" Apa? Kau mahu bawa dia ke Beijing?"
Kris mengangguk, mengiyakan pertanyaan Suho. Pada hari itu, Kris telah meminta untuk berkumpul bersama selain menjemput Kyungsoo, Chen dan Kai bersama.
Suho kedengaran tidak bersetuju dengan cadangan Kris itu. Masakan tidak, Sehun baru sahaja memulakan proses penyembuhan psikologi kendiri. Tiba-tiba sahaja dia perlu mengikut Kris pulang ke China?
Kris tahu akan respons Suho itu. Dia dapat ramal akan reaksinya serta yang lain. Tetapi dia yakin ianya salah satu jalan bagi mengembalikan keadaan Sehun seperti sediakala.
" Yifan, aku tak rasa kita patut-"
" Tapi Chen, kita harus cuba berikhtiar demi Sehun," yakin Kris. Chen masih lagi teragak-agak untuk bersetuju.
" Mengapa pula Beijing? Sehun tidak ada kehidupan kanak-kanak di sana, bagaimana dia akan pulih sebegitu?" Suho masih membantah.
" Ada," Kai akhirnya bersuara.
Kesemua mata disorotkan ke arah Kai.
" Sehun. Dia ada kehidupan lama di Beijing,"
" Bagaimana pula engkau tahu?" Tanya Chen. Kai menghela nafas yang panjang dan menjawab ringkas.
" Luhan. Dia sering mengikuti Luhan semasa kecil. Percayalah. Bukankah aku mengenali Luhan terlebih dahulu sebelum kamu semua?"
" Aku masih lagi tidak bersetuju. Tegas Suho. Dia terlalu berat hati melepaskan Sehun mengikuti Kris yang baru sahaja beberapa hari menjejakkan diri ke Korea.
" Kau sendiri kata! Kau akan tinggal di Korea. Status kewarganegaraan kau juga telah pun diproses. Mengapa pula kau perlu pergi? Dan membawa Sehun? Kalau Sehun-"
" Pergilah," perintah Kyungsoo setelah sekian lama mendiamkan diri. Suho mendengus tidak percaya. Kyungsoo memandang Kris dengan pandangan harapan.
" Pergilah, Kris. Sekiranya kau rasa ini adalah salah satu cara terbaik, maka pergilah. Aku tidak akan larang,"
" Do Kyungsoo!"
" Jika kau tidak berjaya, tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita telah cuba," Kyungsoo hiraukan Suho. Ketika itu, amarah Suho membuak, lantas meninggalkan kumpulan itu.
" Joonmyeon! Kim Joonmyeon!" Chen menyeru sebelum meminta izin untuk menurutinya.
Kris meraup muka, bercelaru. Kai hanya menepuk bahu Kris lembut menenangkannya. " Suho cuma risaukan sahabatnya, seperti kita semua. Lama-lama nanti dia pasti okey,"
" Seketika sahaja. Aku ingin dia bertemu kembali dengan Lay, Minseok dan Tao. Mereka sendiri rindu akan Sehun. Cuma aku yang melarang mereka untuk ikut bersama. Aku tidak mahu mereka meninggalkan urusan penting semata-mata demi Sehun,"
•
" Kenapa nangis?" Sehun mengejutkan Kris dari monolognya. Kris melirik ke arah jam dinding. Sudah jam 2 pagi.
Diri Kris tiba-tiba merasakan kehangatan asing namun menenangkan. Bahu Kris terasa sedikit basah. Dia tersenyum kecil sebelum mengusap kepala Sehun yang sedang memeluknya dari belakang. " Kenapa Hun nangis ni?"
" Hun rasa nak nangis, tengok Kris nangis," tutur Sehun dalam nada teresak-esak. Kris bangun menghadap Sehun dan memberus pergi air mata yang mengalir.
" Hun, Hun. Kris okeylah," senyumnya.
" Hun kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni,"" Hun.. Hun.."
" Hun apa?"
" Hun... tunggu,"
Comel. Kris meraba-raba rambut Sehun yang lebat itu.
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...