CPT 28

144 19 2
                                    

Dalam perjalanan mereka tadi sempat dia meninggalkan pesan kepada abang Zik dan staff bakerynya.

To TengkuZikry;

Assalamualaikum abang Zik, Ell nak minta maaf Ell tak dapat nak datang malam ni. Ell kena pergi Terengganu, nenek angkat Ell meninggal. Pasal bakery jangan risau Ell dah suruh mama Ell uruskan. Sekali lagi Ell minta maaf, sampaikan salam maaf Ell dekat Zilla ya.

Send !

To PavEll'sMinnions;

Guys akak nak bagitahu yang akak tak join korang malam ni. Akak tak pergi birthday party Zilla tu akak kena balik Terengganu, nenek kak Riana meninggal. Akak dah bagitahu aunty Ani apa nak kena buat so nanti korang datang rumah akak awal 10 minit daripada waktu yang akak tetapkan haritu. Amier akak bagi tanggungjawab dekat Mier, drive Vellfire uncle Karl. Hati-hati tau semua.

Send !

Selepas lama memandu, kami berhenti di RnR Kundang, Pahang. Untuk berehat sekejap. Selepas solat Asar mereka mencari makanan untuk mengalas perut.

"Inani kau ada bawa tudung lebih tak?" tanya Ardell yang baru teringat akan pemakaiannya itu. Takkan dia nak ziarah orang mati dengan pakai jeans dan blouse. Lagipun dia memang tak ada baju kurung dan tudung, yang dia ada hanya dress. Tapi dia masih rasa terdedah jika pakai short dress maka dia akan pakai legging.

"Ada aku memang bawa lebih tahu kau takde baju kurung, jap aku ambil" Hinani membuka bonet keretanya untuk mengambil baju kurung yang dia sediakan untuk Ardell.

Pada masa itu Ardell sempat membuka telefon bimbitnya. Dia melihat ada beberapa mesej daripada abang Zik, staff nya dan ada daripada unknown number. Dia hanya membuka mesej daripada si unknown number itu.

Unknown Number;

Assalam, kak ni Im. Ibu kak Riana suruh akak terus ke kampung tak payah datang di hospital. Nanti jenazah akan dibawa ke rumah selepas dimandikan.

Dia membalas OK dan save nombor Imran itu.

"Nah" Hinani menghulur baju dan tudung.

"Ok tunggu jap"

"Ok"

Selepas menukar baju kami meneruskan perjalanan yang berbaki 2 jam 30 minit itu. Ardell sudah minta tukar dengan Hinani untuk drive tapi Hinani tak bagi. 

"Ni kita nak kena pergi hospital ke terus balik kampung?" soal Hinani.

"Kampung ,Ibu suruh tunggu dekat rumah" jawab Ardell. Mereka memang panggil ibu Riana dengan panggilan ibu since bersekolah lagi.

"Orait"

Perjalanan kami pun diteruskan sehingga sampai ke destinasi.

×××××××

"Daddy tengok ni" Tengku Zikry menunjukkan mesej yang Ardell hantar kepadanya tadi. "Macam mana ni?"

"Nak buat macam mana lagi dah Ell memang tak boleh datang" daddy nya pass telefon dia itu ke Taufiq.

"Dia takde nenek ke nak tumpang kasih dekat nenek orang?" tanya Taufiq.

"Apa tanya macam tu angah ni, kalau orang dengar nanti orang cakap kurang ajar tau, biadap" marah daddy.

"Ntah kau ni, tanya la dengan perkataan yang berhemah sikit"

"Ce along tunjuk macam mana cara berhemah tu angah nak dengar" cabar Taufiq. Dia hanya menjegilkan matanya tanda malas nak buat. "Ceh tau pun"

"Ardell tu memang budak bandar, aunty Ani dengan uncle Karl pon masing-masing anak tunggal, takde mak ayah. Itu yang Ardell rapat dengan keluarga kawan dia mungkin, dia pun takde sedara mara so kawan dia la sedara dia" terang daddy.

"Ouhh i see"

"Ouh patut la uncle Karl nak sangat Ell khawin sebab takut Ell tinggal sebatang kara?" duga Zikry.

"Yes, absolutely right" jawab daddy.

"Angah balik bilik dulu" ujar Taufiq. Dia malas nak dengar pasal khawin-khawin ni.

"Cakap pasal khawin sikit lari" sindir Zikry. Taufiq menghadiahkan jelingan sebelum keluar daripada office daddy nya itu. Zikry memberi serang balas dengan menjelirkan lidahnya, macam budak-budak.

"Long dah la tu, karang meletup pula angah tu. Macam along tak kenal angah tu macam mana"

"Hahahah lantak la dia"

×××××××

"Riana, bangun riana kita dah sampai dekat hospital ni" Ibu Riana iaitu Puan Rohana mengejut anaknya yang tidur itu. Riana yang dengar perkataan hospital terus bangun.

"Dah sampai ke bu?"

"Haah jom" mereka keluar dari perut kereta selepas menempuh perjalanan yang berjam lamanya.

"Im, Raf mana?" tanya Puan Rohana selepas melihat anak bujangnya tiada.

"Raf pergi toilet"

"Ouh cik na masuk dulu ya"

"Ha ye cik na pergi la dulu biar Im tunggu Raf"

Puan Rohana meninggalkan Imran menunggu Rafael. Dia pun tak sangka Imran boleh ikut mereka balik ke Terengganu. Betapa setia nya Imran sanggup menemani anaknya tatkala anaknya sedih. Seingatnya, Raf start kenal Imran masa belajar di U, dia tak sangka pula mereka boleh serapat ni. Mungkin sebab Imran anak tunggal jadi dia senang berkawan dan bersama dengan Rafael. Beruntung Rafael dapat berkawan dengan Imran.

"Im yang lain dah masuk ke?" soal Rafael apabila melihat tiada orang selain Imran di parking lot itu.

"Haah, jom la masuk" Mereka pon beriringan masuk ke ruangan hospital itu.

"Phone aku mana?" tanya Rafael lagi.

"Phone kau dalam kereta, aku cas tadi"

"Yeke, phone kau ada? aku nak tanya kak Ell ada kat mana sekarang"

"Pasal kak Ell kau tak payah risau, diorang straight ke kampung kau, tak datang sini"

"Asal pula? habis kak Ell nak tengok bila arwah Nek Yah hah?!" suaranya sedikit meninggi.

"Ibu kau yang suruh, lagipun macam la kain kapan Nek Yah tak boleh buka bila sampai rumah nanti kan nak baca yasin, logik la fikir" balas Imran. Imran melihat Rafael senyap mencerna ayatnya itu. "Dah la Raf tak payah fikir la jom masuk cepat" katanya sambil menarik tangan rakannya itu. Dia tahu fikiran rakannya itu tengah buntu sekarang tu yang tak boleh fikir logik.

Sejak dia berkawan dengan Rafael tak pernah dia lihat Rafael sesedih dan selemah ini. Terbukti jelas betapa sayangnya dia dekat arwah nenek nya itu.

Al-fatihah

.
.
.

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now