Vernon mengambil tempat disebelah jay. Dia menoleh memandang jay sekilas lalu tersenyum kecil.
Jay masih sibuk menatap air hujan yang jatuh ke tanah dari cermin tingkap bas yang dinaikinya.
" kau dah breakfast? " , soal vernon yang sedang sibuk menyelongkar beg sandangnya. Jay menggeleng kecil tanda belum.
" nah, aku ada bawa roti lebih. Makan lah buat alas perut " , kata vernon sambil menghulurkan roti berinti jagung berjenama gardinea enak dimakan begitu sahaja kepada jay.
" gomawo " , bisik jay perlahan. Vernon hanya tersengih dan menikmati roti berkrim coklatnya.
Taehyung yang memang suka sangat memerhatikan jay dari jauh terasa panas hati dan cemburu akan keakraban antara jay dan vernon.
" nampak sangat jay dah mula berani bercakap dengan vernon " , kata taehyung dengan nada suaranya yang jelas menunjukkan yang dia cemburu.
" hakalah lek lah, dia bukannya gay macam kau " , kata namjoon bagi menenangkan rakannya yang berasa cemburu. Tapi dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu bertapa terseksanya dia untuk menahan tawa.
" hm betul jugak tu. Tapi, jay bercakap dengan dia " , kata taehyung kedengaran sedikit sayu.
" ala nanti ada masa dia akan bercakap jugak dengan kita. Percayalah " , kata namjoon tenang sambil menatap skrin telefon pintar berjenama iphonenya.
Taehyung mencebik dan terus memerhatikan jay tanpa lepas. Daniel yang duduk di hadapan jay sudah mengerut dahi memandang taehyung.
" dah kenapa dengan tuan kim tu? " , soal daniel sendiri pelik dengan pandangan tajam majikannya.
" waegeurae? " , soal seungkwan yang duduk bersebelahan dengan daniel.
" ani, tuan kim tu. Dia asyik pandang arah sini je. Rasa tak selesa lah pulak " , luah daniel sambil memperbetulkan cara dia duduk.
" ala biar lah dia, dia mesti nak pastikan semua perkerja dia dalam keadaan yang selamat " , balas seungkwan lalu mengambil penutup mata tidurnya dan pakai.
Daniel berdecit.
" haih kenapalah vernon tak bagi aku duduk sebelah jay? " , soal yuqi bersertakan dengan cebikkan.
" sebab dia taknak nanti jay rasa tak selesa sepanjang perjalanan ke jeju ni " , balas soyeon selamba.
" kenapa pulak? Aku bukan nak meraba dia pun " , balas yuqi masih dengan cebikkannya.
" memang lah kau tak meraba dia, tapi nanti mesti kau tak henti henti ajak borak dengan dia. Kan merimaskan tu " , kata soyeon lalu cuba melelapkan matanya.
" ish salah ke nak ajak borak dengan crush? " , soal yuqi dengan nada suara tidak puas hatinya.
" salah kalau crush kau tu jay " , balas soyeon sebelum dia betul betul terlena. Yuqi mendengus.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...