LOL ramai yang dah rindu dengan cerita ni kut sebab banyak mesej tanya bila nak sambung. Tak pun dah lupakan buku ni *cries a river* Actually I'm not even well enough sebab tengah hidap chickenpox aaaand ada banyak pertandingan. I'll tell you later in author's note k?. Maaf kalau anda tak puas hati dengan update yang diberi :( XOXO - 유-
••
" Kau pastikah mereka sudah sampai?" Tanya Minseok gusar. Lay yang sedari tadi asyik menggaru-garu kepalanya hanya kekal termenung sehingga lupa kehadiran siapa yang sepatutnya dia tunggu. " Siapa?"
" Oh? Itu mereka bukan?" Tao menunjuk ke arah mereka yang dimaksudkan. Merujuk kepada arah yang ditunjukkan Tao, mereka dapat melihat kelibat Kris dan Sehun yang baru sahaja keluar dari boarding area. Saat ternampak kehadiran Lay dan rakan-rakan, Kris tersenyum besar diiringi oleh Sehun.
•
" Wah, besarnya rumah Yifan," kagum Sehun. Minseok tergelak kecil dari belakang, menerima jelingan si jejaka tinggi itu. " Kenapa kau gelak?"
" Bukan apa, selalunya kau marah sekiranya kami panggil kau dengan nama sebenar. Lain pula ceritanya dengan Sehun," jawab Minseok. Tidak mengendahkan tawa Minseok langsung lagak Kris. Dia lebih suka melayan kerenah Sehun yang seolah-olah rusa masuk ke kampung. Comel.
" Sehun! Kamu mahu makan apa? Biar Xingxing masakkan," tanya Lay.
" Xingxing?"
" Kamu panggil saja hyung Xingxing," kata Lay, tersenyum. Lay terlebih dahulu mengetahui khabar Sehun dari Suho di Korea. Dia sedar, Sehun harus dilayan dengan lebih manja kerana keadaannya yang sedikit sensitif itu.
Perlahan-lahan ya Sehun? Kami akan rawat kamu dengan perlahan-lahan. Cepatlah sembuh, Oh Sehun.
" Aku lihat kau begitu sayangkan Sehun, tahu?" tanya Minseok dari belakang. Kris ketika itu masih lagi ligat mengeluarkan barang dari bagasinya untuk diletakkan semula ke dalam almari baju yang sedikit berhabuk. " Aku cuma ingin membayar kembali kesalahan yang aku dah buat terhadap Sehun,"" Kris.."
" Aku gagal untuk selamatkan Luhan, Minseok. Aku gagal. Biarlah sekurang-kurangnya Sehun tidak salahkan aku nanti,"
" Kau tidak bersalah, Kris. Takdir yang sudah tentukan nasib Luhan,"
" Takdir? Memang wujudkah takdir itu?"
" Kau tak baik cakap macam itu, Kris-"
" Takdir, kalau wujud, memang kejam,"
Dan itu sahaja yang perlu Kris katakan sebelum menutup diri dari terus membincangkan perkara tersebut dengan Minseok. Dia pandang Kris dengan kecewa. Dia buntu, bagaimana hendak dia fahamkan kepada Kris yang semua ini sudah pun berlaku dan tidak perlu untuk dia bangkitkan lagi perkara itu.
Memang susah.
•
" Ke mana kita hendak pergi, Yifan?" tanya Sehun, tangan masih erat memegang Kris di lengannya. Kris menenangkan Sehun dengan satu usapan di kepalanya. Dia tahu, Sehun berasa ganjil di tanah asalnya. Tapi ini sahaja cara untuk Sehun kekal bersamanya.
Entahlah, apa dia masih mahu untuk Sehun dipulihkan menjadi matang semula?
" Kita nak berjumpa dengan kawan Yifan. Dia boleh tolong Sehun untuk sembuh, tahu?" Jawab Kris sebelum terus berjalan menuju ke arah pejabat Lixin.
Sembuh?
Sehun tidak pasti mengapa tetapi dia merasakan sudah bahagia sekiranya diri dia sebegini. Entah kenapa dia seolah-olah tidak menyukai idea Kris untuk menyembuhkannya.
Walaupun dia sudah berjanji..
Sehun merasakan dia sudahpun sembuh sepenuhnya dengan kehadiran Kris dalam hidup.
•
" Tuan, orang yang tuan tunggu sudah sampai," notifikasi dari interkom telefon pejabat Lixin memecah kesunyian. Senyum jahat jadinya si tuan empunya pejabat. Lantas, dia menekan butang interkom itu dan menjawab kembali." Ya, iringi mereka masuk. Suruh Fei buatkan kopi untuk seorang dan susu pisang untuk seorang lagi tetamu,"
" Baiklah,"
Setelah menerima arahan, Jia pun tunduk hormat dan mengiringi Kris serta Sehun ke pejabat Lixin.
' Ah, sungguh kacak mereka berdua! Sudah berkahwin? Bujang? Wah, tak sangka masih ada jejaka tampan sebegini!' Itulah runut-runut suara yang bermain dalam fikiran sang dara saat melihat Kris dan Sehun berjalan menuju ke pejabat sambil diiringi Jia.
Namun, ada sepasang mata yang serius memerhati mereka berdua. Terutama sekali Sehun. Mata yang memerhati dengan penuh kerisauan." Hei! Apa yang kamu semua lihat-lihat tu? Kembali bekerja!" arah Miss Chew dengan muka bengis, membuatkan para pekerja kaku dan akur dengan arahan mereka.
" Ah, pandai mengarah sahaja dia tu. Macamlah aku tak tahu dia pun turut curi-curi pandang mereka berdua!" umpat Min namun tidak berjaya meranapkan fokus dia, masih ke arah sang jejaka itu.
•
OMGOMGOMG hahaha siapa dia? Siapa pandai saya masukkan dia jadi side character nanti wuhuu **emoji piñata** // first come first serve//
Maaflah sebab Kyung tak update. Bulan 7 haritu Kyung pergi ke pertandingan debat peringkat kebangsaan so memang kena prepare banyak gila huhu.
Ha ada tak readers yang join pertandingan tu? " Interschool Debating Championship ke-13 di UIAM Gombak" because kalau ada mungkin kita terjumpa XD tapi maybe tiada jodoh huhu ㅠㅠ kalau ada komen tau! **acah celebrity sebenarnya but idc**
Bulan 8 pula tak busy sepenuhnya tapi banyak join pertandingan sekolah macam pertandingan cipta dan deklamasi puisi and pertandingan reka puisi dan lagu jadi memang hectic gilalah.
Sadly, bulan ni bulan Kyung sakit teruk ㅠㅠ accident sampai kaki patah and tulang tangan retak huhu~ tengkorak pun tengah cari pengganti ni ada tak?
HAHAHA tahulah tak lawak tapi saja je buat lawak hambar hihi. Tak sakit teruk pun cuma chickenpox je. Almaklumlah, Kyung tak pernah kena benda alah ni. Hm hm ada tips nak pulih cepat tak? Air oksigen dah Kyung minum, mandi dengan air bambu pun dah, pakai calamine lotion pun sudah. Makan ubat lagilah. Ulcer dalam mulut sampai 3 macam mana nak makan =.= sampaikan bintik chickenpox ni sedap-sedap datuk nenek moyang biras ipar dia je nak landing bawah hidung macam jerawat. Dahlah tangan kyung ni jenis yang gatal. Ada peluang je picit hihihi. Kalau ada tips kongsi tau!
Sorry for the short update but it's enough to redeem my mistakes so far kikiki bak kata someone, Kyung ni authornim kejam. Kejap update kejap biarkan readers terseksa kikikiki
Okaylah nak makan ubat then nak tidur lalalala I'll make sure I update when I'm fully okay, okay?
Take care gais. Musim jerebu bahaya ni huhu.
// kenapa authors note lagi panjang dari chapter hm authornim jahat\\ I AM EVIL HAHAHA HA HA kbai.
OH AND LUPA korang boleh tanya apa-apa soalan pada watak-watak dalam fanfic ni :: except Luhan and Jungkook and mereka yang dah tiada huhu faham-fahamkan je lah ye :: nanti Kyung suruh diorang jawab ye?
Example : Kris! Kenapa handsome sangat?
Kris : Not handsome is not my style :*
We'll do it every time a chapter ends okay? And siapa tahu, dengan komen banyak probably kyung lagi cepat nak update en en en hihi kbai for real now
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...