CPT 39

139 17 0
                                    

Last day

Pagi itu Ardell mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Selepas itu dia dan keluarganya daftar keluar dari resort tersebut. Sebelum memulakan perjalanan pulang mama dan papanya hendak singgah ke Island Horses dahulu untuk kali terakhir dan mereka ingin mencari beberapa jenis coklat untuk dibawa pulang.

Semasa mama dan papanya pergi ke Island Horses dia hanya menunggu di dalam kereta. Hari ni dia tak tegur sesiapa pun. Moodnya masih tidak stabil.

Sementara menunggu mama dan papanya itu dia bermain telefonnya. Sedang leka dia dengan telefonnya tiba-tiba ada satu WhatsApp daripada unknown number masuk. Dia membuka mesej tersebut. Bila dia baca mesej itu baru dia tahu siapa yang menghantar mesej itu kepadanya.

Unknown Number

LOCATION

Ardell ni i ada hantar tempat Ruzaimi dikebumikan. Kalau you tak balik lagi boleh la you singgah dulu.

Dia hanya membalas terima kasih kepada Afiq yang sudah menghantar location itu. Dia pun membuka location tersebut, jauh juga dari sini. Tapi walau apa pun yang berlaku dia mesti singgah untuk menziarah kubur Ruzaimi dahulu sebelum pulang.

Selepas mama dan papanya masuk ke dalam kereta, mereka pun pergi ke mall yang terdekat. Dia nak bagitahu mama dan papa pasal kematian Ruzaimi itu tapi dia tak tahu nak cakap macam mana.

Setibanya di mall, mereka berpecah untuk membeli belah buat kali terakhir. Dia hanya berjalan di kedai yang terdekat sahaja. Malas nak jalan satu mall ni. Dia mengambil bakul dan mengambil beberapa jenis coklat dan snack lain untuk kawan-kawannya serta pekerjanya.

Selepas membuat bayaran dia menunggu mama dan papanya diluar mall. Dia menelefon mamanya untuk memberitahu yang dia sudah siap membeli. Dalam pada dia bercakap dengan mama, tiba-tiba matanya bertembung dengan seseorang yang sangat dia kenali. Terus kelu lidahnya, mama tanya pun dia tak menjawab walaupun panggilan itu masih bersambung.

Kemudian dia melihat yang orang itu semakin mendekatinya. Lalu dia menamatkan panggilan dengan mamanya.

"Hai Ardell Ridayni, long time no see" kata perempuan dihadapannya itu. Dia memandang perempuan itu bersama seorang lelaki di belakangnya.

"Hei, mengelamun pula. Terkejut sangat ke nampak aku" kata perempuan itu sambil melambaikan tangan dihadapan muka dia.

"Ah tak la" balas dia kembali sedar.

"Lama betul aku tak jumpa kau kan, last time kita jumpa masa birthday party kau yang ke 21 kan, yang malam tu kau terus balik Malaysia sebab Af--  "

"Ye ye itu last time kita jumpa" dia memotong bicara perempuan itu.

"Oh yah kau masih bersama dengan Afiq Aqlan ke Ardell" tanya perempuan itu bernada sinis.

"Nope"

"Ouh really habis tu buat apa kau datang Kedah ni kalau tak nak jumpa dengan Afiq, ke kau sayang sangat sampai sanggup cari dia dekat merata tempat,hahah"

"Stop it Nurin Alisa, aku bukan Ardell yang kau kenal dulu. I'm the new Ardell and i think you should change to new yourself too"

Perempuan yang bernama Nurin Alisa itu memandangnya sinis "Yah aku memang dah tak kenal kau yang baru ni but at least aku cam sisi lama kau right? Btw aku pun dah berubah you know, meet my husband Haikal Zamzuri" Nurin memperkenalkan suaminya.

Ardell melihat lelaki di belakang Nurin itu. 'ouh dah khawin' detiknya. Dia hanya tersenyum melihat lelaki itu.

"So kau buat apa dekat sini?"

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now