Soyeon termenung sendiri setelah dia tahu jantina sebenar jay. Dia hairan dengan jay yang tampak kacak tetapi kebenarannya ialah dia adalah seorang perempuan tulen.
Dan bagaimana dia boleh terus menerus mendiamkan diri walaupun ramai perkerja lelaki di syarikat ini suka mengutuknya secara berdepan.
Salah seorangnya ialah daniel. Dia tampak seperti okay dengan jay tapi kebenarannya, daniel amat geram dengan jay yang susah sangat nak bukak mulut untuk bercakap.
Soyeon memerhati jay dari meja kerjanya. Jay tampak tenang sahaja melakukan kerjanya tanpa memperdulikan tentang keadaan sekeliling.
" uit, macam taknak lepas je kau pandang crush aku " , tegur yuqi lalu dia tertawa kecil. Soyeon menoleh memandang yuqi sekilas lalu dia menatap wajah jay yang kelihatan tenang itu kembali.
" aku rasa kau patut move on lah dari jay tu, yuqi " , kata soyeon memberi cadangan yang semestinya akan ditolak mentah mentah dari yuqi.
" mwo? Wae? Kau pun dah start syok dekat si jay tu ke? " , soal yuqi berbaur sedikit rasa cemburu. Soyeon menjeling yuqi menyampah.
" takde masa aku nak sukakan dia. Lagipun yuqi, aku pasti lepas kau tahu kebenarannya kau akan menyesal dan malu dengan apa yang kau dah buat. Percayalah " , kata soyeon lalu menepuk lembut bahu yuqi.
Yuqi mengerutkan dahinya tidak faham dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh soyeon itu tadi.
Di sudut lain pula, taehyung seperti biasa akan terus memerhatikan jay dengan penuh tanda tanya.
Jay yang terasa seperti dirinya diperhatikan oleh seseorang terus memandang tepat kehadapan dimana tingkap bilik pejabat taehyung berada.
Terus dia memandang wajah taehyung yang sedang memerhatikannya dengan pandangan yang tajam.
Taehyung yang terkejut pun kabut mengambil fail dan kertas kerjanya, acah acah dia tengah membuat kerja.
Jay akhirnya fokus pada kerjanya semula. Taehyung mengusap dadanya lega. Takut juga dia kalau kalau nanti jay masuk ke dalam bilik pejebatnya dan tumbuk wajah dia yang sememangnya kacak ini.
Manalah tahu dia benci diperhatikan ke kan?
Taehyung mengangkat wajahnya kembali dari kertas kerja dan melihat diluar tingkap untuk memerhatikan jay semula.
Tapi lain pula yang dia nampaknya.
" sarah, that women " , taehyung mengetap gigi geram setelah dia ternampak sarah yang sesuka hati berjalan ke meja jay.
Dia memegang bahu jay dengan lembut dan selamat ditepis oleh jay tanpa belas kasihan.
" eh eh perempuan kau ni siapa? " , soal yuqi yang ternampak edegan yang menyakitkan hati itu.
" what the hell are you talking about? " , soal sarah tidak faham dengan persoalan yuqi. Yuqi tersenyum sinis lalu menganggukkan kepalanya faham.
" you're not korean huh? " , soal yuqi dengan kening yang dijungkitkan naik keatas.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...