CPT 06

249 27 2
                                    

“Yow! Tengku Taufiq Zafril.”

Pemilik nama yang disebutkan itu mengangkatkan kepalanya kepada gerangan yang memanggil namanya lantas menjatuhkan balik kepalanya dan meneruskan kerja yang terhenti sebentar tadi.

“Berapa kali aku nak pesan Iz, knock the door first before you enter my room.”

Sangat perlahan tetapi kedengaran sangat tegas.

“Ops, sorry. Lain kali aku buat lagi”

Tergeleng kepala Taufiq apabila melihat tingkah laku sahabatnya itu. Kalau dengan Iz atau dikenali sebagai Izman Hadi ini, dia memang sudah masak dengan perangai tak matang si Iz ni. Suka sangat main-main lagi-lagi kalau jumpa geng dia iaitu Tengku Wafiey, juga sahabat dia dan merangkap sebagai sepupu paling rapat yang dia ada.

“Kau tak ada kerja ke duk kacau aku ni?”

“Tak, aku free je ni ha”

“Bagus la tu, ni am--

“Eh kau tau tak mommy kau accident ”

Dengan sepantas kilat Izman memotong bicara Taufiq. Izman sudah tahu yang Taufiq pasti takkan bagi dia duduk free goyang kaki pasti ada je kerja nak ditambah nya.

Taufiq yang baru sahaja ingin menghulur fail kerja kepada Izman terhenti tatkala mendengar khabar daripadanya itu.

“Accident? How? When? Where? Asal tak ada sesiapa call aku pun?”

“Honestly bukan nya accident cuma kereta rosak je”

Hish, lain kali cakap la betul-betul. Buat suspen je”

“Dah tu dengar la ni, mommy kau pergi rawang dengan Zilla. Lepas tu kereta rosak. Then mommy kau call Zikry. Then Zikry pergi ambik mommy kau dengan Zilla. Kereta rosak tu driver mommy kau dah bawakkan pergi bengkel, tamat.”

“Mana kau tahu?”

“Wafiey call aku tadi, dia jumpa mommy kau dekat AEON rawang.”

“Dia buat apa kat rawang?”

“Entah, jumpa klien kot. Ha lepas tu kan Wafiey kata dia jumpa awek au”

Taufiq yang mendengar sahaja pasal topik 'aweks' tu terus meneruskan kerjanya. Dia amat bosan kalau bercakap hal wanita.

Izman sudah tahu perangai Taufiq memang sebegitu, tapi dia tetap nak cerita walaupun sahabatnya itu tidak memberi tumpuan kepadanya.

“Ha lepastu kan Wafiey kata dia bagi parking dekat awek ni dengan mak dia, tapi awek tu buat sombong je dekat dia. Mak awek tu bukan main sporting tau, tapi memang Wafiey tak habis-habis puji ar awek tu. Dia kata lawa gila-gila.”

“Hmm”

“Hmm je?”

“Biasalah perempuan sombong. Elok la tu tak layan lelaki gatal macam kau dengan Wafiey tu.”

“Eh eh kau ni aku mana gatal la, cuma terlebih friendly je. Tapi bila fikir balik kau memang layak dapat perempuan macam tu pun. Unsporting + Arrogant, memang sepadan sangat”

“Biar la arrogant, at least orang macam tu pandai jaga maruah dia daripada yang suka tergedik-gedik tu maruah ke mana diri ke mana. Dah la kau pergi buat kerja kau, karang ada kang aku kasi fail berganda karang.”

“Hmm yelah yelah”

.
.
.

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now