"Terima kasih ya Cik datang lagi" kata pekerja di Butik kawan mamanya itu.
Selepas mengambil baju keluarganya, dia terasa ingin pergi ke bakery. Sampai saja di bakery dia terus masuk tanpa mematikan enjin kereta. Dia mengambil masa selama satu jam baru dia teringat yang dia belum matikan enjin kereta.
Semasa dia hendak mematikan enjin kereta dia baru perasan yang dia tak bawa masuk telefon bimbitnya.
"Lah patut senyap je, telefon tetinggal dalam kereta rupanya" katanya lalu mencapai telefon di tempat duduk sebelah. Kemudian dia terkejut apabila dia melihat pada skrin telefonnya.
32 missed call
"Aik siapa yang call banyak-banyak ni?" fikirnya lalu melihat di call log nya. Riana? Rafael? asal diorang call ni? fikirnya lalu menelefon balik Riana. Tapi tak dapat, kemudian dia call Rafael.
"Assalamualaikum Raf kenapa call akak banyak kali?" tanyaku selepas panggilan kami bersambung.
"Waalaikumsalam kak"
Jawab Rafael perlahan. Dia pelik, dah apa kena dengan budak ni lain je suara?
"Raf kenapa ni lain je bunyi?"
"Kak Nek Yah kak"
Katanya dengan suara yang tersekat. Dia dah rasa tak sedap hati, dah kenapa dengan Nek Yah?
"Raf kenapa dengan Nek Yah ,ce bagitahu akak betul-betul"
"Hello kak Ell"
Sapa satu suara lain.
"Hello, sape ni Raf mana?"
Dia sudah rasa sesuatu yang aneh berlaku.
"Ni Imran kak, Raf tak boleh kawal emosi dia tu yang Im ambil telefon dia ni. Im nak bagitahu yang Nenek kak Riana dengan Raf dah meninggal 30 minit lepas, kitorang sekarang ni dalam perjalanan pergi Terengganu. Raf call akak banyak kali tadi sebab nak bagitahu pasal ni, dia kata tadi dia harap akak boleh datang tengok nenek diorang buat kali terkahir"
Dengan mata yang terpejam dia boleh faham situasi apa yang berlaku sekarang ni. Tak sangka Nek Yah boleh pergi secepat ni.
"Innalillahiwainnailaihirojiun"
Ucapnya sepatah, kalau cakap pasal Nek Yah dia pun boleh lemah. Nek Yah atau nama sebenarnya Nur Fathiyah ialah nenek kepada Riana dan Rafael. Macam mana dia boleh kenal Nek Yah? Dia ni pure bandar jadi sejak dia berkawan rapat dengan Riana dan Hinani mamanya pun kenal keluarga mereka. Jadi satu hari masa dia form 4, Riana pernah ajak dia balik ke kampung and masa tu dia teruja sebab tak pernah duduk atau rasa macam mana suasana kampung dan pada masa itu dia buat keputusan untuk ikut Riana balik. Sejak daripada tu setiap kali Riana balik ke kampung mesti dia ikut, itu yang dia rapat dengan Nek Yah sebab kata Nek Yah dulu aku ni macam Raf suka bermanja.
Tapi since lepas SPM dia dah jarang balik sebab nak focus sambung belajar. Lepas sambung belajar pula lagi jarang dia balik jumpa Nek Yah, ada satu tahun tu dia tak balik terus sebab pertama dia belajar luar negara kedua masa tu tengah hangat bercinta that's why dia tak ingat dah orang lain selain boyfriend dia pada masa tu. Tapi untuk kali terakhir dia menziarah Nek Yah december tahun lepas dan sekarang ni dah June. Bila diingat balik dia jadi sedih dan rasa berdosa sebab lama tak balik untuk jumpa dengan satu-satunya nenek angkat yang dia ada itu. Maafkan Ell Nek Yah.
"Kak? kak ok tak tu, Im tutup dulu eh Im tengah drive ni"
"Im bagitahu Raf nanti akak sampai" katanya perlahan lalu menamatkan panggilan itu. Dengan secepat yang mungkin dia masuk ke bakery dan tutup semula selepas check semuanya buat kali terakhir. Kemudian dia berdecum balik ke rumah.
Sampai saja di rumah dia lihat kereta Hinani yang sedang reverse untuk keluar dari halaman rumahnya. Hinani yang sedar Ardell dah balik terus tak jadi reverse keretanya itu. Ardell parking keretanya diluar garage.
"Ell kau pergi mana hah yang lambat sangat, call tak angkat"
"Aku pergi bakery tadi, phone tertinggal dalam kereta" jawabnya lemah. Hinani yang melihat keadaan Ardell itu sudah agak yang Ardell sudah tahu apa yang berlaku sekarang.
"Dah pergi naik kemas baju kau sekarang" arah Hinani. Ardell hanya mengikut, dia naik ke atas dan mengemas apa yang perlu.
Datin Ariani yang sudah tahu apa yang berlaku itu menolong Ardell mengemas pakaiannya.
"Ell betul ni mama tak payah pergi?" tanya dia sekali lagi sebab kata Ardell biar dia je pergi as wakil untuk hari ni.
"Ya ma, mama dengan papa datang esok je. Nanti mama tolong uruskan hal bakery ya. Ell akan suruh budak-budak tu datang sini dulu nanti mama bagi kunci Vellfire dekat Amier biar dia drive. Lepas tu pergi bakery ambik cake apa semua and pergi rumah uncle Zaf. Sampai sana diorang tahu la tu apa nak buat. Nanti mama sampaikan salam Ell sekali dengan hadiah Zi tu eh"
"Baiklah, dah cepat pergi karang lambat pula sampai. Sampai kan salam mama dan papa dekat keluarga Riana ya"
"Baik ma" Ardell bergegas turun dengan begnya.
"Inani jom"
"Ok naik kereta aku la" Ardell tanpa cakap banyak terus memasukkan begnya ke dalam bonet kereta Hinani.
"Bawa kereta elok-elok Inani" pesan Datin Ariani.
"Baik aunty"
Maka bermulalah perjalanan mereka ke Terengganu dengan perasaan penuh hiba.
"Semoga anakku dan rakannya selamat sampai dan selamat pulang" titip doa seorang Ibu. Datin Ariani masuk ke rumah nya untuk menelefon suaminya.
"Hello Assalamualaikum abang"
"Ya waalaikumsalam yang, ada apa?"
"Saya menggangu abang ke?"
"Eh takde la saya baru je habis meeting dengan clients tadi kenapa?"
"Saya nak bagitahu yang Nek Yah dah meninggal"
"Iya ke, Innalillahiwainnailaihirojiun. Habis tu saya balik sekarang lah ye"
"Eh takpayah, Ell baru je pergi dengan Inani tadi katanya biar dia pergi harini kita pergi esok. Nanti takde wakil nak pergi ke birthday party Zilla tu. Lagipun dia ada pesan dekat saya pasal bakery tu"
"Macam tu pula, ha takpe la esok kita pergi"
"Ok"
.
.
.
YOU ARE READING
Pavlova Untuk ??
Random📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 "Kak Ell tadi ada abang pilot datang nak oder pavlova 250 biji untuk lusa!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Kak Ell, 5 minit lepas ada tengku ni nak buat tempahan pavlova 500 biji untuk esok!" - Syifa "WHAT!?" ~ "Ell, you tak patut bers...