• 9 •

697 47 3
                                    

" Sehun,"

" Ya?"

Joonmyeon kelihatan tidak rela untuk melepaskan Sehun pergi. Sungguh, dia tidak berasa sedap hati dengan pemergiannya ke Beijing bersama Kris untuk 2 bulan. Apakah makan minumnya nanti terjaga? Sekiranya Sehun takut, mampukah Kris menenangkannya?

" Joonmyeon ikut boleh tak?" Tanya Joonmyeon. Sehun tersenyum kecil sebelum mendakap lelaki itu dengan erat. " Sehun tak mahu Joonmyeon susahkan diri sendiri. Sehun tahulah bagaimana nak menjaga diri. Okey?" Pujuknya. Cukuplah selama ini Joonmyeon berkeluh kesah memikirkan keadaan Sehun. Kini Sehun ingin cuba menjejaki identiti dirinya yang lama. Tidak lagi dia mahu menetap dalam dunianya sendiri. Walaupun keadaan menjadi susah.

Air muka Joonmyeon berubah. Berkerut pula dahi Sehun. " Kenapa?"

" Sehun.. Sehun..,"

" Sehun dah berubah,"

" Kau patut cuba kendurkan otot muka kau, tahu?" ujar Kai, membuatkan Kris berasa pelik. " Maksud kau?" " Yalah, tak pernah sekali pun aku lihat kau senyum walaupun depan anak-anak aku," " Senyuman aku mahal. Not for you," " Apa dia? Aku tak dengar," " Aku cuma akan senyum pada isteri kau sahaja," " Apa?!"

" Sudah-sudahlah kamu berdua bergaduh," usik Jira sambil membawa dulang yang diletakkan dua cawan seramik dan seteko teh herba. Kelihatan Seoeon menuruti langkah dari belakang ibunya sebelum berlari ke arah pangkuan Kris. Tersenyum lebar jejaka itu sehingga Kai gelak sinis.

" Tadi kata senyuman mahal kau tu not for me,"

" Seoeon anak Jira jadi untuk dia jugalah,"

" Nama dasar dia Kim!"

" Tapi dia tetap anak Jira,"

" Wu Yifan, tanpa sperma aku takkan adanya-"

" Seoeon mari kita pergi ya," gelak Jira sambil menekup telinga anak kecil yang ralit memerhati kedua-dua lelaki 30-an itu. Sempat lagi dia menendang kecil kaki Kai sebelum membawa pergi anaknya yang masih lagi tidak mengerti apa-apa sahaja dicakapkan. Kris melambai-lambai kecil tangannya, kemudian membawa fokus mata ke arah teh yang dihidangkan.

" Jadi? Kau akan bertolak bila?" soal Kai memecah kesunyian. " Possibly tomorrow morning. Yixing, Tao dan Minseok masing-masing tidak sabar untuk bertemu Sehun semula. Risau mungkin," jawab pula Kris panjang.

" Aku cuma harap kau membuat keputusan yang tepat, Yifan. Aku harap dengan cara kau yang gila sedikit itu mampu memulihkan Sehun," " Aku tahu apa yang aku putuskan, Jongin. Aku yakin ia cara terbaik," " Entahlah, Kris,"

Kris sedikit pelik dengan reaksi yang diterima. Bukankah Jongin yang menyokong keputusan aku sebelum ini?

" Aku sokong sepenuhnya, Yifan. Benar. Tetapi entahlah, aku tidak berasa sedap hati pula membayangkan kamu berdua di Beijing kelak," ujar Kai.

Suasana menjadi kekok dan senyap seketika. Hanya bingit televisyen sahaja yang menjadi runut bunyi latar belakang. Kris menghela nafas panjang.

" Aku pasti ia jalan terbaik buat Sehun,"

" Aku ingin ikut bersama!"

" Izinkan kami pergi sekali, boleh?"

" Aku turut mahu berjumpa semula dengan Minseok dan Yixing,"

Begitulah ragam yang terpaksa Kris dan Sehun hadapi sebelum memasuki boarding area. " Janganlah risau, kami akan balik dalam masa sebulan dua. Mungkin cuma dua atau tiga minggu. Sekiranya Sehun menunjukkan progres positif dan baik kami akan pulang," pujuk Kris.

" Kau jangan ingat pula ini sesi bulan madu kamu berdua, tahu," sindir Kai sehingga si maknae kumpulan itu tersenyum malu. Menyedari keadaan tersebut, Kris bertindak memukul ringan kepala Kai. " Apa maksud kau dengan bulan madu? Kau tu yang sepatutnya fokus dengan bulan madu kau dan Jira-" " Kami setiap malam berbulan madu bersama," sengih pula si Kai. Baekhyun segera menekup telinga Seoeon dan Seojun yang didukung oleh Chanyeol. " Kau ni, nasib baik Jira tidak ikut bersama. Kalau tidak, rakus kau ditendang olehnya," " Tidak mungkin kerana dia sayangkan aku,"

' Para penumpang pesawat KA396 diminta untuk segera ke boarding area. Pesawat KA396 akan berlepas dalam masa dua jam sahaja lagi,'

" Baiklah, aku dan Sehun beredar dulu ya? Jaga diri masing-masing. Jangan risau, aku akan beri updates about us as soon as we get there," yakin Kris. Mereka pun sama-sama bersalaman dan berpelukan mengucap selamat tinggal. Kelihatan ketika itu mata Sehun ralit mencari kelibat seseorang.

Seolah-olah tahu sahaja siapa yang difikirkan, Kyungsoo menepuk belakang Sehun dan senyum. " Joonmyeon ingin datang, namun tiba-tiba sahaja ada hal kecemasan di hospital," " Yakah? Jika begitu, sampaikan sahaja khabar Hun kepada Joonmyeon ya?" " Baiklah, jaga diri Hun elok-elok," ujar Kyungsoo. Sebelum beredar, Kris dan Sehun kedua-duanya melambai ke arah Baekhyun, Chen, Kyungsoo dan Chanyeol sebelum memasuki boarding area.

" Hun dah sedia ke untuk ke Beijing?" bisik Kris. Sehun tersenyum malu saat bisikan jejaka tinggi itu sedikit menggelikan cuping telinganya. " Hun rasa Hun okey selagi Kris bersama Hun,"

" Ya, Doktor Joonmyeon?"

" Cik Jihye, bolehkah sekiranya awak minta doktor Seunghyun untuk gantikan saya? Saya ada urusan peribadi yang sangat penting. Lagipun untuk kes kecemasan ini, pasukannya lebih handal," pinta Joonmyeon yang ligat memperkemaskan dirinya untuk ke lapangan terbang. " Jangan risau, beliau telah pun bergerak ke wad pembedahan dengan pasukannya,"

Menyesal pula dia tidak minta Seunghyun memggantikannya lebih awal. Dia cuma mampu berharap Kris dan Sehun tidak berlepas lagi.

Akibat kerana ingin cepat, Joonmyeon tidak sengaja tertekan butang pada alat kawalan jauh televisyen dalam kamar pejabatnya sebelum beredar keluar tanpa menutupnya semula. Ah, Jihye pasti akan kembali dan menutupnya, sangka Joonmyeon dan berlari menuju ke arah tapak parkir kereta.

" Pihak polis yang berpusat di Gangnam-gu, Seoul mengumumkan telah membuka semula fail kes penculikan antarabangsa yang berlaku pada dua tahun lalu, di mana J telah diculik sekumpulan remaja dan dibawa ke Las Vegas sebelum berjaya ditumpaskan pasukan polis dan SWAT tempatan. Ini berikutan pengakuan mengejut doktor forensik yang mengatakan salah seorang ahli kumpulan yang juga suspek utama dan dikatakan mati di tempat kejadian hilang sebelum dibedah siasat seminggu selepas kejadian itu berlaku. Doktor K kini disoal siasat dan mungkin akan didakwa atas tuduhan kecuaian menurut Akta 103 Kanun Keseksaan. Jang Jiwon melaporkan dari Balai Berita SNC,"

Sehun berjalan menuju ke arah Coffee Bene dengan tujuan ingin membeli snek bagi mengalas perut sebelum menaiki kapal terbang. Tidak sabar pula untuk dia ke tanah kelahiran Kris. Sungguh, dia tidak sabar untuk mengetahui asal usul jejaka dengan rupa dingin itu. Tersenyum kambing sendirian dirinya mengingati tujuan mereka ke Beijing. Pasti seronok!

Dek kerana leka berjalan, Sehun secara tidak sengaja terlanggar bahu seorang lelaki misteri. Dengan cemas, Sehun tunduk memohon maaf. " Maafkan saya," ujarnya mengharapkan pemuda itu membalas maafnya. Namun apa yang pelik, apa yang didapatinya sekadar anggukan sebelum dia berlalu pergi.

Langkah Sehun terhenti seketika.

Auranya terasa pelik.

Seram.

Mengapa aku berasa tidak sedap hati pula ni?

[ M ] Return Home : Book IIWhere stories live. Discover now