" Seoeon! Seojun!" Sehun teruja melihat kehadiran kembar dua itu menghampirinya. Dia tergelak sendirian sebelum menawarkan mereka berdua lolipop berlainan perisa. Meskipun kembar dua itu masih lagi belum mampu bercakap, namun mereka memahami niat Sehun dan turut tersenyum gembira. Seoeon kemudiannya memeluk Sehun, meminta agar dipeluk kembali. Agak pelik rasanya, Sehun berasa begitu tenang tidak seperti selalu. Terasa lebih matang. Lebih dewasa.
Kai dan Jira memerhati dari jauh. Sungguh mereka tidak sangka, lelaki yang dahulunya begitu dingin dan sentiasa menjaga Jira dari apa sahaja ancaman bertukar personaliti 100%. Jira sendiri sedih melihat Sehun berkelakuan sebegitu.
Kepala Sehun tiba-tiba sahaja berdenyut. Dia cuba untuk menahan kesakitan, tetapi ia hanya menjadi semakin kuat. Dia menangis kerana tidak dapat menghentikan sakit itu. Dia lantas memegang lengan Seojun. Seoeon yang seolah-olah faham berlari ke arah Kai yang baru sahaja ingin beredar.
Kai pelik melihat air muka anaknya yang cemas sebelum melihat semula Sehun di hadapannya.
" Appa!" Suara Seojun didengari dari situ. Kai menjadi terpinga melihat Sehun seperti terkapai-kapai di atas lantai. Lantas, dia memanggil jururawat berdekatan.
***
5 jam berlalu sejak insiden kecil tadi. Mereka memerhati di sebalik cermin sehala itu. Sehun hanya mematungkan diri, mengunci kedua-dua belah kaki dengan lengannya. Terduduk di satu sudut bilik, Sehun seolah-olah cuba mengenali semula dirinya.
" Aku rasa kembar ini melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan Sehun sebegini," tutur Suho setelah memerhati lama.
" Mungkin mereka melakukan sesuatu yang mengingatkan Sehun kepada masa lalu,"
" Jadi apa yang akan berlaku sekarang?"
" Aku telah melakukan pemeriksaan CT untuk memeriksa kondisi otaknya. Nampaknya dia tidak akan lagi menjadi seorang budak yang hanya mengenali diri sendiri dan Luhan,"
" Cuma dia perlukan sesuatu atau seseorang untuk bimbing dia semula menjadi normal,"
" Maksud awak?" Tanya Jira lembut. Pandangan mereka kembali teralih kepada Sehun.
" Sehun sekarang ini terlalu rapuh keadaannya, seperti kaca yang nipis. Dia telah pun mengalami kejutan fasa kedua yang paling besar. Aku jangkakan ia tidak akan berlaku, namun ada lagi keajaiban rupanya untuk membantu. Dalam fasa yang terakhir ini, dia seperti sekeping kad memori yang telah diformatkan sebahagian besarnya. Dia perlu belajar kembali untuk mengenali kasih sayang dan cinta serta mereka yang rapat bersamanya dahulu. Dalam fasa ini juga dia mampu melupakan Luhan, jadi tidak perlu kita risaukan sangat," jelas Suho panjang.
Seoeon dan Seojun seperti dapat mengesan kesedihan yang melanda. Mereka segera memeluk kaki Kai dan Jira sebelum menangis dalam diam. Pasti mereka tidak tahan melihat pakcik kesayangan mereka dalam kesakitan.
^*^*^
Suasana senyap di dalam kereta milik Kyungsoo itu. Kerana sibuk, Chen meminta Kyungsoo untuk mengambil Kris di lapangan terbang pada hari itu. Setelah lama tidak berjumpa, Kyungsoo mati kata untuk memulakan perbualan.
Belum sempat dia bersuara, Kris terlebih dahulu bercakap.
" Aku penat. Aku mahu tidur sekejap. Bila dah sampai nanti bangunkan aku," kata Kris dingin sebelum memakai semula kaca mata hitam berjenamakan Ray Bans itu dan melelapkan diri. Mungkin dia juga terasa malu untuk memulakan perbualan setelah sekian lama tidak bersua muka. Kyungsoo yang sedikit terkejut itu berubah air mukanya.
" Oh? O-okey. Lama lagi nak sampai, rehatlah dulu,"
Di sebalik kaca mata itu, Kris masih lagi tidak dapat menidurkan diri. Agaknya kerana dia telah pun tidur secukupnya malam semalam dan semasa menaiki kapal terbang tadi. Dalam minda Kris, masih banyak kerisauan yang melanda.
Bagaimana kondisi Sehun sekarang?
Mampukah aku hadapi dirinya lagi?
Apakah aku sanggup mendengar dirinya memanggil dan menyangka aku ini Luhan?
Kyungsoo berhenti sebentar di hadapan sebuah gerai kek ikan, meninggalkan Kris di dalam kereta. Kris merenung lama gerai itu, mengingati kembali memori indah saat mereka bergelar pelajar lagi. Pasti Kyungsoo belikan kek ikan buat Sehun.
Beberapa ketika kemudian, Kyungsoo menuju semula ke kereta dengan beberapa biji kek ikan di dalam beg kertas yang dia jinjing. Telefonnya kemudian berdering memohon Kyungsoo menjawab panggilan.
Kai Jongin.
" Aku dan Kris dalam perjalanan-"
Dan Kyungsoo hampir menjatuhkan beg kertas berisi kek ikan itu tadi saat mendengar apa yang Kai cakapkan di hujung talian.
Kris bertambah risau apabila melihat Kyungsoo kelam kabut menghidupkan semula enjin. " Kyungsoo, kenapa ni?"
Kyungsoo kekal tidak menjawab dan hanya fokus untuk terus memandu menuju ke hospital di mana Sehun ditempatkan.
***
" Kris!" Kai mendapatkan Kris setelah mereka sampai. Kyungsoo terlebih dahulu menerpa ke arah Suho. " Apa sudah jadi?"Pandangan mata Suho ke arah cermin satu hala itu dituruti Kyungsoo. Kris pun mendekatkan dirinya ingin melihat Sehun yang dia risaukan. Matanya digenangi air melihat Sehun berkelakuan sebegitu. Seolah-olah patung bergerak.
Tanpa mendengar larangan Suho, Kris memulas tombol pintu dan memasuki ruangan Sehun. Kyungsoo ingin menghalang namun Kai terlebih dahulu meyakinkan dirinya bahawa Kris sedar akan segala tingkah laku yang ditunjukkan.
Dengan begitu cermat dan perlahan, Kris mendekati diri Sehun yang semakin mengecil itu. Sehun mengangkat kepalanya memandang Kris. Dia kaku melihat jejaka itu merapatkan jarak antara mereka.
Sehun menggigil ketakutan, tetapi Kris masih berlagak tenang. Dengan perlahan, Kris meletakkan tangannya pada lutut Sehun. Haba tangan Kris itu dapat Sehun rasai dan pada mulanya ingin dia tepis. Namun sentuhan itu semakin menenangkan. Sehun memberanikan diri menyentuh belakang telapak tangan Kris. Tingkah lakunya laksana anak kecil yang masih naif dengan alam sekeliling.
Sehun kemudiannya perlahan-lahan membawa jarinya ke muka Kris. Kedua-dua tangan Sehun menekap muka jejaka Cina itu dengan naif. Kris meraih tangannya, merindui Sehun yang dulu.
" Sehun, kenal saya tak?"
Suara Kris yang garau itu sedikit sebanyak mengejutkan Sehun.
Jira menangis di pangkuan Kai saat melihat babak itu.
Kris kemudiannya menutup jarak antara dirinya dan Sehun dengan satu pelukan yang menenangkan. Meskipun Sehun tidak membalas pelukan itu, dia terasa pelik. Keterujaan timbul sedikit dalam diri Sehun saat haba badan Kris mengenai setiap inci kulitnya.
Kris menepuk-nepuk belakang Sehun dengan lembut. " Jangan risau, Sehun. Saya takkan balik,"
Entah mengapa, Sehun berasa amat gembira. Dia menangis dengan kuat secara beransur-ansur, mengeratkan lagi pelukan itu.
" T-terima kasih," Sehun bersuara setelah hampir enam jam tidak bercakap.
Dari sudut yang lain, Suho ralit mengelap air mata. Dia telah tahu akan jawapan kepada soalan Kyungsoo tadi.
Tetapi dia juga tahu, Kyungsoo dan Kai telah pun melihat sendiri jawapan yang mereka kehendaki.
Bukan dengan ubat-ubatan atau rawatan intensif.
Kehadiran Kris sahaja akan mengubah segalanya.
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...