• 2 •

934 62 3
                                    

" Dan sudah tentu, apabila kedua-dua elemen ini bertemu maka jadilah ia sebagai sebatian kimia yang telah Marie Curie rumuskan dalam peninggalan terakhirnya-"

Loceng berbunyi dan pelajar telah pun mula mengemas barang mereka. Encik Lixin membetulkan posisi cermin mata sebelum berdehem beberapa kali.

" Kita akan mempelajari kewujudan Polonium dan Radium serta terma Radioaktif pada kuliah seterusnya," dia jelaskan sebelum pelajar beransur-ansur keluar dari bilik kuliah.

Kris menjadi orang yang terakhir keluar dari bilik kuliah itu sebelum mengisyaratkan Lixin untuk bertemu di kafe.

-•-•-

Muzik soul menjadi runut latar belakang kafe Black n' White milik Lixin. Mug panas yang berisi Macchiato panas itu dihirup Kris dengan perlahan, cuba mewujudkan suasana santai dalam perbualan mereka.

" Kris, tak pernahkah kau terfikir untuk pulang semula ke Seoul?" Lixin membuka bicara.

Hirupan Kris terhenti. Segera teringat kembali memori pahit yang dihadapinya dua tahun yang lalu. Kepalanya berdenyut memikirkan semula kesusahan dan keperitan yang terpaksa kawan-kawannya hadapi.

" Kris, aku tahu kau sengaja mengulangi semester pengajian sekali lagi tahun ini. Sudah beberapa kali kau menduduki pengajian terakhir di universiti. Sudah beberapa kali juga kau menjadi graduan. Tidakkah kau bosan menghadapi silibus sama?"

Pertanyaan Lixin tidak sekali pun mendatangkan kesedaran buat Kris. Lixin, abang saudara Lay itu telah pun mengetahui kisah kembara hidup mereka dua tahun yang lalu. Dia sedar Kris dan kumpulan kawannya yang lain sudah lama berpisah mengikuti haluan masing-masing.

" Aku.."

Kris akhirnya bersuara.

" Aku cuma tak sanggup menghadapi lagi Sehun,"

" Sehun?"

" Lixin, selama ini Sehun mencari aku dan memanggil-manggil nama aku. Kali terakhir aku melawat dia, dia sangkakan aku ini Luhan. Aku tidak sanggup memusnahkan perasaan sayangnya kepada Luhan-"

" Tapi!"

Lixin kedengaran sedikit kasar.

" Tapi tidakkah kau mahu dia kembali kepada keadaan yang sediakala? Tidakkah kau kesian akan dirinya yang tercari-cari dengan kehadiran kau?"

Lixin pun bangkit dari tempat duduknya lantas menghulurkan sekeping sampul surat.

" Dengan kuasa dan perintah universiti,"

" Kau wajib untuk pulang ke Korea dan menjadi residen tetap sebagai graduan universiti yang teratas,"

" Pergilah Kris. Demi Sehun,"

Kris memandang lama sampul surat itu lalu menyambutnya dengan teragak-agak.

Apakah keputusan yang dia ambil ini keputusan yang bijak?

*^*^*

" Ke mana kita ingin pergi ni?" Tanya Jira dalam kereta sementara Kai memandu. Jira ketika itu leka menidurkan Seoeon dan Seojun hanya kekal senyap di tempat duduk belakang. Kai memandang sekilas tempat duduk belakang itu dan tersenyum melihat gelagat anaknya.

" Seojun banyak ikut perwatakan saya, kan?" Sengih Kai, diikuti dengan tawa tersembunyi Jira. Kai dapat menangkap butiran tawa Jira itu. Kebetulan pula ketika itu mereka tiba di perkarangan lampu isyarat yang merah. Kai mengambil kesempatan dengan mencubit pipi Jira, wanita itu kemudiannya mengaduh sakit.

" Kai!"

" Tadi ketawa kenapa?"

" Mana ada saya ketawa?" Tipu Jira.

" Saya nampaklah,"

" Yalah tu,"

" Saya ada mata di sisi, tahu,"

" Saya ada mata tambahan juga,"

" Di mana?" Tanya Kai dengan mata masih memandang lampu isyarat.

" Di sini," Jira menunjukkan jarinya ke bibir, pantas mengucup bibir Kai ringan setelah lelaki itu menoleh.

Kai tersenyum puas, Jira tersengih gembira. Seoeon pula merungut rimas manakala Seojun masih menunjukkan reaksi tidak berminat.

" Biarlah ibu kamu manjakan ayah sebentar, Kim Seoeon. Ayah pun perlukan perhatian ibu kamu juga," rajuk Kai. Seolah-olah tidak mahu mengalah, Seoeon merapatkan diri ke pangkuan ibunya. Jira ketawa kecil.

" Kai, janganlah risau. Sebab saya sayang awaklah kita dapat Seoeon dan Seojun sebagai hadiah," pujuk Jira.

Kai tahu dari saat itu, bahtera mereka masih lagi berlayar dalam lautan bahagia.

**

" Seoeon! Seojun!" Ujar Kyungsoo bahagia saat melihat figura dua anak kecil itu berlari menuju ke dakapan pakcik kesayangan mereka. Chen tersenyum gembira melihat Jira turut bersama.

" Di mana dia?" Tanya Kai.

Dan muka Chen berubah menjadi muram seketika.

[ M ] Return Home : Book IIWhere stories live. Discover now