Jimin melangkah sedikit kelam-kabut. Dia perlu menjemput Jaera di lapangan terbang.
“Helo, Jaera. Dekat mana?” Mata Jimin melingas mencari susuk tubuh adiknya. Lapangan terbang agak sesak. Dalam keadaan begini, sabar Jimin mudah menipis. Sudahlah cuaca agak panas. Basah kemejanya.
“Helo, abang. Saya dekat aiportlah.”
“Yelah, dekat mana? Abang datang jemput ni.”
“Hah?!” Jeritan halus Jaera mengerutkan dahi Jimin. Terus tangan nak bercekak pinggang.
“Abang Seok dah ada dengan saya ni. Dia jemput saya.” Kata Jaera dengan nada kebingungan. Jimin punya panas. Darahnya naik menggelegak.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal, Jaera?”
“Aik? Bukan ke Abang Seok dah bagitahu abang? Semalam saya hampir nak call abang suruh jemput saya dekat airport tapi tiba-tiba Abang Seok bagi mesej, dia kata dia dah bagitahu abang yang dia nak jemput saya. So.. bukan salah sayakan?” Tanya Jaera. Jimin meraup wajahnya. Tangan mula mengepal penumbuk.
“Bagi handphone awak dekat Seok sekarang. Abang nak cakap.” Arah Jimin, tegas.
“Tapi, abang…”
“Sekarang, Jaera.”
Jimin menanti. Telinga terdengar sedikit perbalahan. Nampak sangat Hoseok bersalah.
“Helo, Chim! Hehehe.”
“Apa kau ketawa? Kau ingat kelakar ke? Aku dah terpacak dekat sini tau. Dengan hadap jammed, panas, berlari aku ke sini. Kau bukan nak bagitahu aku. Hanat!” Sembur Jimin geram. Mendengar Hoseok ketawa di hujung talian, lagilah dia sakit hati. Berapi-api rasanya kepala Jimin.
“Alah, Chim. Aku bukan tak nak bagitahu kau. Tapi mesti kau tak bagikan?”
“Memang aku tak bagi pun! Kau ambil adik aku tanpa izin aku tau!”
“Ehem. Abang Chim, izinkan Adik Seok menjemput bakal isteri tercinta ya?” Terbelahak Jimin di situ. Hoseok dan Jaera berdekah-dekah di hujung talian. Suka dia mengenakan lelaki ini.
“Pergi mampus.”“Malangnya, Adik Seok masih lagi bernafas sehingga sekarang.” Hoseok ketawa lagi. Jimin mengetap gigi. Nafas panjangnya tertarik panjang.
“Yelah. Sekurang-kurangnya adik aku ada dengan kau. Dah, lepas ambil dia terus hantar rumah. Jangan berani-berani bawa dia ke mana-mana eah. Tahulah nasib kau nanti.” Jimin memberi amaran.
“Baik, abang.”
“Dengar cakap aku ni, Seok. Kau jangan nak baik baik je. Lepas hantar dia, kau balik. Jangan berani kau nak menapak dalam rumah aku masa aku tak ada.”
“Baik, abang.”
“Eh, menyampahlah aku dengar kau panggil aku abang.” Jimin menyeringai geli. Hoseok ketawa lagi.
“Yelah. Kau pun balik. Jaera sorang-sorang, kalau jadi apa-apa, aku juga yang susah.”
“Eh, selama ni kau ke yang menanggung makan pakai dia? Aku!” Hoseok mengejek semula bebelan Jimin itu. Jimin menggeleng kepala. Ikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia menumbuk wajah Hosoek jika lelaki itu ada di depan sekarang ini. Tapi bila fikirkan itu adalah rakan baiknya, dibuang rasa itu jauh. Kawan.. memang begini. Kalau gurau memang kasar.
“Dah, aku nak tutup. Nak hantar Jaer balik.”
“Okey. Bye.” Jimin menutup panggilan. Telefon bimbitnya ditatap sambil berjalan sehinggalah tubuhnya terlanggar seseorang.“Aduh!”
“Opss sorry, miss. I tak seng…” kata-kata Jimin terhenti. Matanya terpaku. Terus kaca matanya dibuka.
“It’s okay. I…” gadis ini turut memandang Jimin. Bagasi yang terjatuh ke lantai dibiarkan.
“Naddy? Sayang.. penat I kejar you. Come.” Mata Jimin terpaku pula pada seseorang yang menyebut nama gadis itu. Datang seorang lagi gadis, memeluk pinggang Naddy rapat dengannya. Sementara Naddy masih diam berdiri memandang Jimin.
“Babe?” Gadis barat itu memandang Jimin dan Naddy silih berganti.
“Hah? Yes?”
“Why? Why you looking at him?"
“Err.. no. Nothing. Let's go.” Naddy mencapai bagasinya dan terus berlalu bersama ‘kekasih’ barunya. Jimin tercengang. Lenggok tubuh kedua-dua gadis itu begitu mengkaburkan mata sesiapa sahaja. Pasti orang memikirkan mereka berkawan baik. Tetapi tidak.
Mereka sepasang kekasih.
“Kau masih tak berubah, Naddy.”
Jimin menyarungkan semula kaca matanya. Telefon bimbit disimpan, dia bergerak ke kereta. Peluang yang tidak disangka-sangka ini akan terus digunakan.
Aku akan pulihkan kau, Naddy. Sepenuh hati aku.
- - - - - -
“Kau masih duduk dekat kondo yang sama.” Jimin merenung dari jauh susuk tubuh Naddy dan seorang gadis barat yang keluar dari teksi. Gadis barat itu seksi, tetapi Naddy tidak. Sentiasa menutup tubuhnya walaupun pakaiannya agak ketat.
Jimin menggerakkan keretanya perlahan-lahan. Mengekori Naddy sehinggalah gadis itu masuk ke dalam sebuah lif. Jimin tidak keluar dari keretanya. Dia tiada pas masuk ke dalam. Mahu tidak mahu, dia perlu meminta Hoseok esok. Dia perlu berbincang dengan Naddy tentang ini.
Tanpa menunggu lama, Jimin mula menekan pedal minyak dan menuju terus ke rumahnya.
- - - - - -
"Babe, are you okay? What's wrong with you, hmm?" Naddy berdecit kecil apabila tangan Kenny menyentuh lehernya. Tubuh itu ditolak jauh.
"Please, Kenny. I wanna be alone."
"Okay. When you need me, call me okay?" Naddy mengangguk tanpa memandang Kenny. Kenny keluar, menutup pintu biliknya rapat.
Mata Naddy berkaca tiba-tiba. Lelaki yang berlanggar dengannya tadi di lapangan terbang terbayang di depan mata.
Selepas setahun, lelaki itu tetap tidak berubah. Tetap kacak, malah semakin kacak. Cuma.. hatinya tetap tidak merasakan apa-apa.
"Jimin.." nama itu disebut. Juring mata yang basah dikesat dengan hujung jari.
Naddy pergi, bukan kerana menyambung belajar. Tetapi melarikan diri dari Jimin. Tidak mahu lelaki itu mendekatinya. Tidak mahu lelaki itu mencintainya kerana dia tidak mampu membalas. Nombor telefon lama masih berfungsi, tetap sudah tidak digunakan. Segala panggilan dan mesej Jimin masih dapat dia terima, cuba dia tidak mampu membalas.
Naddy baring. Pejamkan mata dan diam. Dia mahu tidur. Membuang bayang Jimin pada mindanya.
YOU ARE READING
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)
FanfictionPark Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin mempunyai rasa cinta terhadap Naddy, tetapi Naddy mempunyai perasaan terlarang terhadap wanita. Adik Jimin sendiri kekasih Naddy, lantas lela...