Begitu asyik dia bermain dengan kiub Rubik yang dihadiahkan oleh ' pakcik'nya, Tao. Dengan pantas dia cuba menyelesaikan suai padan kiub-kiub kecil berwarna itu bagi mendapatkan satu sisi yang sama padan semua warnanya. Kyungsoo dan Chen begitu ralit memerhati dirinya dengan mata basah digenangi tangisan. Setelah dua tahun berlalu, Sehun tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda akan pulih walaupun sedikit. Dirinya dan juga keadaan sekeliling masih Sehun ingat akan kewujudan rakan lebih tua kesayangannya, Xi Luhan.
Luhan yang terbunuh apabila ditembak Min Yoongi ketika ingin menyelamatkan Jira dua tahun yang lalu memberikan kejutan yang terlalu banyak buat diri Sehun. Apatah lagi sebelum itu dia baru sahaja sedarkan diri dari keadaan koma panjang selama dua tahun. Selepas kematian Luhan yang secara tiba-tiba itu, Sehun seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Luhan sudah tiada.
" Sehun," panggil Luhan lemah. Sehun menggenggam tangan kanannya. " Ya hyung?"
" Tak sangka bukan? Hajat hyung tercapai.."
" Hyung, bertahanlah-"
" Akhirnya, hutang hyung selesai,"
" Luhan, jangan tidur dulu, ambulans dah nak sampai-"
" Jira.."
Jira memandangnya dengan mata berkaca.
" Saya.. sukakan awak," kata Luhan sambil merenungnya, senyuman ikhlas ditampal pada mukanya. Jira menelan tangisannya dan mengangguk lagi.
" Luhan?"
Tiada jawapan.
" Hyung.."
Kaku.
Sehun menangis. Sekali lagi.
Luhan meninggal dunia. Kini dia meninggalkan mereka buat selamanya. Sehun semakin membuak-buak dengan amarah sendiri. Dia cuba menampar-nampar pipi Luhan, mungkin cuba untuk menghidupkannya semula. Raungannya makin kuat.
" Hyung! Hyung tidak boleh tinggalkan Hun! Kita janji hyung! Hyung! Hyung!" tengking Sehun. Mukanya tidak henti-henti dibasahi dengan tangisan. Tempat kejadian penuh dengan bunyi rintihan Sehun yang tidak dapat lagi menerima kenyataan.
Kris cuba menenangkan Sehun. " Sehun, sudah-sudahlah tu. Luhan dah tiada, Hun-"
Sehun menepis dan menolak Kris darinya menjerit menafikannya. " Hyung dah janji dengan Hun! Mana boleh dia pergi!"
Jira segera menerpa ke arah belakang Sehun dan memeluknya, memudahkan pegawai keselamatan membawa pergi mayat Luhan untuk bedah siasat. Sehun menjadi tidak berdaya saat berada dalam pelukan Jira, meskipun kakinya masih menendang-nendang kesedihan. Jira menanam kepalanya dalam bahu Sehun.
" Sehun, tolong jangan jadi begini! Demi Luhan..."
Keadaan menjadi senyap serta-merta. Hanya tangisan yang menjadi runut bunyi, seiring dengan hujan lebat yang bertaburan di luar.
" Hyung.."
Dan Sehun masih menantikan kehadiran Luhan. Hari demi hari.
" Sehun? Tidak mahukah awak ikut sekali?" Tanya Jira dengan lembut kepada Sehun yang masih kaku duduk di dalam biliknya.
" Jira, bukankah Luhan hyung akan pulang dari kelas?" jawab Sehun dengan muka polos. Tas tangan yang Jira genggam sejak tadi terlepas dan jatuh ke atas lantai. Sehun kekal merenungnya dengan muka kosong dan bangkit dari kamar tidurnya.
" Hyung pesan untuk masakkan ramen bersama kimchi. Sehun tak mahu hyung lapar," kata Sehun sambil berjalan menuju ke pintu bilik. Tangannya terhenti sebelum dia memulas tombol. " Jira.. tak mahu tolong Sehun?" soalnya.
Mata Jira digenangi air mata, sebelum ia dipejam agar ia jatuh sendiri.
Siling bilik direnungi. Kosong tanpa corak. Deko rumah sofistikated dan ringkas memang menjadi pilihan jejaka bujang itu. Dia menghela nafas yang dalam. Sungguh, fikirannya berserabut. Meskipun hampir dua tahun telah berlalu, masalah sama masih membelenggunya.
Sejak insiden itu, mereka semua berpecah mengikuti haluan masing-masing. Kai yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati. Kris masih ingat akan lawatan sebentarnya ke Seoul untuk menjenguk anak-anak buah barunya Seoeon dan Seojun. Kris juga masih ingat akan pertemuan semula dia dengan Sehun.
Sehun..
" Kris, aku mahu satu sahaja daripada kau," kata Kyungsoo memecahkan kesunyian dalam kereta. Kris yang sedari tadi leka membelek tetingkap telefon pintarnya memandang Kyungsoo.
" Tolong. Tolong tabah. Jangan persoalkan apa-apa. Aku.. aku dah makin lemah, tetapi aku masih lagi perlu kuat," kata Kyungsoo, mulai teresak-esak dalam tangisan sendiri. Kris memandangnya pelik. Belum sempat dia tanya apa-apa, Kyungsoo terlebih dahulu memberhentikan kereta dan menekan kekunci untuk membuka pintu.
" Pergilah. Dia tunggu kau,"
Kris memandang papan tanda besar yang menjadi papan nama tempat itu. Hospital?
Kelihatan Chen sedang ralit merenungnya dari jauh. Kris menangkap figuranya yang berdiri itu dan segera mendekati Chen. Tanpa sebarang teguran, Chen hanya tersenyum lemah dan mengiringi Kris ke tempat yang ingin dituju.
Kris tiba di sebuah taman permainan. Laman yang menghijau itu kelihatan sungguh damai. Kris termangu. Mengapa aku dibawa ke sini-
" Hyung?"
Suara itu. Aku kenal..
Kris toleh ke belakang mencari sumber suara itu.
Figura itu amat dikenalinya.
Sudah semakin kurus.
Lelaki itu segera menerpa berlari ke arahnya dan melingkarkan kedua-dua tangan pada leher Kris. Kepalanya pula direhatkan pada bahu Kris.
" Hyung, dah lama Hun tunggu hyung. Hyung pergi mana?" tanya Sehun. Kris hampir menangis gembira, namun..
" Lepas ni Luhan hyung jangan tinggalkan hyung lagi,ya?"
Dan dunianya menjadi bercelaru seketika. Kyungsoo yang memerhati sejak tadi menyeka tangisan yang sekali lagi membasahi pipi.
Kris memejamkan mata. Dia tahu. Dia perlu membuat keputusan dengan segera.
Dan hanya seorang sahaja rakannya yang mampu membantu.
Lixin.
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...