CPT 23

165 22 4
                                    

Sampai sahaja di rumah Zikry melihat kereta adiknya Taufiq sudah ada di garage rumah.

"Eh awal budak tu balik harini, baru pukul 9:30" Zikry tengok jam di pergelangan tangannya. Biasa adik dia yang workaholic ni balik pukul 10 paling awal paling lewat pun tak balik terus.

"Apa cakap macam tu bagus la tu dia balik awal, along ni" marah mommy nya lalu masuk ke dalam bersama bekalan Ardell itu. Selepas parking dia dan daddy nya masuk ke dalam.

Masuk saja dia lihat Taufiq dan Zilla duk tergolek atas sofa sambil makan nips.

"Haih keluar bukan main balik makan nips je" daddy nya menegur Zilla.

"Entah Zi ingat diorang nak makan rupanya minum-minum je, kenapa mommy tak masak?"

"Nak tunggu mommy je masak, kau la pula masak" kata Zikry sambil melabuhkan duduknya di sebelah Taufiq.

Tengku Zahra keluar dari dapur selepas menyalin bekalan Ardell tadi ke dalam pinggan.

"Nah makan" kata mommy sambil meletakkan dua pinggan di hadapan mereka.

Taufiq dan Zilla yang masih berbaring di atas sofa tadi terus bangun apabila nampak makanan. Lantas diorang makan tanpa banyak tanya. Sumpah macam orang kebulur.

"Angah tak lunch ke tadi" tanya mommy.

"Tak sempat ramai klien hari ni"

"Kesian ha kebulur, makan-makan" Zikry mengusap kepala Taufiq. Taufiq layan je la abang dia tu,  yang pasti sekarang dia tengah lapar.

"Sedap tak?" tanya dia lagi. Hanya anggukkan mereka yang dia terima.

"Memang la sedap kan mommy daddy, untung kau dapat rasa masakan bakal isteri kau tau" ujarnya selamba. Kemudian ---

Uhuk uhuk!!  dua-dua tersedak. Mommy cepat-cepat menghulurkan air dekat mereka takut karang mati tercekik pula.

"Bakal isteri siapa long?" tanya Zilla masih terkejut.

"Entah laa" katanya tapi mata asyik menjeling ke arah Taufiq.

"Dah jangan layan along kamu tu, ni Ardell yang masakkan" kata mommy.

"Hah?! kak Ell ma?"

"Yes Ardell mana lagi"

"Ardell yang pavlova tu?" tanya Taufiq kebingungan.

"Ha ingat pun dia, iya la tokey pavlova anak dara uncle Karl tu. Ni dia la yang masak" jawab Zikry.

"Kenapa bakal isteri aku tak bakal isteri kau" tanya Taufiq lagi.

"Ya elah, bakal isteri kau la. Kau kan single lain la aku dah ada awek" jawab Zikry tanpa sedar.

"What! along ada girlfriend, serious la"

Zikry terdiam, dia tahu dia dah terlepas cakap. Taufiq tergelak tengok abangnya yang dah kantoi itu. Tula nak bahan orang dia yang kena.

"Apa dia long?" tanya daddy melihat anaknya tu diam aje.

"Along naik dulu lah, esok kerja" katanya lalu lari masuk bilik.

"Ceh dah kantoi pandai lari"

"Meh mommy jawab, bakal isteri angah sebab mommy tengok dia sesuai dengan angah kan daddy"

Taufiq tengok daddy nya hanya angguk tanda setuju. Zilla pun sama.

"Angah takde masa nak jaga anak orang lain buat masa ni, I'm busy" katanya lalu membawa pinggan kosong itu ke dapur.

Pavlova Untuk ??Where stories live. Discover now