Pintu kamar pejabatnya diketuk lembut, mengganggu konsentrasi Lixin buat sementara. Mengecilkan pandangan ke arah pintu kayu jati itu, dia pun berdehem sebelum mengarahkan mereka masuk. Ia dibuka, menampakkan kehadiran Kris dan Sehun diiringi oleh Jia, mereka kemudiannya memasuki ruang pejabat. Jia tunduk hormat sebelum meninggalkan mereka bertiga, menutup pintu dengan rapat.
" Wah, semakin sibuk engkau sekarang ya? Sehinggakan aku sendiri kena buat temujanji untuk kita berjumpa," Kris membuka perbualan sambil tersenyum. Lixin membetulkan kot doktornya dan menanggalkan cermin mata, membalas senyuman Kris. " Almaklumlah, jadual kerja aku tidak menentu. Salah seorang klien mahal datang berjumpa, masakan aku perlu menolak rezeki," dia tersenyum sinis, meleretkan pandangan ke arah Sehun. " Kamu Sehun, bukan?"
Berasa sedikit janggal, Sehun mengangguk kecil sebelum kembali meneliti perincian pejabat Lixin. Pejabatnya berlatarkan tona putih pudar, sedikit sebanyak perabot jati sofa dan meja tetamu berwarna jingga keperangan menyerlah menarik perhatian mata. Meja kerja Lixin yang berwarna hitam serta kerusi boss yang dimiliki menampakkan sisi sofistikated rakan baik Kris itu, dengan figura otak manusia bersaiz mini serta metronome menghiasi ruang meja tersebut.
Wah, mesti ahjussi ni kaya.
" Apa? Ahjussi?" Lixin tertawa kecil, menyebabkan Sehun menekup mulutnya. Aduh, mesti aku terlepas cakap, detik hatinya.
Menyilangkan kedua-dua tangan, Lixin pun bersandar. " Hmm, aku rasa Sehun berpotensi untuk sembuh dengan cepat," katanya, memberi sinar harapan kepada Kris yang sedari tadi asyik memerhati Sehun. " Mungkin hanya dengan beberapa sesi terapi dan aktiviti luar, Sehun akan kembali pulih seperti sediakala, tambahan pula Sehun kelihatan lebih matang dan memahami dunia luar,"
" Matang?"
" Biasanya, pesakit yang mempunyai kes sama seperti Sehun akan tertanya-tanya dan keliru serta sedikit takut apabila berada di tempat-tempat baru selain selalu menangis dan merengek ketakutan. Umpama kes Down Syndrome. Namun, Sehun kekal tenang dan diam apabila sampai di pejabat saya. Dengan progres seperti ini, lebih cerahlah peluang untuk dia sembuh, betul tak Sehun?" tanya Lixin sekali lagi. Kris mengalih fokus ke arah Sehun. Ya, memang dia semakin matang.
Luhan, Sehun hampir sembuh. Tugas aku makin selesai.Ketukan di pintu menghentikan sebentar perbualan mereka bertiga. Jia menjengukkan kepala dan memandang Lixin. " Tuan, sebentar lagi tuan ada temu janji dengan Tuan Ki Yoonmin," " Baiklah, terima kasih Jia,"
" Nampaknya kami kena pergi dahulu, Lixin. Kamu nampak sibuk," kata Kris sesudah Jia beransur pergi. Bangkit dari sofa, Kris dan Sehun menundukkan kepala dan bersalaman dengan Lixin sebelum meninggalkan ruang pejabat.
Sehun dan Kris masing-masing kemudiannya menunggu lif di tingkat itu. " Sehun, Sehun nak makan apa? Biar Kris belanja, ya?" tanya si jejaka tinggi.
Namun, tiada respons yang diberikan.
Sehun terlalu asyik memandang ke arah tingkap di tepi dinding yang memaparkan pemandangan bandar sibuk itu. Seolah-olah mengasingkan diri dari dunia sebenar. Sehun berasa sedikit pelik apabila dirinya cuba memproses tujuan sebenar mereka kemari.
Entah mengapa dia tidak berasa sedap hati.
" Sehun?"
Entah mengapa dia seolah-olah mengingati kembali sesuatu yang hilang dari simpanan memorinya.
" Sehun, mengapa ni?"
Dalam fikiran Sehun, ada nama yang terpacul dalam minda.
" Sehun?"
Bae Su-ji.
Siapa dia?
•
A short update. Yeay 😏😏
A cliffhanger. Double yeay. Don't kill me 😘
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomansaA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...