kerusi untuk duduk. Hoseok tersengih.

"Ni, ada apa datang bilik aku tak ketuk ni? Ada masalahlah tu." Kata Hoseok. Siap balas sindiran Jimin.

"Eh? Sejak bila kau datang bilik aku ketuk pintu?" Tepat menusuk ke sanubari Hoseok. Kena lagi.

"Yelah, yelah. Nak apa?" Soal Hoseok lagi. Jimin menaikkan kening.

"Sejak bila aku tak panggil tea lady untuk buatkan kau air bila kau datang bilik aku?" Hoseok menjeling sambil menghentak meja. Berdas-das tembakan kena.

"Berkira."

"Ewah.. kalau suruh mengayat adik aku, pijak semut pun tak mati. Ini baru aku complain sikit dan merungut! Aku tak restu baru tahu kang." Ugut Jimin. Takut Hoseok. Sengih-sengih kambing dia merapatkan kedua belah tangan memohon ampun.

"Yelah, sorry Abang Chim. Adik Seok panggil tea lady kejap eah?" Menjeling sahaja mata Jimin memandang Hoseok yang sedang menekan butang interkom. Memberitahu kepada setiausahanya untuk menyiapkan teh.

"Okey, apa dia ni?" Hoseok serius, Jimin terus tegakkan tubuh.

"Aku nak minta tolong kau sesuatu." Pinta Jimin. Hoseok mengerutkan dahi.

"Tolong apa?"

"Boleh tak kalau aku nak pinjam access card kondo kau?"

"Kondo yang mana satu?"

"Private."

"Uish." Tubuh Hoseok terkebelakang sedikit. Memandang Jimin dengan riak wajah tidak percaya.

"Boleh tak?" Soal Jimin lagi. Hoseok tetap memandangnya dengan pandangan curiga. Tetapi tangan bergerak, mencapai beg dari bawah meja. Mengeluarkan sekeping kad dan terus dihulur kepada Jimin. Jimin hendak menyambut, tetapi Hoseok tarik semula.

"Jangan buat benda tak senonoh dalam rumah aku. Rumah tu aku nak duduk dengan Jaera." Pesan Hoseok. Jimin mengangguk.

"Ya, aku tahu." Hoseok hulur semula. Baru Jimin hendak mencapai, sekali lagi Hoseok tarik.

"Aku nampak ada kondom.."

"Hoi! Bukan, hanat!" Hoseok sengih kambing. Suka apabila bakal abang iparnya ini naik hantu. Kali ini kadnya terus diberi tanpa ragu. Jimin sambut. Sempat dibelek sebelum dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Terima kasih. Nanti aku pulangkan semula."

"Sama-sama. Nak buat apa sebenarnya? Mesti nak jumpa orang. Kan?" Duga Hoseok. Jimin cuma diam, tidak menjawab apa-apa.

[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now