"Angah majlis esok macam mana semua dah selesai?" tanya Tengku Zafran kepada anaknya Tengku Taufiq yang sedang push-up dengan abangnya iaitu Tengku Zikry di backyard.
"So far dah"
"Dessert yang angah order last minute tu?"
"Angah dah call orang bakery tu dia kata ok je, lagipun kalau dia kata tak ok angah suruh ok jugak. Angah dah bayar double"
"Dah bayar?"
"Urghh, hah"
Tengku Taufiq berhenti seketika membuat push-up dan beralih focus kepada daddynya.
"Angah dah bayar ke dessert tu"
"Oh belum lagi"
"Angah mesej la tanya balik, kasi confirm betul-betul"
"Nanti la angah call"
"Hmm ye lah, jangan diorang cancel last minute sudah"
"Insyaallah tak"
"Kalau macam tu ok lah. Tu along tikar yoga adik pergi simpan balik, basuh dulu karang bising la adik nanti"
"Eh bukan along yang ambik"
"Hah siapa pakai last dia yang simpan, chaw"
Tengku Taufiq terus berlari masuk ke rumah.
"Haih sabar je lah" keluh Tengku Zikry.
×××××××
'RingRing RingRing'
Ardell yang sedang berehat selepas solat maghrib terganggu apabila terdengar telefon bakery berdering.
Pada masa yang sama pekerjanya yang duk tergolek di sejadah masing-masing juga mendengar benda yang sama dan masing-masing kelihatan ingin bangun untuk mengangkat panggilan tersebut.
"Aih tak yah bangun, korang duk sini rest"
Ardell pun maju ke depan membiarkan pekerjanya masa dan ruang untuk berehat. Lepas ni mungkin mereka akan buat kerja sehingga lewat malam jadinya mereka perlukan masa untuk mengumpulkan tenaga mereka.
Tanpa membiarkan telefon itu berdering terlalu lama, dia cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Assalamualaikum PavEll's Bakery disini, apa boleh saya bantu?"
"Waalaikumusalam, saya Tengku Taufiq Zafril saya ada buat tempahan pagi tadi untuk 500 biji pavlova"
"Ouh ya staff saya ada beritahu saya, ada masalah apa ya Tengku call ni?"
"Saya nak confirmkan order tu and saya nak pavlova tu dipack dalam box atau apa-apa bekas yang bersaiz kecil sebab saya nak agihkan kepada tetamu di event saya esok"
"Ouh macam doorgift ya Tengku?"
"Ha ya betul"
"Ouh kalau macam tu baiklah, pihak kami akan buat seperti mana yang encik mahukan"
"Yes good, untuk payment pula cik total je nanti saya transferkan"
"Baiklah Tengku, nanti saya hantarkan nombor akaun bank saya dekat nombor Tengku ni ya. Saya harap Tengku boleh teterakan sekali maklumat event Tengku itu serta location supaya senang saya nak aturkan esok"
"Ya baiklah, Terima kasih cik"
"Ya sama-sama Tengku"
Setelah menamatkan panggilan Ardell kembali ke bilik rehat. Dia lihat staffnya sudah standby untuk solat isyak.
YOU ARE READING
Pavlova Untuk ??
Random📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 "Kak Ell tadi ada abang pilot datang nak oder pavlova 250 biji untuk lusa!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Kak Ell, 5 minit lepas ada tengku ni nak buat tempahan pavlova 500 biji untuk esok!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Ell, you tak patut bers...