Taehyung termenung jauh sambil memerhati tempat duduk jay yang kosong.
" kalau dia langsung tak pernah bercakap. Dah tu, macam mana dia join meeting? " , soal taehyung tertanya tanya akan keadaan jay sewaktu di dalam bilik mesyuarat.
" kalau dia yang kena buat presentation pulak macam mana? Takkan dia guna bahasa isyarat kot HAHA " , taehyung terhibur dengan jenakanya sendiri.
Sehingga vernon yang sudah elok berdiri dihadapan mejanya pun dia boleh tak perasan.
" tuan kim " , sapa vernon dengan hormatnya. Terperanjat taehyung apabila dia sedar akan keberadaan vernon di dalam bilik pejabatnya.
" ehh? Bila masa kau ada kat dalam? " , soal taehyung hairan. Dia tak dengar langsung bunyi ketukan pintu semasa dia memikirkan tentang jay tadi.
" hm itu tak penting. Yang pentingnya sekarang ni tuan, ni pendrive ni " , vernon mengeluarkan satu pendrive berwarna maroon dari poket seluarnya.
" kenapa dengan pendrive tu? " , soal taehyung tidak faham dengan apa yang vernon cuba sampaikan.
" pendrive ni jay punya. Usually waktu mesyuarat jay macam biasa lah dia memang takkan pernah nak bercakap tapi dia akan terangkan semua pendapat dia melalui power point dari pendrive ni dan yang lain pun kena pandai pandai lah baca cepat cepat. Tapi! Saya dah curi pendrive dia ni semalam jadi harini terpaksalah dia bercakap untuk bentangkan apa yang perlu horayy! " , kata vernon teruja dengan rancangan bernasnya.
" eo? Kau buat semua ni semata mata untuk dengar suara dia je ke? " , soal taehyung.
" yes! Saya teringin sangat nak dengar suara dia tuan. Dah masuk 3 tahun dah ni saya berkerja dengan dia tapi saya langsung tak pernah dengar suara dia " , kata vernon dengan nada yang sedikit kecewa.
" jimmy je pernah dengar suara dia " , sambung vernon masih dengan nada sedihnya.
" jimmy? " , soal taehyung yang tidak mengenali nama seseorang itu.
" haah, kawan baik jay. Dia tak kerja sini pun " , terang vernon. Taehyung menganggukkan kepalanya tanda dia faham.
" jadi, kau nak aku buat apa dengan pendrive yang kau curi ni? " , soal taehyung tentang pendrive yang sudah elok terletak diatas meja kerjanya.
" tuan tolong simpankan boleh? "
-⛓-
" semua dah ada ke? " , soal taehyung sambil bersandar pada kerusinya tenang.
" sudah tuan " , balas vernon mewakili rakan sekerjanya yang lain.
" bagus " , balas taehyung semula sambil memperbetulkan kedudukannya.
Taehyung memerhati wajah jay yang sangat tenang seperti tiada apa yang perlu dia risaukan.
' pendrive dia dah hilang pun dia masih boleh beriak tenang macam tu ' , kata hati taehyung.
Tiba tiba jay menoleh memandang taehyung dengan pandangan matanya yang tajam. Terus taehyung mengalihkan pandangannya kehadapan dengan segera.
Seram cuk!
" baiklah jay, sila bentangkan apa yang perlu " , kata taehyung dengan nada suaranya yang kedengaran sedikit kekok.
Mungkin sebab pandangan mata jay yang sangat tajam itu tadi
Tanpa berlengah, jay pun bangkit dari kerusinya tenang dan mendekati laptop yang berada diatas meja kecil yang bersebelahan dengan taehyung.
Dia menyeluk poket seluarnya lalu dia mengeluarkan satu pendrive berwarna hijau.
Terkejut beruk vernon dengan taehyung.
Anjir, dia ada buat salinan!
Terus jay mencucuk pendrive tersebut pada laptop itu dan memulakan pembentangannya dengan baik.
Taehyung sudah memandang vernon dengan pandangan matanya yang menggerunkan. Vernon terus menutup wajahnya menggunakan fail yang berada dihadapannya agar dia tidak perlu bertentang mata dengan bosnya.
-⛓-
Jay menaiki motorsikal ducatinya sambil memperbetulkan kedudukan bag sandangnya.
" jay " , kata satu suara perempuan. Jay menoleh memandang perempuan itu lalu dia mengeluh.
Baru saja semalam dia reject perempuan ni. Tapi malang nasibnya, perempuan tu masih belum berputus asa.
" nama saya im nayeon. Saya tahu awak dah reject saya semalam tapi tolonglah tolong! Dengar apa yang saya nak cakapkan ni, sekejap je " , kata perempuan bernama nayeon itu dengan nada mendesak.
Jay menggulingkan biji matanya menyampah lalu dia memeluk tubuh sambil menunggu apa yang ingin perempuan di hadapannya ini ingin katakan.
" s-saya— " , belum sempat nayeon berkata ap apa. Ada suara lain pula yang memotongnya.
" eh kau, buat apa kacau boyfriend aku?! " , itu dia suara mendalam yuqi datang menerpa dari arah belakang jay.
Jay menoleh kebelakang melihat yuqi yang sedang berjalan menuju kearahnya dan nayeon.
Dia tersenyum kecil melihat wajah bengis yang yuqi tayangkan.
" b-boyfriend? " , soal nayeon tidak faham sambil menatap wajah jay dengan pandangan tidak percayanya.
" ya boyfriend. Jay ni boyfriend aku, sebab tulah dia senang senang je reject kau semalam. Jadi baik kau berambus, buat malu je memaksa orang macam ni " , bidas yuqi sambil menolak perlahan badan nayeon agar dia pergi.
Dengan air mata yang sudah mengalir deras dari tubir matanya, nayeon mengorak langkah pergi dengan hatinya yang patah dan kecewa.
Yuqi menoleh kebelakang memandang wajah kacak jay yang sedang memandangnya.
" ha hebatkan aku? Fuh! Bukan selalu ni aku nak jadi kak long kawasan macam tu " , kata yuqi memuji diri sendiri lalu tertawa kecil.
Jay hanya kekal dengan wajah dinginnya.
" okaylah, aku balik dulu k? Byee " , belum sempat yuqi ingin mengorak langkah untuk pergi. Pantas saja tangan jay memegang pergelangan tangan yuqi.
Terus yuqi terkesima dengan tindakkan yang jay lakukan.
Tiba tiba sahaja jay menarik tangannya agar dia naik diatas motor ducati miliknya.
Yuqi yang dalam keadaan terkesima itu pun tanpa sedar sudah elok berada diatas motor ducati jay.
" eo? K-kau, nak hantarkan aku balik ke? " , soal yuqi yang masih dalam keadaan terkejut.
Jay tidak membalas malah dia hanya sibuk memakaikan helmet spair berwarna pinknya pada yuqi.
Yuqi mendiamkan diri dalam keadaan yang gementar.
Pestime siot kerash bertindak menggila pada dirinya sebegitu.
Selesai memakaikan yuqi helmet, terus jay menghidupkan enjin motornya dan mula menunggangnya keluar dari syarikat kim' s building tempat mereka berdua berkerja.
Semakin lama dia menunggang, semakin bertambah kelajuannya. Tanpa sengaja, yuqi terpeluk belakang tubuh jay.
Termalu sendiri yuqi ketika itu.
Jay yang sedang menunggang motorsikalnya hanya beriak biasa tanpa perasaan.
C A T F I S H I N G
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...