"Ni abang Tengku Zilla kan?"
"Ha ye abang Zilla, Tengku Zikry"
"Kira nya ni Ardell anak uncle Karl ke along?" tanya Tengku Zafran apabila melihat anak nya mengenali gadis dihadapannya itu. Dia kenal Ardell cuma tak cam sangat maklum la dah tua cuma fizikal yang tak mengiyakan ketuaan tu.
"Yes daddy ni anak uncle Karl and aunty Ani, tak sangka boleh jumpa dekat sini dalam situasi macam ni pula tu"
"Itu la, Ell pun tak sangka boleh jumpa dalam keadaan macam ni. Kesian uncle, uncle ada rasa sakit kat mana-mana tak? kalau tak kita pergi klinik" soal Ardell masih lagi dengan riak cemas nya itu.
"Eh takde la sampai ke klinik, uncle ok lagi ni ha cuma sengal-sengal sikit nanti ok la tu, tak payah risau sangat la"
"Sure daddy?"
"Iya long, dah alang-alang jumpa Ell kat sini jom kita pergi minum dulu. Uncle turun rawang ni pun memang nak cari Ell"
"Hah cari Ell? ada hal apa tu uncle?" soalnya kepelikkan.
"Kejap lagi la uncle bagitahu kita pergi coffee bean dulu"
"Tapi Ell datang dengan kawan-kawan Ell, nanti Ell bagitahu diorang lepastu Ell pergi kat uncle"
"Ha kalau macam tu uncle tunggu kat sana ya"
"Ok"
Selepas uncle Zafran dengan Tengku Zikry itu pergi dia terus menyambung mencari Iana, Inani dan yang lain.
Pusing-pusing setiap section akhirnya jumpa juga diorang duduk dekat bahagian sauce.
"Weit kat sini rupanya korang, ni aku nak kena pergi coffee bean tau ada orang nak jumpa so aku bayar dulu barang aku ni and Raf tolong simpan barang-barang akak boleh?"
Rafael cepat-cepat tarik muka masamnya.
"Ala Raf ni, akak baru nak bagi voucher bakery free dekat Raf kalau Raf tolong akak" Ardell pancing Rafael dengan makanan favourite nya.
"Hmm ye lah" kata Rafael dengan sekali hadiah jelingan mengadanya itu.
"Good boy, so aku pergi dulu eh gurls"
Ardell menolak trolley barangnya ke kaunter pembayaran."Kau rasa siapa orang tu?" Riana bertanya kepada Hinani.
"Emm entahla, aku tak sure tapi aku rasa customer baru la kot sebab baru ni kan dia ada hantar pavlova dekat hotel mewah tu maybe customer dari sana la kot yang cari dia" terang Hinani.
"Ye tak ye juga, allhamdulillah rezeki dia"
"Tula dia dah lama kerja keras untuk naikkan balik nama bakery mama dia and she did it !"
"Yah she did it" ujar mereka yang bangga mempunyai kawan seperti Ardell.
Selepas siap membuat bayaran Ardell pass trolley nya kepada Rafael.
"Tolong eh Raf, thankiu"
"Ye welcome akak cantik"
Tersenyum Ardell mendengar pujian adik kawannya itu. Rafael dari dulu baik dengan dia, dia pun dah anggap Raf macam adik sendiri. Well dia kan anak tunggal tu yang cari orang sepert Raf supaya boleh menceriakan hari-harinya. Dia berharap juga dapat mencari bakal suami seperti Raf yang kelakar. Eh sampai ke bakal suami pula difikirnya, Ardell mempercepatkan jalannya ke coffee bean supaya tidak membuat uncle Zafran dan Tengku Zikry menunggunya lama.
"Maaf uncle Ell buat uncle tunggu lama pula" ujarnya selepas mengambil tempat dihadapan mereka.
"Eh takpe la, uncle nak jumpa Ell takpe la uncle yang menunggu. Ni abang Zik ada order Ice blended Latte kat Ell, minum tak?"
"Eh minum, susah-susah je abang Zik ni, thank you" Ardell mengambil air tersebut.
"Not a big deal, welcome"
"So ada hal apa uncle cari Ell? " Ardell memulakan perbincangan mereka.
"Uncle ingat nak tempah cake birthday dekat bakery Ell special untuk birthday Zilla nanti"
"Oh ye? bila birthday Zilla?"
"2 hari dari sekarang"
"Ouh tak lama dah tu"
"Haah tu yang uncle ingat Ell buka bakery tadi tapi uncle pergi tengok tutup pula"
"Ouh harini memang tutup, Ell kasi staff-staff Ell rest 2 hari. Takpela kalau macam tu Ell boleh je buat kek tu special untuk Zilla. Nanti uncle boleh datang bakery Ell tunjuk design yang uncle berkenan"
"Ha elok la kalau macam tu" kata Tengku Zafran tanda setuju.
"Tapi tak menyusahkan Ell ke kitorang order time Ell nak rest? " bimbang Tengku Zikry.
"Ha betul juga tu" sokong Tengku Zafran yang baru sedar dia telah menganggu waktu Ardell berehat.
"Eh takde la Ell ok je, mana ada menyusahkan takkan Ell nak abaikan permintaan customer, for sure la Ell akan buat lagi-lagi special customer macam uncle " ujar ku ceria. Dapat customer special like kawan papa dia ofcourse kena layan, lubuk emas kot.
"Haih beruntung nya papa Ell dapat anak macam Ell ni kan"
"Hahaha beruntung ke? papa selalu cakap Ell malas sebab tak nak ambil tahu pasal hotel papa" katanya sedikit kecewa.
"Halah Zilla pun macam Ell bukan malas cuma tak minat kan daddy" kata Tengku Zikry sedikit memujuk.
"Haah Zilla tu lagi la duduk rumah je, lain la Ell uruskan bakery ada juga tu kerjanya. Jangan layan kan sangat la perasaan tu, papa Ell cakap macam tu sebab dia risau takut takde siapa nak jaga hotel dia nanti tu yang dia nak Ell khawin cepat tu"
Ardell yang menghirup air boleh tesedak dengar kata-kata uncle Zafran tu.
"Eh tersedak lak dia, hahah" gelak Tengku Zikry sambil menghulurkan tisu kepada Ardell.
"Papa tu memang tak habis-habis suruh Ell khawin alasan sebab hotel padahal boleh je abang Khai yang uruskan"
"Khai tu pun nak khawin dia pun nak ada masa dengan wife dia Ell"
Ardell hanya diam membatu.
"Ha ok la Ell uncle nak balik dah, Ell balik dengan sapa ni?"
"Dengan kawan Ell"
"Ha kalau macam tu uncle balik dulu la ya, terima kasih sudi terima tempahan uncle and uncle minta maaf kalau ada terguriskan hati Ell"
"Eh takde la, biasa la uncle pesan sama je macam papa cuma Ell ni payah sikit nak dengar"
"Hmm takpe lah Ell tak sedia nak buat macam mana nanti ada la tu masa Ell bersedia"
"Insyaallah uncle"
Selepas uncle Zafran dan abang Zikry pulang dia menelefon Hinani untuk bertanyakan keberadaan mereka.
"Kitorang ada dekat Tealive"
Ardell terus membawa diri ke Tealive..
.
.
YOU ARE READING
Pavlova Untuk ??
Random📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 "Kak Ell tadi ada abang pilot datang nak oder pavlova 250 biji untuk lusa!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Kak Ell, 5 minit lepas ada tengku ni nak buat tempahan pavlova 500 biji untuk esok!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Ell, you tak patut bers...