CPT 22

173 22 4
                                    

"Amacam discussion, ok?" tanya Riana.

"Ok je " balas Ardell singkat lalu menyambar kek Hinani. Tengok macam sedap je diorang makan.

"Banyak mana dia order kak? Jutawan ke?" soal Rafael sedikit teruja.

"Pandai la kau Raf, jutawan mana yang nak cari bakery kecik akak tu. Dia kawan papa akak je"

"Ouhh, tengku lagi ke ni?" tanya Hinani pula.

"Haah " Ardell menjawab dengan nada malas dan dia betul-betul malas nak cakap pasal mana-mana tengku dah sebabnya --

"Fuyyo mesti kuat jodoh kau dengan tengku kan" usik Riana.

Yah sebab itulah dia malas nak cakap mesti diorang akan usik dia.

"Pandai la kau, dah korang nak duduk berapa lama lagi dekat sini. Aku nak balik nak masak ni papa aku nak makan"

"Fuyyo akak masak,hahaha" Rafael galak duk ketawa kan dia.

"Eh ingat akak pandai membakar je ke, masak pon reti ok"

"Halah masak spaghetti je pon adik aku pandai" kata Hinani.

"Yelah adik kau semua benda pandai kan, memang kau ada adik pun kan" sindir Ardell. Masing-masing tergelak dengan Imran yang diam memblur tu pun tergelak. Mesti dia faham situation Hinani dan Ardell yang merupakan anak tunggal, that's why maybe.

Sesudah sakan gelak ketawa mereka pun pulang.

×××××××

Sampai sahaja dirumah dia meletakkan barang di dapur dan naik ke atas untuk membersihkan diri kemudian dia turun semula ke dapur untuk masak.

"Ma tak payah buat la, biar Ell buat. Mama pergi duk kat depan" Ardell menghalau mamanya.

"Yelah"

Selepas dia merebus spaghetti dia meninggalkannya seketika untuk naik dan solat maghrib.

After that dia meneruskan kerjanya dengan menyediakan sauce spaghetti itu.

"Ell masak berapa bungkus ni banyak nya" tanya Datin Ariani selepas kembali semula ke dapur.

"2 ma, kenapa?"

"Uii banyak nya nak buat kenduri ke"

"Halah mengada la mama ni, Ell nak bagi aunty Lin sikit"

"Ooo begitu"

"Ya begituu" Ardell sambung masak tanpa menghiraukan mamanya yang masih berada di situ. Suddenly, ---

"Sayangg ada guests ni"

Kedengaran papa memanggil dari depan.

"Guests? mama ada jemput sapa-sapa ke?"

"Aik tak ada pula, siapa yang datang malam-malam ni. Kejap mama pergi tengok"

"Orait"

Datin Ariani meninggalkan Ardell di dapur dan berlalu ke ruang hadapan.

"Ya allah Zahra kenapa datang tak bagitahu?" Datin Ariani menyambut rakannya itu.

"Maaflah kami datang mengejut tak inform dekat tuan rumah dulu" kata Tengku Zafran yang datang bersama istrinya dan anaknya, Tengku Zikry.

"Eh takpe lah tetamu datang kan bawa rezeki, meh jemput masuk" ajak Dato Rykarl.

"Meh meh, Zikry pun ada ha. Mana lagi dua orang?" tanya Datin Ariani.

"Taufiq kat office lagi, dia tu mana pernah balik awal. Zilla pula keluar dengan kawan dia tu yang bawa Zikry je, lagipun kitorang datang ni nak jumpa dengan Ell"

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now