팙 7 : El Mariachi

77 14 1
                                    

" jay! " , daniel menegur jay yang sedang bangkit dari kerusi kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" jay! " , daniel menegur jay yang sedang bangkit dari kerusi kerjanya. Jay memandang wajah daniel dengan kerutan di dahi.

" kau lunch kat mana? " , soal daniel. Jay mengeluarkan buku nota kecilnya lalu dia tuliskan sesuatu dan berikan kepada daniel.

Aku tak lunch, aku nak pergi jumpa kawan aku dekat boutique kasut dia ;)

" ahh! Baru ingat nak ajak kau makan sekali. Takpelah, next time je. Hati hati bawak motor tu " , pesan daniel dengan senyuman. Jay menganggukkan kepalanya tanda dia menerima kata kata daniel itu dengan baik.

Lalu jay pun mula mengorak langkahnya ke lift untuk turun ke parking lot di mana motornya dipakir.

Sedang dia menunggu pintu lift itu terbuka. Taehyung yang baru sahaja keluar dari bilik pejabatnya berdiri di sebelah jay.

" hi jay " , tegur taehyung begitu ramah. Jay hanya menganggukkan kepalanya tanpa menoleh memandang taehyung.

" nak pergi keluar lunch ke? " , soal taehyung sekadar ingin berbahasa basi dengan jay. Walaupun dia tahu yang jay tidak akan membalas apa apa.

Jay menganggukkan kepalanya mengiyakan persoalan majikannya. Malas ingin memanjangkan perbualan, nanti lambat pula sampai ke boutique.

Taehyung pun tidak membalas dan hanya tersenyum manis sahaja. Setelah pintu lift itu terbuka, mereka berdua pun masuk ke dalam lift dengan selamat.

--

" so aku ada terfikir nak keluarkan sneakers tapi aku tak berapa nak yakin " , luah jimin sambil mencebik.

Syarikat jimin pernah sekali mengeluarkan sneakers tapi malang, sambutannya tidaklah seperti mana yang mereka inginkan.

Jay menepuk bahu jimin perlahan, menyalurkan keyakinan beliau kepada rakan karibnya.

Ceh, dia nak bercakap dengan orang pun takde keyakinan. Ada hati nak menyalurkan keyakinan dekat orang.

" hm takpelah, nanti aku cuba launching kan. Kalau tak laku jugak, stick to the boots jelah sampai mampos HAHAHA " , kata jimin lalu dia bersandar tenang pada kerusi kerjanya.

" waktu lunch kau berbaki lagi berapa jam? " , soal jimin pada jay yang sememangnya dari tadi hanya mendiamkan diri.

Jay menayangkan jari telunjuknya menandakan dia masih tinggal satu jam sahaja lagi sebelum dia masuk kerja semula.

" ha banyak lagi masa tu. Sempat ni aku nak suruh kau bagi pendapat pasal design baru aku. Ha ni tengok ni " , jay sudah mula menepuk dahi.

Mulalah perangai jimin yang suka sangat tanya pendapat pasal design design kasut terbaharu dia. Padahal semuanya okay je.

" ni kau tengok ni. Boots ni aku design bagi material snake skin tau bukan kaleng kaleng " , kata jimin sambil menunjukkan design boots terbaharunya.

Jay sudah mengeluh penat.

" ha ni pulak kau tengok, material tiger skin ni. Bukan mudah untuk kita dapati " , bebel jimin masih menunjukkan hasil designnya.

" fuh! Yang ni lagilah bukan ashe ashe je ni! Ni pulak paling special! Limited edition punya, material khinzir hutan punya skin fuh fuh " , hampir tersedak air liur jay apabila terdengar nama haiwan jijik itu.

Terus jay merampas kertas design itu dan mencampakkan ia ke dalam tong sampah.

" oh no! My limited edition design! " , terkial kial jimin mengorek semula sampah yang penuh dengan kertas itu.

--

" macam mana kerja harini? Okay? " , soal tuan lee yang duduk di sofa yang berdekatan dengan sofa yang diduduki oleh jay.

Jay menganggukkan kepalanya bagi menjawab persoalan ayahnya itu.

Tak mengapa, ayahnya sudah terbiasa dengan perangai jay yang banyak mendiamkan diri semenjak abang kesayangannya lee jongsuk meninggalkan dunia.

" jangan push sangat minda tu untuk berkerja. Sometimes, kita kena jugak cuti dan rehatkan diri kita " , pesan tuan lee lalu dia menghidupkan telefon pintarnya dan bermain mobile legends.

" ayoh kita pakai aurora! Eh tapi kenapa ek dia letak nama aurora? Benda boleh je letak nama elsa. Aurora kan sleeping beauty. Ate bodoh benorlah ml ni " , komen tuan lee tentang nama yang diberikan pada character game tersebut.

Jay hanya tersenyum kecil sahaja dengan perangai bapaknya yang memang terlebih suka bermain game mobile legends.

" jay taknak join appa ke? Lagi power teruk ni kalau kita combo " , ajak tuan lee. Jay tanpa berlengah, dia mengeluarkan telefon pintarnya tanda dia mahu bermain sekali bersama ayahnya.

" fuh fuh caya lah anakkur! Ayoh kita lawan semua gamers indo gagaga " , ceria sungguh perwatakkan tuan lee ketika ini.

" ha mulalah tu dua beranak ni nak menghadap phone dan abaikan aku. Haih, sabor jelah! " , rengus puan lee tidak berapa suka dengan perangai suami dan anaknya yang sangat suka bermain game di telefon pintar.

" dah semua taknak layan aku, baik aku layan candy crush " , dan puan lee pun masuk ke dalam bilik tidurnya untuk bermain game candy crush.

C A T F I S H I N G

CATFISHING • KTHWhere stories live. Discover now