Jay masuk ke dalam sebuah restoran makanan laut dimana dia dan jimin ingin bertemu untuk makan tengahari.
Jay mencari cari kelibat jimin di dalam restoran itu dengan teliti sehinggalah dia terlihat rakannya jimin yang bersemangat melambai lambaikan tangannya keudara agar jay dapat melihat keberadaannya.
Jay mengambil duduk di hadapan jimin dan jay menghadiahkan sebuah senyuman tipis buat jimin yang sedang tersenyum manis kepadanya.
" aku dah order salmon masak pedas. Kau okay je kan dengan makanan tu? " , soal jimin.
Jay menganggukkan kepalanya tanda dia okay dengan makanan yang di pesan oleh jimin.
" hm aku ada bawak hadiah untuk kau " , kata jimin lalu dia menundukkan badannya untuk mengambil sesuatu di bawah meja.
Jay mengerutkan keningnya pelik.
Hadiah apa pula ni? Hari lahirnya pun masih lambat untuk dia terima apa apa hadiah.
" nah! Aku ada cipta design kasut baru dan kasut tu akan dikeluarkan esok jadi, aku ada buat yang custom made punya khas untuk kau " , kata jimin sambil menyerahkan kotak kasut berjenama mariachi itu.
Jay tersenyum tipis lalu menyambut huluran kotak kasut dari jimin.
Dia membukanya dan melihat isi di dalamnya. Terlihat sepasang kasut kulit berwarna maroon yang bertali dan berkilat dengan tapak kasut rata yang setebal 15 inci.
Dan pada tepi tapak kasut yang tebal itu ada terukirnya tulisan 'Jay' dengan menggunakan font yang berangkai.
" lagi pun eomma aku memang sengaja suruh aku buat yang custom made ni untuk kau sebagai hadiah " , kata jimin sambil memerhatikan jay. Jay tersenyum suka.
" suka tak? " , soal jimin. Jay membalas soalan jimin itu dengan anggukkan sahaja.
" baguslah kalau macam tu. Ha tu makanan kita dah nak sampai dah tu. Makan cepat boleh masuk kerja balik " , kata jimin.
-⛓-
" inilah rumahnya tuan " , kata vernon memperkenalkan rumah yang baru dibeli oleh jay pada bosnya, taehyung.
Jay disebelah vernon seperti biasa akan hanya ikut dan mendiamkan diri.
" hm agak kecil rumahnya tapi tanahnya lapang " , kata taehyung sambil melihat rumah tersebut dari luar.
" apa kata kalau kita masuk ke dalam pula untuk tengok keadaannya macam mana? " , cadang vernon.
" ha bagus jugak tu. Jom masuk " , kata taehyung setuju dan dia pun mara ke pintu utama rumah tersebut.
Jay mengeluarkan kunci rumah tersebut lalu dia membuka pintu utama rumah itu.
Dia memberi laluan kepada taehyung untuk masuk ke dalam terlebih dahulu lalu baru lah dia dan vernon masuk ke dalam bersama.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...