CPT 04

286 29 7
                                    

Pin! Pin! Pin!

Bunyi bingit daripada hon kereta yang tak sudah-sudah itu membuatkan aku stress mencari parking kereta yang sudah dipenuhi kereta di setiap tempat.

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak suka pergi mall. Bukan tak suka, gila la kalau kata aku tak suka shopping tapi kebiasaanya aku akan pergi shopping dengan someone dan someone tu yang akan drive. Aku memang jenis tak suka drive dalam keadaan sesak macam sekarang ni. Tapi dah sekarang ni aku pergi dengan mama, takkan aku sanggup nak suruh mama drive dalam keadaan macam ni.

Gila apa la diorang ni serbu AEON hari-hari, tak pernah nak tengok AEON ni lenggang sekejap.

“Ma jom balik je la, ramai kot orang ni. Tak ada parking pun”

Mama hanya membuat tidak endah saja pada aku dan menyuruh aku meneruskan pencarian.

“Ell, ell, ell, ell. Stop, stop”

“Apa dia ma, mana ada parking la kat sini”

“Tu ha tengok belah kanan tu”

“Mana? Mana ada semua full ni ha”

“Itu la dekat kereta Lexus CT marron tu, ada lelaki tu lambai tangan dekat kita tu kan”

Aku tajamkan mata betul-betul dekat tempat yang mama katakan itu dan betul cakap mama, ada seorang lelaki bersuit sedang melambaikan tangan ke arah kereta kami.

“So biar la dia lambai, kita nak cari parking bukan nak cari orang”

Aku yang baru hendak menekan minyak untuk meneruskan pencarian terbantut apabila mama menahan stereng kereta.

“Apa la Ell ni, dia lambai nak bagi parking la tu. Nampak tak dia nak keluar tu. Pergi cepat!”

Lambat-lambat aku hanya mengiyakan sahaja arahan mama itu. Aku memusing kan kereta ke arah lelaki bersuit tadi.

And now aku betul-betul berada di belakang kereta lelaki bersuit itu. Aku melihat lelaki itu berjalan terus ke arah kereta kami dan berdiri terpacak di tepi tingkap belah driver.

“Ell buka tingkap tu”

“Apa mama ni suruh buka tingkap dekat stranger, kalau-kalau dia simbah asid ke hulur pisau ke dekat Ell mama nak?”

Auch!

“Ha padan muka, kan dah kena cubit, fikir bukan-bukan lagi. Orang tu dah bagi kita parking pergi tuduh yang bukan-bukan tu apasal”

Lengan yang berasa pedih itu aku usap, mesti merah bekasan cubitan mama tu. Disebabkan tak nak dengar leteran mama, aku cepat-cepat membuka tingkap. Badan aku gerakkan ke belakang sedikit, memberi ruang mama untuk bercakap dengan lelaki bersuit itu.

“Hye cik, puan” sapa lelaki bersuit itu.

Aku hanya membuat donno sahaja.

“Ah ye, terima kasih la ye nak kasi parking dekat kami.”

“Sama-sama puan. Kejap ye saya keluar kereta dulu, cik boleh tolong reverse sikit ya”

Dengan sepatah perkataan OK tanpa melihat muka lelaki itu, aku terus mereverse kan kereta aku sedikit untuk memberi ruang dia mengeluarkan keretanya.

Lalu dengan cepat aku memasuki kotak parking itu.

Mama cepat-cepat keluar untuk bercakap maybe dengan lelaki tadi. Lelaki tu pun satu, bla je la. Huh!

“Nak terima kasih la dah bagi parking dekat aunty and anak aunty ni, ramai betul hari ni full sangat parking”

“Sama-sama puan, no hal la. Tadi pun saya nampak kereta anak puan berapa kali berpusing-pusing kat jalan tu, tu yang saya panggil alang-alang saya pun nak keluar.”

Aku dari dalam kereta melihat mama dan lelaki itu sedang galak ketawa ,tersenyum-senyum bagai. Mama ni memang sporting jumpa la dengan sesiapa pun, masalahnya anak dia sorang ni payah nak bergaul dengan stranger kecuali customer sendiri.

Aku mematikan enjin kereta dan keluar daripada kereta yang superhot itu. Kereta hot, cuaca hot and tuan kereta pun hot! Hahah terperasan jap.

Aku pergi mendekati mama yang seperti sudah syok berbual dengan lelaki itu.

“Ma jom la masuk, tunggu apa kat luar ni panas la”

“Hish budak ni, iya iya lah jom. But before that say thanks to Tengku Wafiey, dia dah penat-penat duk tercongok tengah panas ni bagi parking kat kita.”

Haish, Ya Allah kuatkan lah kesabaran Ardell Ridayni ini.

Sunglass dimata ku tanggalkan, mata ku diarahkan kepada lelaki tersebut.

Smile Ardell, Give a smile and ..

“Thanks for giving us your parking, i appreciate it so much”

Tutur sahaja ayat itu dari mulut aku, aku terus berpaling meninggalkan mama dan terus pergi menuju ke dalam AEON.

Datin Ariani kegeraman melihat tingkah laku anaknya itu.

“Maaf la ya Tengku, anak aunty tu biadap pula”

“Wafiey aje la aunty ,segan la Tengku tengku ni. It's okay Wafiey tak ambik kisah pun.”

Selepas mengakhiri perbualan Datin Ariani mula memasuki AEON Mall itu.

Tengku Wafiey menghantar pemergian Datin Ariani tadi dengan senyuman manis di bibir.

“Garang naw anak dia ni, mak nya ayu je”

Kemudian kereta Lexus CT nya pun keluar dari perkarangan AEON Mall itu.

.
.
.

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now