Taehyung menutup pintu rumah agamnya dengan perlahan lahan. Tidak mahu menganggu mana mana manusia yang berada di dalam rumahnya yang sedang lena diulit mimpi.
Perlahan lahan dia berjalan ke bilik tidurnya lalu dia masuk ke dalam dengan berhati hati agar tidak terhasil walau sedikit pun bunyi yang mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang tidur.
Perlahan lahan dia menutup pintu biliknya dan kemudian dia mula merebahkan tubuhnya diatas katil yang bersaiz king itu.
" jay.. " , nama itu terpancul keluar dari bibir milik kim taehyung.
" aku rasa macam ingin tahu lebih mendalam tentang dia " , sambung taehyung lalu dia duduk menghadap pintu bilik.
" kenapa dia terlalu pendiam? Kenapa dia selalu buat kerja sendiri? Kenapa dia tu terlalu anti-social? Itu yang asyik tertanya tanya dalam kepala otak aku dari tadi sejak aku kenal dia " , kata taehyung sendiri memikirkan tentang jay yang misteri buat dirinya.
" aku perasan yang dia tu agak berfesyen.. kasut yang dia pakai, cantik. Kasut pejabat yang bertali dan bertapak tinggi tapi rata dan kat tepi tapak kasut dia tertulis nama dia. Aku syak tu kasut custom made " , kata taehyung sendiri tentang kasut kepunyaan jay.
" sut yang dia pakai tu pun bukan biasa biasa punya sut. Sut chanel tu. Fuh! " , kata taehyung tentang sut yang dipakai oleh jay untuk ke tempat kerja pula.
" style habis dengan motor ducatinya. Perempuan mana je do tak cair, berkarisma habis dah tu " , puji taehyung lagi tentang jay.
" tapi malang, terlalu pendiam " , sambung taehyung lalu dia mula bangkit dari duduknya dan mula mengorak langkah untuk ke tandas dan membersihkan diri yang terasa melekit.
-⛓-
" nah " , jimin memberi air 100 plus di dalam tin pada jay. Jay dan jimin kini berada di padang sungai han untuk menikmati suasana angin malam.
Keluar sahaja jay dari restoran itu, terus sahaja dia whatsapp jimin untuk menemaninya bersantai di padang sungai han.
" macam mana kerja harini? Okay? " , soal jimin tentang hari berkerja jay. Jay menggeleng kecil lalu meneguk air 100 plus pemberian jimin itu.
" mesti penat kan? Hm, samalah " , sambung jimin lalu dia pun meneguk air minumannya.
" dorang masih suka sindir kau ke sebab kau pendiam? " , soal jimin prihatin tentang rakan karibnya.
Jay menganggukkan kepalanya tanda ya.
" haish, nasib baik aku tak kerja dekat tempat kau. Kalau tak memang habis lah sekor sekor aku maki haha " , kata jimin dengan nada geramnya.
Lalu tiba tiba jimin menghelakan nafasnya.
" kadang kadang aku rasa beruntung sangat " , kata jimin secara tiba tiba. Terus jay mengalihkan pandangannya pada wajah jimin yang sedang tersenyum bahagia memandang sungai han.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...