“Ardell Ridayni”
Kepala didongakkan apabila mendengar mama memanggil namaku.
“Settle?”
“Settle apa nya, kenapa kamu biadap sangat dengan Tengku Wafiey tu?”
“Siapa 'Tengku Wafiey' tu? Ma, mama juga cakap jangan layan stranger. Takkan sebab dia tu Tengku Ell kena hormat dekat dia?”
“Look Ell, dia dah bagi parking dekat kita. Mama ajar kalau orang buat baik dengan kita, kita kena buat baik dekat orang balik.”
Nafasku dihembus kasar tanda kegeraman dengan topik mama itu.
“Ma Ell dah say thanks, Ell rasa dah cukup. Kita ni tak payah buat baik sangat dengan orang, nanti orang pijak kepala la Ma. Ell dah merasai semua tu tau tak!”
“Yang Ell rasa tu sebab jatuh sayang bukan buat baik dengan orang.”
“Dah la mama kata nak pergi AEON sangat kan ha pergi ,Ell nak hangout dengan Iana dan Inani. Pape Ell call”
Aku terus pergi meninggalkan mama di situ. Lama-lama kalau aku berdebat dengan mama, mahu mama buka semua cerita lama dia.
Aku membuka telefon dan menghantar kan pesanan ringkas kepada bestie aku, Iana iaitu Akmal Riana dan Inani iaitu Hinani Izfa.
GemsGurls💎💌
ardellayni:-
gurls, busy tak jom hangout. aku dekat aeon dengan mama kalau dah sampai roger.Send!
Tak sampai 10 minit telefonnya berbunyi.
Ting! Ting!
malriana:-
sorry babe aku ada dekat johor ni, ada hal.ardellayni:-
sokey pwetty.inani’zfa:-
i free ell, nanti kalau dah nak sampai aku call kau.ardellayni:-
okey cutie, i wait.malriana:-
have fun gurls, next time kita hangout lagi.ardellayni & inani’zfa:-
okey pwettySelepas meninggalkan pesanan terakhir, aku terus memasuki Tealive dan menunggu Inani di situ.
×××××××
Selepas ditinggalkan Ardell, Datin Ariani mula berjalan dan menjelajah disegenap AEON Mall itu. Niat di hati baru nak paw anaknya itu, tup tup merajuk budak tu.
Dia tahu Ardell tidak suka bergaul sangat dengan stranger terutamanya lelaki. Anaknya itu pernah disakiti dan ditinggalkan dan membuatkan anaknya itu berubah angin daripada dahulu sporting kepada kuat melenting jika dengan stranger lelaki kecuali customer nya.
Dia pun berasa bersalah kerana mengungkit kisah lama anaknya tadi. Takut-takut anaknya berada dalam dunia kegelapannya seperti dahulu.
Sekarang berjalan lah dia keseorangan. Ada suami, suami kerja. Ada anak, anak merajuk. Maka bermulalah Lonely AEON Tour bersama Datin Ariani.
Semasa dia melintasi kedai Al-Ikhsan, tangannya serasa digapai oleh seseorang dari arah belakang. Lantas dia memusingkan badannya dan melihat jika ada sesiapa di belakangnya.
Dan sangkaan nya benar. Dia menghadiahkan senyuman kepada seorang wanita yang manis dan anggun bertudung dihadapan nya itu.
“Haihlah, kenapa tak tegur.”
Datin Ariani menghampiri wanita tersebut dan mereka berpelukkan.
“Bukan tak nak tegur tapi tengok laju sangat. Tak berapa cam, takut salah orang je.”
“Halah Tengku ni, tak ada nya salah orang”
Datin Ariani menarik tangan wanita tersebut untuk duduk di kerusi yang telah disediakan di tengah mall tersebut.
“Tak habis-habis la Ani ni. Penat saya pesan jangan panggil Tengku, panggil Zahra je” kata wanita yang bernama Tengku ArZahra itu.
“Iya lah Zahra pun Zahra la. Ni jauh datang sorang je ke? Tak beritahu pun nak turun Rawang, kalau tidak boleh jemput ke rumah.”
“Tak plan pun nak datang. Datang dengan anak-anak ada dalam Al-Ikhsan tu ha. Anak yang bongsu ajak temankan pergi rumah kawan dia je tadi. Lepas tu kereta rosak pula, tu yang call anak sulong suruh datang ambik.”
“Ouh, teruk ke kereta rosak?”
“Entahlah Zahra pun tak pasti tapi tak payah risau lah, driver Zahra dah bawa pergi bengkel tadi”
“Allhamdulillah, bagus la tu”
“Ni Ani datang sorang je ke? Karl kerja ke?”
“Haah Karl tu mana reti nak ambil cuti, kerja je tahunya. Ani tak datang sorang pun, anak ada teman tadi tapi dah lesap pula dengan kawannya.”
“La ingatkan Karl tak kerja dah”
“Eh Zahra kalau Karl tak kerja siapa nak jaga hotel tu. Mau muflis nanti.”
Tengku ArZahra tersenyum mengiyakan perihal tersebut. Matanya memandang sekeliling.
“Anak Ani lama lagi ke dengan kawannya tu, Zahra dah lama tak jumpa anak Ani. Mesti dah besar panjang kan, apa nama nya dah lupa dah?”
“Ardell Ridayni, kejap Ani nak call”
Datin Ariani menelefon Ardell.
Tut, tut, tu--
“Hello ma?”
“Hello sayang, Ell kat mana?”
“Ell ada dekat Tealive tunggu Inani, kenapa ma?”
“Boleh tak Ell datang dekat mama sekejap, mama ada dekat depan Al-Ikhsan ni”
“Ouh, okey Ell nak chat Inani jap. 5 minit lagi Ell sampai”
“Okey sayang”
“Kejap lagi dia datang”
Lantas mereka meneruskan perbualan sementara menunggu Ardell tiba.
Sebelum Ardell ingin pergi ke Al-ikhsan, dia meninggalkan pesanan kepada Hanani.
ardellayni:-
Cutie nanti kalau dah sampai jumpa aku dekat depan Al-ikhsan eh.Tanpa menunggu balasan daripada
Hanani dia terus pergi ke Al-ikhsan..
.
.
YOU ARE READING
Pavlova Untuk ??
Random📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 "Kak Ell tadi ada abang pilot datang nak oder pavlova 250 biji untuk lusa!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Kak Ell, 5 minit lepas ada tengku ni nak buat tempahan pavlova 500 biji untuk esok!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Ell, you tak patut bers...