Loceng rumah Suho berbunyi. Sudah hampir seminggu sejak dia dan Sehun bersua muka. Ingin sahaja Sehun melepaskan rindu terhadap Suho. Sungguh, sebelum ini dialah yang banyak menjaga makan minum Sehun sebelum Kris kembali ke Korea. Namun kini jarang pula mereka saling bertemu, apatah lagi bertanyakan khabar.
' Hun nak jumpa Joonmyeon, boleh?' Tanya Sehun kepada Kris yang sibuk melukis portret di laman belakang rumah. Calitan berus Kris terhenti saat nama Suho disebut. Kris berdehem membasahkan tekaknya dan menoleh menghadap Sehun.
' Mengapa, Hun? Hun tak mahu ikut Kris ke Beijingkah?'
Hun memuncungkan bibirnya sebelum menggeleng kenafian.
' Hun cuma rindukan Joonmyeon,' jawabnya.
Kris telah bersetuju untuk menghantarnya ke rumah Suho, namun setakat memberhentikan Sehun di luar rumah.
' Tak mahu berjumpa dengan Joonmyeon ke?'
' Kris ada kerja sedikit di pejabat. Suruh Joonmyeon hantar Hun semula ke rumah, ya?' Balas Kris sebelum meneruskan pemanduan keluar dari kejiranan rumah Suho.
Mungkin mereka saling dingin?
Riak muka Suho berubah saat membuka pintu. Terlihat di situ kelibat Sehun yang semakin matang rupanya. Hatinya berasa lega tiba-tiba. Mungkin selama ini dia terlalu risaukan Sehun. Suho tersenyum gembira sebelum mengambil Sehun ke dalam dakapannya.
" Hun, Joonmyeon rindukan Hun tahu tak?"
•-•
" Masuk," arah lelaki yang asyik memandang komputer riba itu.
Mendengar arahan tersebut, Kris memulas tombol pintu memasuki ruangan pejabat.
Segalanya kelihatan sofistikated. Meskipun dihiasi dengan perabot berskema warnakan hitam, putih dan kelabu, ia tetap menyerlahkan profesionalisme tuan punya kamar pejabat. Dari perincian langsir hinggalah ke meja pejabat, ia menggambarkan lagi posisi tinggi yang dijawat untuk kesekian kali.
" Jongin,"
Tuan punya nama itu tersenyum saat mendongakkan kepala melihat wajah Kris yang berdiri di hadapannya.
" Kris! Sila duduk,"
" Tidak mengapalah, masa makan tengah hari pun sudah hampir, aku cuma ingin mengajak kau untuk makan bersama di kafeteria bawah sebentar lagi," tolak Kris. Mata Kai disepetkan, melirik ke arah jam tangannya.
" Oh, benar! Lagi beberapa minit sahaja tinggal. Kebetulan pula tugasan aku dah selesai. Mari? Kita turun bersama-sama," jawab Kai sementara menutup dan mengemas meja pejabatnya.
Tatkala mereka berdua berjalan beriringan, gaya pula saling tidak tumpah dengan gaya jalan seorang model. Cuma bezanya Kris ketika itu menyarungkan sepasang kot trench berwarna perang dan menggayakan sepasang seluar bercorak belang zebra dan kasut kulit selain sarung kepala Beanie, diiringi pula dengan kaca mata berjenama Ray Bans. Kasual dan selesa, tangan tidak lekang dari menilik dan menggunakan telefon pintar berjenama Apple itu, Kris tetap berjaya mencuri perhatian sesiapa sahaja yang terlihat kelibat mereka.
Kai tidak kurang bezanya. Menggayakan pakaian pejabat berjenama ZARA yang ditempah khas dari Perancis, beg klac lelaki, disudahi pula dengan gaya rambut messy dan kaca mata tanpa cermin serta tablet berjenama Samsung dalam pegangan, gayanya laksana seorang model yang leka berjalan menguasai pentas peragaan.
Para wanita yang berada di sekitar amat teruja melihat mereka berdua berjalan beriringan. Tidak kurang juga ada lirikan berbaur cemburu dari sang lelaki yang tercabar dengan kewujudan mereka. Namun sayang, dengan status hubungan Kai yang telahpun berkahwin dan menjadi seorang bapa, harapan mereka sedikit punah dan muram untuk merebut hati jejaka itu. Status Kris pula tidak diketahui. Berpunya? Ataupun sudah bertunang? Alahai, ruginya lelaki lain tidak setampan mereka.
Kris dan Kai mengambil tempat dalam kafeteria yang Kris sebutkan sebentar tadi. Dengan muzik soul sebagai muzik latar belakang, suasana terasa santai. Ketegangan yang Kai hadapi sebentar tadi tidak lagi terasa di situ.
" Jadi, apa perkembangan kau dan Sehun? Bila kau berdua berangkat ke Beijing?"
" Mengapa pula kau tanya? Ingin halang Sehun daripada pergi?" Sindir Kris. Kai tergelak kecil mendengar respon Kris itu.
" Kau pasti sayangkan Sehun, bukan?"
" Sepertimana kau sayangkan Jira, begitu jugalah perasaan aku terhadap Sehun,"
" Tapi aku sayangkan Jira seperti seorang lelaki mencintai perempuan miliknya. Mustahil kau ada perasaan sebegitu-"
" Mengapa tidak?"
Kai hampir tersedak mendengar jawapan Kris. " Maksud kau?"
" I'm not as straight as you think. Mungkin aku dan Sehun mampu menjadi seperti Baekhyun dan Chanyeol, saling menyayangi tidak lagi seperti rakan," balas Kris sebelum meneguk perlahan secawan kapucino yang dihidangkan.
' Benarlah sangkaan aku. Kau memang sayangkan Sehun,' fikir Kai.
" Apa yang kau fikirkan?"
" Oh? Tidak ada apa-apa. Jemput minum,"
•-•
" So, do we have a deal?" Tanya lelaki bertopeng itu. Dia melihat ke arah jejaka yang berada di hadapannya.
Kelihatan jejaka itu tersenyum puas melihat amaun wang yang terkandung dalam sampul itu.
" Jadi, aku cuma perlu memisahkan mereka berdua? Begitu?"
" Bukankah kau menyayangi Yifan?"
" Sangat,"
" Tidakkah kau rasa Yifan lebih menyayangi Sehun?"
Keadaan bertukar menjadi tegang. Matanya terlihat dengan amarah yang mendalam.
" Bertenang, Lixin. Kau akan dapat kasih sayang Yifan. Aku pula akan dapat Sehun sebagai ganti kepada kawan-kawan aku yang telah pun meninggalkan aku sendirian,"
Pistol yang sekian lama berada dalam genggaman dibelek-belek pula.
" Jira dah pun berpunya. Tidak berguna sekiranya aku cuba untuk membolosi pertahanan Kai yang kuat menyibuk itu. Tapi, Sehun masih ada. Aku sangka dia dah cukup terseksa. Tidak pula aku terfikir Yifan turut bersama memulihkan Sehun,"
" Apa perancangan kau, Yoongi?"
Suga memandang Lixin dengan sinis.
" Perancangan aku, biar aku seorang sahaja yang tahu,"
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...