Jay turun dari motor ducatinya lalu dia membuka helmet yang dipakainya di kepala. Dia memperbetulkan rambutnya yang semakin memanjang itu.
" hm, ikat jelah senang " , ujar jay sendirian lalu dia mengeluarkan getah rambut berwarna hitam dari beg kerjanya lalu dia mengikat rambut paras jawlinenya itu dengan gaya ponytail kecil.
Lalu terus dia mengorak langkah masuk ke dalam syarikat kim's building tempat di mana dia berkerja.
Setiap langkahnya diperhatikan oleh perkerja perkerja wanita ataupun pelawat wanita yang berada di lobby syarikat itu.
Tapi seperti biasa, jay akan abaikan mereka semua dan cepat cepat meloloskan diri masuk ke dalam lift.
Setibanya dia sampai di floor tempat kerjanya, terus jay keluar dari lift dan berjalan menuju ke mejanya.
" fuyooo dia ikat rambut lah guys, kelihatan jelas sedikit wajahnya " , tegur soyeon dengan kening yang dijungkitkan berkali kali.
" dah dah lah tu usik aku, aku ikat rambut pun sebab terasa rimas " , balas jay. Beranilah dia membalas kata kata soyeon itu dah ada si soyeon tu seorang je.
Soyeon seorang je yang suka sangat datang kerja awal awal. Mungkin habit dia kot.
Contohi beliau.
" asal tak potong je? Tapi orite gak kau ikat rambut macam ni. Lagi menjeritlah si yuqi tu nanti " , kata soyeon sambil memasukkan lolipop ke dalam mulut.
" fuh! Kena potong rambut lah kalau macam tu, taknak aku dengar dia menjerit. Buat sakit otak je " , balas jay. Soyeon tertawa kecil mendengarnya.
" kau biar je si yuqi tu mengorat kau kan? aku jamin! Lepas dia tahu jantina sebenar kau mesti dia akan awkward gila dengan kau " , kata soyeon bersertakan dengan gelakkan halus.
" aku pun boleh jamin benda tu. Tapi kalau kau nak tau lah, ada je perempuan yang tahu jantina sebenar aku tapi masih ajak aku kahwin " , cerita jay membuatkan soyeon terkejut.
" what the heck? Fuh, sanggup betul. Kalau kahwin dengan kau bukannya dapat anak pun " , balas soyeon lalu tertawa kecil.
Jay menganggukkan kepalanya setuju.
" tahu takpe " , balas jay.
" amboi rancak borak sampai tak perasan yang aku ni dari tadi dok perhatikan korang " , tegur vernon yang baru sahaja sampai.
Terkejut jay, nasib baik orang yang menegur mereka itu vernon. Kalau daniel atau kuanlin? Fuh! Tak larat dia nak hadap muka terkejut dorang tu.
" wow jay, kau nampak kacak do buat rambut cam tu. Ish jealous pulak aku, aku yang lelaki ni pun tak sekacak kau ish! " , vernon mencebikkan bibirnya.
Jay dan soyeon hanya ketawa mendengar kata kata vernon yang berbaur cemburu itu.
" kau kacak je aku tengok. Tang mana yang hodohnya? " , puji jay sambil menatap wajah mencebik si vernon itu.
YOU ARE READING
CATFISHING • KTH
FanfictionAku kini sudah mengambil alih syarikat appa aku selepas aku berjaya mendapatkan phd dalam bidang perniagaan dan pembinaan di united kingdom. Semua pekerja appa sangat baik terhadap aku, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mereka semua amat per...