" appa balik dulu lah ye tae? Nanti malam kita jumpa " , kata tuan kim sambil bangkit dari duduk.
" hm yelah, hati hati balik tu. Tae nak pergi sapa pekerja pekerja tae sekejap " , kata taehyung yang bangkit dari duduknya juga.
" ha bagus sangat lah tu, appa balik dulu " , kata tuan kim lalu dia dan taehyung pun mengorak langkah keluar dari bilik pejabat.
Taehyung menghantar appanya dengan pandangan matanya sahaja. Selamat sahaja ayahnya masuk ke dalam lift terus dia memandang pekerja pekerjanya yang sedang memandang dirinya.
Cepat cepat yang lain kalihkan pandangan dan sambung membuat kerja mereka.
Taehyung dengan wajahnya yang bersahaja terus sahaja berjalan ke tempat vernon.
Laju jantung vernon berdegup apabila bos barunya sedang berjalan menuju ke meja kerjanya.
" hai, nama kau apa? " , soal taehyung ramah sesampai sahaja dia di meja vernon.
" hansol vernon chwe, tuan " , kata vernon dalam nada gemuruh.
" eh janganlah takut. Aku tak pernah lagi makan orang setakat ni " , kata taehyung lalu tertawa kecil melihat wajah vernon yang sedikit takut akan dirinya.
" hm ada kacukan ke? " , soal taehyung apabila dia teliti wajah vernon.
" ya, saya ada kacuk amerika " , balas vernon yang kedengaran sedikit tenang.
" ahh mesti boleh speaking kan? " , soal taehyung lagi. Vernon membalas dengan anggukkan sahaja.
" bagus bagus " , kata taehyung sambil menepuk bahu vernon sebanyak dua kali lalu dia mula bergerak ke meja yuqi pula.
" omo! " , terkejut yuqi yang sedang menaip itu apabila dia menoleh ketepi dan terlihat bos barunya yang sedang memerhati dia melakukan kerja.
" haha rilek lah. Terkejut betul muka tu macam baru lepas nampak hantu je " , tegur taehyung sambil tertawa kecil melihat wajah terkejut yuqi.
" ahh nae, anyeong tuan " , sapa yuqi dengan tundukan hormat pada taehyung.
" anyeong! Nama apa? " , soal taehyung mesra.
" song yuqi " , balas yuqi dengan senyuman manis.
" ahh yuqi, awak chinese ke? " , teka taehyung.
" yeap, saya pekerja yang di transfer dari beijing ke sini " , balas yuqi masih mengekalkan senyuman manisnya.
" ohh, fasih betul awak berbahasa korea. Bagus betul " , puji taehyung dengan senyuman yang manis.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...